Bro Samurai tidak melepaskan peluang untuk sertai acara tahunan yang dinanti-nantikan – PERKESO Run & Ride 2025.
Acara ini kembali memeriahkan suasana Dataran Wawasan, Putrajaya dengan penyertaan luar biasa seramai lebih 10,000 peserta dari seluruh negara.
Edisi kelapan ini bukan sahaja mencatat peningkatan penyertaan sebanyak 30 peratus berbanding tahun 2023, malah terus membuktikan kejayaan inisiatif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Acara ini menampilkan pelbagai kategori larian dan kayuhan yang sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kecergasan. Antara kategori yang dipertandingkan termasuk:
- Larian 3km, 6km dan 10km
- Kayuhan Santai 35km
Setiap peserta menerima kit penyertaan yang merangkumi jersi eksklusif, medal penyertaan, beg acara dan kejutan istimewa.
Yuran penyertaan juga berpatutan, malah pakej keluarga turut disediakan bagi mereka yang ingin menyertai bersama ahli keluarga.
PERKESO Run & Ride 2025 diadakan bersempena sambutan Hari Pekerja 2025. Ia turut menjadi pembuka tirai kepada Karnival Kerjaya MYFutureJobs @ Hari Pekerja yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dari 28 April hingga 1 Mei 2025.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong yang turut hadir memeriahkan acara, program ini sejajar dengan usaha kerajaan dalam memperkukuh kesedaran terhadap penjagaan kesihatan, khususnya dalam kalangan pekerja.
Beliau juga menekankan kepentingan amalan gaya hidup sihat dan pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD) menerusi pelbagai kempen seperti Program Saringan Kesihatan (HSP) dan Kempen Tolak Gula.
PERKESO Run & Ride 2025: Suasana Meriah & Cabutan Bertuah
Seawal jam 6 pagi, peserta mula membanjiri kawasan acara dengan semangat yang tinggi. Selain acara utama, aktiviti sampingan seperti zumba dan pameran vendor turut diadakan untuk memeriahkan suasana.
Antara tarikan utama yang mencuri tumpuan ialah cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa sebuah Perodua Bezza, motosikal, basikal dan pelbagai barangan elektronik lain.
Pemenang hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah Perodua Bezza adalah Norlela Ismail, berusia 52 tahun.
Beliau menyifatkan cuaca semasa acara tersebut sebagai ‘hujan rahmat’ kerana sepanjang penyertaannya dalam acara serupa, ini adalah kali pertama beliau membawa pulang hadiah utama
Suasana yang meriah dan penuh semangat turut dihiasi dengan kehadiran peserta pelbagai lapisan umur, termasuk golongan belia, warga emas dan keluarga dengan anak kecil. Ia sekali lagi membuktikan bahawa gaya hidup aktif boleh dijadikan amalan bersama-sama.
PERKESO Run & Ride 2025 bukan sekadar acara kecergasan, malah menjadi simbol perpaduan dan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan dalam komuniti. Dengan sambutan luar biasa tahun ini, ramai sudah tidak sabar menantikan edisi akan datang.
Untuk maklumat lanjut mengenai program kesihatan dan edisi PERKESO Run & Ride akan datang, layari runandride.perkeso.gov.my.
Keywords:
- PERKESO Run and Ride 2025
- Larian Putrajaya 2025
- Acara PERKESO 2025
- Kayuhan santai Putrajaya
- Run and Ride PERKESO