Adakah Filem Dajal: Satu Malam diPedajal, merupakan naskah terbaik dari Pierre Andre?
Bro baru-baru ni berpeluang menghadiri Majlis Malam Gala Filem Dajal: Satu Malam diPedajal dan menonton filem terbaru terbitan Metrowealth.
Filem ini merupakan percubaan pertama Pierre dalam genre thriller, dengan skrip dan arahan sepenuhnya oleh beliau.
Selepas kembali dengan “Jangan Pandang Belakang 2” pada awal 2024, Pierre Andre kini tampil dengan “Dajal: Satu Malam Dipedajal”, yang memulakan penggambaran pada Julai 2024.
Sinopsis Filem Dajal: Satu Malam diPedajal
Amir dan Bidin, dua sahabat baik yang bekerja sebagai ‘Post Traumatic Cleaner’, menerima tugas membersihkan sebuah rumah usang di kawasan terpencil.
Namun, mereka tidak tahu bahawa rumah tersebut merupakan lokasi kejadian ngeri di mana tiga mayat telah ditemukan dalam keadaan yang mengerikan.
Ketika menjalankan kerja mereka, Amir menemui sebuah buku lama dengan simbol aneh yang menarik perhatiannya. Tanpa disedari, mereka telah membuka pintu kepada gangguan misteri yang semakin lama semakin menyeramkan.
Satu demi satu kejadian aneh berlaku—bayang-bayang misteri, suara bisikan menakutkan, dan kelibat makhluk yang tidak dapat dijelaskan.
Dalam usaha mencari jawapan, mereka mendapati bahawa rumah tersebut mempunyai sejarah hitam yang berkaitan dengan pemujaan syaitan. Kini, mereka bukan sahaja perlu mencari jalan keluar, tetapi juga berdepan dengan entiti jahat yang mengintai mereka sepanjang malam.
Mampukah mereka bertahan, atau akan menjadi mangsa seterusnya?
Barisan Pelakon Filem Dajal: Satu Malam diPedajal
Pierre Andre selaku pengarah filem Dajal: Satu Malam Dipedajal mengambil pendekatan unik dalam pemilihan pelakon, menggabungkan bakat baharu dan pelakon berpengalaman bagi menghidupkan watak dalam filem seram thriller ini.
Pelakon utama, Amir Nafis, yang sebelum ini dikenali dalam drama tempatan, diberikan peranan sebagai Amir, seorang tukang cuci yang terperangkap dalam kejadian seram. Manakala, Bidin Al Zaifa, seorang pelawak yang kini mencuba watak serius, membawa elemen humor dan ketakutan dalam kisah ini.
Turut membintangi filem ini ialah Khatijah Tan, yang memainkan watak misteri berkaitan dengan sejarah rumah tersebut. Sementara itu, Jay Iswazir diberikan peranan antagonis, dipercayai terlibat dalam ritual pemujaan syaitan yang menjadi punca kepada kejadian seram.
Pierre Andre menyatakan bahawa setiap pelakon dipilih berdasarkan keupayaan mereka menghayati watak secara semula jadi, bagi memastikan pengalaman seram yang lebih realistik dan mendalam kepada penonton.
Filem ini turut menampilkan Jaja Iliyes, Dai Syed, Hanna Halim, Dai Fuad, dan Arfa Danish.
Kekuatan Pierre Andre
Menurut penerbit filem, David Teo, “Filem Dajal (Satu Malam diPedajal) merupakan satu naskah yang menunjukkan kekuatan sebenar Pierre Andre di mana ia merupakan naskah 100% tulisan Pierre Andre.”
Pierre Andre sebelum ni dikenali melalui filem seram seperti “Jangan Pandang Belakang” dan kali ni, beliau kembali dengan sentuhan yang lebih segar dan berani.
Idea untuk filem ini muncul semasa Pierre berehat selama sepuluh tahun dari industri hiburan. Beliau menyatakan bahawa ini adalah filem slasher pertamanya dan menganggapnya sebagai karya paling seram yang pernah dihasilkan.
