Pengarah filem penuh kontroversi, Namewee tampil dengan sebuah video parody Sharifah Zohra Jabeen.

Siapa pula Sharifah Zohra Jabeen?

Sharifah Zohra Jabeen merupakan presiden kepada Pertubuhan Suara Wanita 1Malaysia (SW1M).

Beliau tampil di Forum Suara Mahasiswa di sebuah universiti tempatan dan mendatangkan kontroversi sehingga menarik perhatian ramai kerana kelantangan beliau berhujah tanpa asas.

Ini termasuklah membandingkan masalah rakyat Malaysia dengan masalah yang di’hadapi oleh kucing, anjing & tikus apabila di’ajukan soalan oleh salah seorang mahasiswa yang berani ke hadapan.

Anda boleh tonton aksi Sharifah Zohra Jabeen dalam sebuah video di Youtube.