Bro baru sahaja menonton Filem Home Sweet Home Rebirth yang akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 17 April 2025.
Serius Bro cakap, kalau korang peminat game horror dan suka cerita yang ada unsur mistik budaya Asia Tenggara, filem ni memang wajib masuk dalam list tontonan korang!
Kenapa Bro cakap macam itu? Jom baca review Bro mengenai filem ini sampai habis, ya!
Dari Video Game ke Skrin Perak – Asal Usul Filem Home Sweet Home Rebirth
Sebelum Bro kupas lebih lanjut pasal filem ni, Bro nak cerita sikit background dia. Home Sweet Home Rebirth sebenarnya diadaptasi daripada siri permainan video seram terkenal dari Thailand, Home Sweet Home, yang mula popular sejak 2017.
Game ni memang hardcore punya seram – pemain kena lari dari entiti hantu Thai sambil selesaikan puzzle dalam suasana yang penuh misteri dan tekanan mental.
Korang pun tau kan hantu Thai ini, dia punya seram lain macam berbanding hantu-hantu negara lain.
Siri game ni pun berjaya catat lebih 370 juta tontonan di YouTube dan Twitch – memang ramai gamers dan streamers suka.
Jadi, bila pengumuman keluar yang filem live-action akan diterbitkan dan dibawa ke peringkat antarabangsa, termasuk pelakon Hollywood dan pengaruh budaya Thai yang kuat, Bro memang teruja gila untuk menonton ia.
Tapi adakah filem ni berjaya bawa “roh” game tu ke dalam pawagam? Jawapan Bro: YA, dengan gaya tersendiri.
Cuma, jika dibandingkan dengan filem adaptasi dari video game. Jalan cerita bagi filem ini dan juga dialog terlampau mengikuti 100% seperti dalam video game. Berbeza dengan sesetengah filem lain yang nampak lebih natural.
Sinopsis Ringkas Filem Home Sweet Home Rebirth
Kisah bermula dengan Jake (William Moseley), seorang anggota polis dari Barat yang datang bercuti ke Bangkok dengan isteri dia, Prang (lakonan pelakon popular Thailand, Urassaya “Yaya” Sperbund) dan anak mereka, Loo (Akeira Hadden).
Tapi percutian bahagia ni cepat bertukar jadi mimpi ngeri bila entiti jahat bernama Mek (Michele Morrone) muncul dan cuba buka “Pintu Neraka” melalui ritual hitam yang penuh elemen Thai klasik.
Jake kemudiannya terperangkap dalam dimensi alternatif yang dikenali sebagai The Hindrance, iaitu satu alam spiritual yang dipenuhi roh, azimat, dan perangkap ilusi.
Dengan bantuan seorang sami muda misteri bernama Surachai (lakonan Alexander Lee), Jake perlu cari jalan keluar, selamatkan isteri dan anak dia, dan hentikan niat jahat Mek sebelum semuanya terlambat.
Review Filem Home Sweet Home Rebirth oleh Bro Framestone
Apa yang membezakan Home Sweet Home Rebirth daripada filem seram lain adalah penggabungan elemen budaya Thai dengan naratif Hollywood.
Pengarah Alexander Kiesl dan Steffen Hacker berjaya menggabungkan mitos Thai seperti hantu dan ritual dengan elemen seram moden.? (Tapi ada babak macam Attack of Titan pun ye juga)
William Moseley bawa watak Jake dengan sangat berkesan – dari seorang ayah yang terdesak sampai ke detik-detik trauma yang Bro rasa sangat real.
Michele Morrone (yang ramai kenal dari 365 Days) jadi villain dalam filem ni dan dia bawa watak Meg dengan vibe misteri dan gelap.
Tapi paling menarik perhatian Bro, mestilah Urassaya Sperbund – ni debut filem Hollywood dia, dan dia bawakan watak isteri yang terperangkap antara dunia nyata dan dunia roh dengan penuh emosi dan ketegangan.
Dia memberikan persembahan yang memukau sebagai Prang, menunjukkan ketabahan seorang ibu dalam menghadapi ancaman ghaib.
Kesan Visual dan Suasana
Filem ni hasil kerjasama antara syarikat produksi Thailand (Yggdrazil Group) dengan syarikat Hollywood dan Jerman, jadi dari segi visual dan efek CGI memang mantap.
Babak ritual, dimensi lain, dan kesan makhluk halus semua nampak realistik. Bunyi pun memainkan peranan besar – dari bisikan halus, bunyi loceng, hinggalah suara seretan, semua buat Bro tak senang duduk.
Walaupun filem ini mempunyai banyak kekuatan, terdapat beberapa adegan yang terasa sedikit meleret. Kalau nak kritik pun, mungkin pacing filem ni agak perlahan sikit terutama dekat bahagian awal.
Bro rasa dia ambil masa untuk bangunkan karakter dan set up cerita, tapi lepas tu terus jadi rollercoaster ride.
Ada juga beberapa dialog yang kedengaran sedikit janggal, mungkin sebab terjemahan atau cuba seimbangkan antara budaya Timur dan Barat (Ke macam dialog dalam video game).
Namun, ini tidak mengurangkan keseluruhan impak filem yang berjaya menyampaikan cerita seram dengan cara yang unik.?
Home Sweet Home Rebirth Tayangan di Malaysia
Home Sweet Home Rebirth dijadualkan untuk tayangan di pawagam Malaysia pada 17 April 2025.
Bagi peminat genre seram dan mereka yang menghargai penggabungan budaya dalam filem, ini adalah tayangan yang tidak boleh dilepaskan.?
Secara keseluruhan, Home Sweet Home Rebirth adalah filem seram yang berjaya menggabungkan elemen budaya Thai dengan naratif Hollywood, menghasilkan pengalaman menonton yang unik dan mendalam.
Bro highly recommend korang tengok filem ni – sama ada korang peminat horror, peminat video game, atau yang suka filem dengan mesej mendalam.
Nota Kaki : Bro makin stress tengok filem ini. Tak sesuai bagi mereka yang nak tenang / healing dengan menonton wayang.
Keywords:
- Home Sweet Home Rebirth Malaysia
- Ulasan filem seram 2025
- Adaptasi video game ke filem
- Filem Thailand Hollywood 2025
- Yaya Sperbund debut Hollywood