April 20, 2025

6 Sebab Kenapa Pelajar Harus Pilih vivo Y29 & Y39

vivo Y29 & vivo Y39
Bagi seorang pelajar, Bro faham betapa pentingnya memiliki telefon pintar yang boleh diharap sepanjang hari—dari kelas pagi hingga sesi ulang kaji lewat malam.

Bila vivo Malaysia mengumumkan pelancaran vivo Y29 dan vivo Y39, Bro dapat merasakan ianya telefon pintar terbaik yang Bro boleh cadangkan buat adik-adik yang masih berlajar.

Dengan gabungan bateri tahan lama, rekaan tahan lasak, paparan imersif, dan sistem audio mantap, dua model ini memang dibuat khas untuk gaya hidup pelajar yang sibuk!

1. Bateri 6500mAh BlueVolt + Reverse Charging

Salah satu ciri paling power pada vivo Y29 dan Y39 adalah bateri 6500mAh BlueVolt yang mampu bertahan sehingga 73 jam penggunaan.

Bayangkan, tak perlu risau telefon kehabisan bateri ketika kelas berturut-turut atau sesi ulang kaji marathon!

Selain itu, ciri reverse charging membolehkan korang bantu rakan-rakan dengan berkongsi kuasa jika mereka kehabisan bateri. Memang win!

2. Cas Pantas 44W FlashCharge

Tak cukup dengan bateri besar, vivo Y29 & Y39 juga menyokong 44W FlashCharge.

Ini bermakna, dalam beberapa minit sahaja, bateri dah cukup untuk kegunaan beberapa jam. Tak perlu buang masa menunggu telefon penuh sebelum ke kelas seterusnya.

3. Hayat Bateri Sehingga 5 Tahun

Selalu risau bateri cepat rosak? Jangan bimbang! vivo Y29 & Y39 direka dengan ketahanan bateri sehingga 5 tahun. I

ni menjadikannya pelaburan terbaik untuk pelajar, kerana anda boleh menggunakannya dari tahun pertama pengajian sehingga tamat tanpa perlu menukar telefon.

4. Rekaan Tahan Lasak – Perisai Anti-Jatuh SGS 5 Bintang

Sebagai pelajar, Bro tahu betapa sibuknya hidup di kampus—kadang-kadang telefon boleh terjatuh atau terkena air.

Mujurlah, vivo Y29 & Y39 hadir dengan IP64 Dust & Water Resistant serta rekaan tahan lasak dengan perisai anti-jatuh SGS 5 bintang.

Jadi, kalau telefon jatuh dari meja atau terkena percikan air masa hujan, tak perlu panik!

5. Paparan 6.68” 120Hz yang Lancar

Belajar secara digital memang lebih mudah dengan paparan besar 6.68 inci dan kadar segar semula 120Hz yang super lancar.

Sama ada korang nak baca nota kuliah, tonton video tutorial, atau main game sekejap untuk hilangkan stres, pengalaman visualnya memang mantap!

6. Audio Mantap – 400% Volume Boost dengan Dual Stereo Speakers

Kadang-kadang, kalau korang suka dengar muzik semasa ulang kaji atau tengok filem dengan kawan-kawan di bilik asrama.

Dengan sistem audio 400% Volume Boost dan dual stereo speakers, bunyi yang dihasilkan lebih kuat dan jelas. Tak perlu lagi pakai speaker tambahan!

Kesimpulan – Pilihan Terbaik untuk Pelajar!

Dengan semua ciri hebat ini, vivo Y29 dan Y39 memang pilihan terbaik untuk pelajar yang perlukan telefon yang tahan lama, lasak, dan mampu memberikan pengalaman pembelajaran serta hiburan terbaik.

Tak kira sama ada korang seorang pelajar sekolah, kolej, atau universiti—telefon ini memang direka khas untuk memenuhi keperluan harian!

Jadi, kalau tengah cari telefon baru yang mampu milik, tahan lasak, dan bateri tahan lama, vivo Y29 dan Y39 memang berbaloi untuk dimiliki.

Keyword:

  • vivo Y29
  • vivo Y39
  • telefon terbaik untuk pelajar
  • smartphone bateri tahan lama
  • telefon vivo terbaru 2025
  • smartphone bajet terbaik
  • telefon pelajar Malaysia
  • harga vivo Y29 & Y39

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *