Semput..!!!!

Assalamualaikum wbt buat para hadirin dan hadiran sekalian.. semput…!!!

Semput sungguh…

Susah gak nak bernafas bila keadaan diri sebagai seorang blogger terasa nazak. Bantuan penafasan mulut ke mulut pun tidak mampu nak selamatkan keadaan.

Sampai perlu menjaja diri di facebook. Perlu ke semua itu. Perlu ke buat statement berani mati semata-mata nak kan perhatian dari orang lain.

Bila tak dapat, mula la semput…!!!

Bro sendiri, sepanjang berblog since 2006, tiada pula menjaja diri jika tiada sesiapa kenal bro. Tak de heart feeling.

Berbeza dengan blogger2 yang baru terjerbak. Start je nak terus up. Nak satu dunia kenal. Ben Ashaari Jr. kah..??

Bro selalu titik beratkan kepuasan dalam berblogging. Apa sebenarnye yang kita nak.

If nak populariti, kita boleh dapat
If nak publisiti , kita boleh dapat
If nak perhatian , kita boleh dapat
If nak orang hormat , kita boleh dapat

Tetapi bagaimana caranya untuk kita dapat…??

Jangan sampai orang menyampah dan bertanya, dalam banyak2 benda, apa yang pakcik belum rasa lagi?

Just jawab, “pakcik tak rasa nak mati lagi” adeh semputtt..!!

Bicara Bro : Semput-semput pun, bro masih sedar diri, bro bukan sape2.

If korang tak datang blog bro, tak komen blog bro, tak tegur bro di facebook, boikot bro.

Blog dan life bro sebagai seorang blogger, akan bro teruskan coz blogging is my life & pride.