You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > World’s Coolest Intern

17,281,384 total views, 2,914 views today

World’s Coolest Intern

Thank for Nuffnang & Standard Chartered Bank kerana sudi memberi perluang ini kepada bro untuk memulakan kehidupan baru [setelah zaman kejatuhan bro baru-baru ini] melalui program yang telah mereka rencana dan dibuka kepada semua nuffnanger.

Internship programme selama 6 bulan di Singapura.

Bukan sesuatu yang mustahil bagi bro. Dan bro rasa bro layak untuk menyertainya jika dilihat pada kelebihan dan keadaan bro sekarang ini.

Di sini bro ingin kongsikan betapa cool bro untuk melayakkan diri sebagai salah seorang yang terlibat dalam project ini.

1- Kehidupan bro banyak di habiskan di depan komputer

Bro mengenali komputer sejak tahun 1996, iaitu komputer yang diberikan oleh ayah bro.

Dengan komputer bro dapat buat side income sejak zaman sekolah, zaman universiti sehingga sekarang.

Dari kerja meng”remove” virus sehingga kepada web programmer.

Semuanya berkaitan dengan komputer.

2- Kehidupan bro sebagai blogger, facebooker dan tweeple.

Sepanjang bro aktif beronline, kebanyakan masa bro habiskan untuk bersosial selain mencari pendapatan sampingan [bukan mencari perkara-perkara yang tidak berfaedah].

Boleh dikatakan kehidupan 24 jam bro di temani aktiviti-aktiviti seperti ini, dari celik mata sehingga mata terpejam. Tak kisah di mana bro berada, bro akan berusaha untuk mencari WiFi.

Dan jaringan sosial ini bukan hanya di atas talian, malah bro membawa ianya ke alam realiti dengan mengadakan gathering kecil-kecilan dan juga besar-besaran bersama rakan-rakan seperjuangan.

Bermandi-manda bersama rakan-rakan blogger & twitter

Perhimpunan GengBlogger di putrajaya.

Time nie bro menjadi juruacara majlis atas kepercayaan Joegrimjow dan kenkawan.

3- Gadget adalah kepuasan bro.

Bertemankan beberapa gadget bro miliki dapat bro membuka mata setiap orang dengan penulisan dan info yang menarik di blog bro.

Kata orang,

Setakat ada, tetapi tidak reti gunakan baik tak payah pakai.

Bro sedaya mungkin mengoptimakan penggunaan gadget ini bukan untuk kepentingan peribadi. Tetapi untuk berkongsi pendapatan dan menjalinkan hubungan sosial sesama kita.

4- Keterampilan bro melambangkan identiti bro

Ramai yang selalu mempertikaikan gaya rambut dan pemakaian bro yang agak poyo [kata dorang].

Tetapi hakikatnya,

Bro perlu menjaga penampilan di mana bro pernah menjadi antara orang yang dikenali dari segi sukan dan kepemimpinan di kalangan masyarakat.

Bro di zaman sekolah antara pelajar yang aktif membawa balik pinggat dalam apa juga acara yang bro sertai sama ada di peringkat sekolah mahupun kebangsaan.

Dari zaman sekolah juga bro di kenali atas daya saing dari segi kepemimpinan sehingga bro di pilih menjadi peneraju Majlis Perwakilan Pelajar [Student Representative Council] semasa di Universiti.

Sepanjang tempoh ini, bro banyak terlibat dengan badan NGO dan juga kerajaan dalam menjayakan sesuatu sesuatu program.

Dan pengalaman ini yang membantu bro mendapat perkerjaan sebelum ini dimana bro dikehendaki menguruskan satu persidangan antarabangsa yang melibatkan beberapa badan kerajaan di seluruh dunia.

5- Learn by my own

Kerjaya yang bro perolehi selama ini bergantung sepenuhnya kepada ilmu dan kepakaran yang bro perlajari sendiri.

Segulung ijazah dalam bidang pengurusan perniagaan bermajorkan sumber manusia hanya dijadikan sebagai hiasan di dalam fail sijil.

Dan perkerjaan terakhir bro merupakan Web Programmer. Yang terang-terang menyatakan bro memang dah lari bidang,

Betul tekaan Dean Falkulti bro yang menyarankan bro menukar aliran ke bidang IT. Tetapi masa tersebut bro sudah melepasi beberapa semester dalam bidang yang bro ambil.

2 Tahun sebelum bro habis belajar, bro sudah mula berkerja dengan beberapa syarikat yang kebanyakan berkaitan dengan programmer.

Bro pernah siapkan project tahun akhir budak IT untuk mencari duit tambahan.

Siapa kata, zaman universiti kita tidak mampu menjana kewangan.

6- Penulisan bro mengambarkan kreativiti pemikiran bro

Bro jenis suka berkongsi pendapat mahupun info untuk dikongsikan bersama.

Untuk menjaga hak pemikiran bro, maka bro lebih selesah berkongsi di laman blog ini berbanding di laman-laman sosial yang lain.

Antara testimonial yang pernah bro terima dari pembaca blog ini adalah “bro selalu memikirkan sesuatu diluar kotak pemikiran”

Dan mungkin kerna ini,

Bro merupakan diantara pelajar terbaik dalam bidang sumber manusia [human resource] berbanding dalam bidang akaun mahupun finance.

Tetapi, apakan daya. Bro tetap juga berkerja di bidang yang berbeza.

Tak kisah, dari gaya pemikiran bro dapat menempatkan bro di kalangan mereka yang berusia dan berpendidikan tinggi.

Mungkin pendedahan sebegini sejak dulu membuatkan bro mampu berfikir lebih kreatif dari mereka yang berumur sebaya dengan bro.

7- Bro seorang yang mempunyai “passion” tersendiri.

Bro tidak sesekali menyerah kalah sebelum berusaha selain bertawakal.

Walaupun bro diduga dengan kejadian tersebut sehinggakan bro tidak mempunyai kerja tetap [hanya mengharapkan pendapatan dari freelance sahaja] dan perkahwinan bro terpaksa di postpone.

Ianya tidak sesekali mematah semangat bro untuk terus berdaya saing.

Ada sahaja yang di fikirkan untuk memperbaiki taraf hidup walaupun tidak mempunyai EPF mahupun Socso.

Dan kerna sifat bro sebegini bro tidak mudah runtuh termakan hasutan mahupun penghinaan orang lain.

Dosa masuk akaun sendiri. Kat akhirat nanti leh dapat faedahnya.

*************

Dengan 7 dalil ini,

Bro merasakan bro layak untuk menyertai program ini terutama di masa kini [masa bro masih lagi seorang penganggur]

Dan dengan 7 dalil ini dapat menolong bro berada di antara mereka yang layak berada di dalam Internship programme oleh Standard Chartered Bank.

Dan jumlah pembiayaan untuk Internship programme ini bernilai SGD 30,000.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

26 thoughts on “World’s Coolest Intern

    1. jgn la join joe.. sian nie la bro yang xde kerjaya n kereta merc nie huhuh

      ape cerite pasal digi ek… rank berapa masa close td

    1. thank.. xpasti la.. if xmenang pun dapat antara 10 yg terbaik pun ok je…

      dapat gak RM200

      tengok saingan pun ramai gak yag dasyat2

    1. jadi ikon pe ek.. ikon remaja ek he…23x dah terlebih umur la ieqa

      pe2 pun thank coz sudi sokong bro 🙂

Leave a Reply

Top