Hampir sebulan Bro menggunakan pencukur elektrik Philips AquaTouch.

Dalam masa sebulan juga, isteri Bro asik dok membelek-belek pencukur ini. Dia sentiasa nak mencuba menggunakannya keatas diri Bro.

Jangan tanya dia ada menggunakannya atau tidak.

Sepanjang tempoh sebulan ini, beliau sentiasa mencari peluang untuk menggunakannya keatas Bro.

Sempat lagi main kejar-kejar dalam rumah. Baru nampak kami pasangan yang mesra di rumah. Kalau main kejar-kejar dekat luar rumah. Confirm dalam tempoh sebulan Bro dah kurus.

Akhirnya Bro terpaksa mengalah dan bagi peluang pada beliau untuk mencuba mencukur menggunakan Philips AquaTouch keatas Bro.

Alang-alang dia nak mncukur, bro plan nak videokan untuk dikongsikan di Youtube mengenai Philips AquaTouch yang selamat digunakan oleh kaum perempuan keatas lelaki moden macam Bro.


Lemah lembut je beliau mencukur. Kalau pakai pencukur biasa, rasanya Bro tak berani nak bagi dia cukurkan.

Dalam masa yang sama Bro perlukan jasa baik rakan-rakan untuk vote Bro dalam pencarian Lelaki Moden Philips.

Anda hanya perlu klik button “Thumb Up” dibawah, tak perlu daftar or log masuk.