Filem ni membawa genre thriller yang jarang diterokai dalam industri filem tempatan. David Teo menambah, “Filem ini merupakan filem bergenre thriller dan ia merupakan sebuah genre yang baru sepanjang terbitan Metrowealth. Filem ini menyajikan sesuatu yang baru dan fresh untuk tontonan penonton nanti.”
Pendekatan ni memberikan nafas baru dalam sinema Malaysia dan pasti menarik minat penonton yang dahagakan kelainan.
Pierre Andre juga berharap filem ini dapat memberikan pengalaman seram yang berbeza dan lebih mendalam kepada penonton, dengan penekanan pada elemen thriller dan slasher yang jarang diterokai dalam industri perfileman tempatan.
Kontroversi Mengenai Filem Dajal: Satu Malam diPedajal
Pierre Andre menyedari bahawa tajuk filem ni mungkin menimbulkan kontroversi.
Namun, beliau menjelaskan bahawa walaupun tajuknya adalah “Dajal”, filem ini bukanlah memberi fokus kepada ‘makhluk’ yang mahu menyesatkan manusia seperti dinyatakan dalam al-Quran.
Sebaliknya, ia lebih kepada penceritaan fiksyen dengan elemen seram dan thriller.
Review Filem Dajal: Satu Malam diPedajal oleh Bro Framestone
Bro sendiri sudah lama tidak menonton filem seram tempatan & pernah kecewa dengan Filem Jangan Pandang Belakang 2 arahan Pierre Andre sebelum ini.
Tapi Bro tak salahkan beliau, sebab skrip dan jalan cerita bukan ditulis beliau seperti Filem Jangan Pandang Belakang yang pertama.
Mungkin Bro letak harapan terlalu tinggi untuk filem tersebut.
Tetapi sebaliknya terjadi bila Bro menonton sendiri Filem Dajal: Satu Malam diPedajal yang merupakan karya dan arahan oleh Pierre Andre sendiri dimana ianya lebih baik dari filem karya dan arahnya : Al-Hijab
Dari segi penceritaan, filem ni berjaya membina ketegangan yang konsisten dari awal hingga akhir. Penggunaan elemen mistik dan supranatural disampaikan dengan baik tanpa berlebihan.
Sinematografi dan skor muzik turut memainkan peranan penting dalam menambahkan elemen seram dan mendebarkan.
Pemilihan pelakon utama, yakni Amir Nafis dan Bidin Al Zaifa berjaya membawa watak yang mempunyai karakter berlawanan menghasilkan chemistry yang kuat sebagai dua sahabat yang terperangkap dalam situasi menakutkan.
Lakonan mereka tampak natural dan meyakinkan, membuatkan penonton turut merasai ketakutan dan keperitan yang dialami. Dalam masa yang sama sakit hati & ketawa walaupun babak tersebut adalah serius.
Pelakon veteran seperti Khatijah Tan juga memberikan persembahan yang mantap, menambahkan lagi kredibiliti filem ni.
Secara keseluruhan, Dajal: Satu Malam diPedajal adalah sebuah filem yang berani dan segar dalam industri perfileman Malaysia.
Dengan penceritaan yang mendebarkan, lakonan mantap, dan arahan yang cemerlang, filem ni pasti menjadi pilihan utama bagi peminat genre seram dan thriller.
Jangan lepaskan peluang untuk menontonnya di pawagam mulai 6 Februari 2025.
Trailer Filem Dajal: Satu Malam diPedajal
Keywords:
- Dajal Satu Malam diPedajal
- Review Filem Dajal 2025
- Filem Seram Malaysia 2025
- Pierre Andre Filem Terbaru
- Filem Thriller Malaysia
- Filem Dajal Pierre Andre
- Tayangan Perdana Filem Dajal
- Sinopsis Filem Dajal
- Filem Seram Terbaik Malaysia
- Barisan Pelakon Filem Dajal
- Tayangan Filem Dajal 2025
- Review Seram Filem Malaysia
- Filem Metrowealth Terbaru
- Filem Seram Thriller Malaysia
- Ritual Mistik dalam Filem Dajal