January 24, 2025

Bro Samurai Tawan Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024 (KLTITC24)

Bro Samurai Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024

Bro Samurai berjaya tamatkan acara mendaki tangga paling ikonik di Malaysia, Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024 (KLTITC24).

Memasuki edisi ke-22, acara ini telah berjaya menarik penyertaan lebih 1,500 peserta dari 15 negara.

Acara ini telah berlangsung pada 8 Disember 2024, dengan 1,608 anak tangga, bagi mencabar ketahanan fizikal dan mental setiap peserta untuk menamatkan pendakian hingga ke pelantar “observation deck” pada ketinggian 292 meter.

Tahniah Bro ucapkan kepada semua peserta yang berjaya sertai dan menamatkan cabaran pada tahun ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan cosplay yang turut hadir memeriahkan lagi acara ini.

Anda semua terbaik.

Pemenang Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024 (KLTITC24)

Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024 sekali lagi menyaksikan kehebatan peserta yang bertanding dalam pelbagai kategori, memecahkan rekod peribadi masing-masing.

Edisi kejohanan kali ini menyaksikan pelari profesional dari Kenya dan Jepun mengungguli beberapa kategori.

Pelari lelaki dari Kenya, Piotr Lobodzinski, dan Valentina Belotti dari Itali masing-masing memenangi kategori Terbuka Lelaki dan Wanita. Mereka membawa pulang hadiah utama bernilai RM15,000 setiap seorang.

Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori:

Kategori Terbuka Lelaki

  1. ? Piotr Lobodzinski – 8:08
  2. ? Soh Wai Ching – 8:16
  3. ? Lo Ching Chun – 9:13

Kategori Terbuka Wanita

  1. ? Valentina Belotti – 10:18
  2. ? Eunice Nyawira Muchiri – 10:38
  3. ? Le Qing Hua – 11:30

Kategori Veteran Lelaki

  1. ? Mark Bourne – 9:04
  2. ? Emanuele Manzi – 9:11
  3. ? Jeffrey Ross – 10:40

Kategori Veteran Wanita

  1. ? Jane Wanjiru Muriuki – 13:07
  2. ? Lin Ai Chuan – 13:36
  3. ? Tan Sew Cher – 13:57

Kategori Remaja Lelaki

  1. ? Muhd Haziq Mohd Hairol Izmi – 11:05
  2. ? Low Meng Chuen – 11:20
  3. ? Muhd Harrith Hazim Mohd Hairol Izmi – 11:37

Kategori Remaja Perempuan

  1. ? Iriz Qistina Mohd Ezry – 15:23
  2. ? Michaella Concetta Widjaya – 15:43
  3. ? Samira Binti Safnazi – 16:41

Kategori Fun Run

  1. ? Mohd Asrizan Asrizan – 15:41
  2. ? Mudanoran Mohamad – 24:34
  3. ? Mohd Azizuddin Mohd Zelani – 25:08

Acara ini bukan sahaja memartabatkan semangat kesukanan tetapi turut mempromosikan pelancongan sukan di Malaysia. Setiap peserta, daripada atlet elit hingga pelari santai, menunjukkan semangat keberanian, komitmen, dan kerjasama.

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta! Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024 membuktikan bahawa dengan semangat juang yang tinggi, tiada apa yang mustahil.

Jumlah keseluruhan hadiah sebanyak RM80,000 memberikan motivasi tambahan kepada peserta. Selain kategori utama, peserta kategori Veteran menerima hadiah hingga RM7,000, manakala kategori Remaja menawarkan hadiah bernilai RM3,000 untuk juara.

Tidak ketinggalan, hadiah cabutan bertuah menarik perhatian ramai, termasuk tiket penerbangan pergi-balik ke Istanbul yang ditaja oleh Turkish Airlines?

Keunikan Acara Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024 (KLTITC24)

Costume Runner Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024
Antara peserta berkostum dan personaliti media turut serta dalam Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024

Selain kategori kompetitif, KLTITC24 turut memperkenalkan Fun Run, di mana peserta berkostum dan personaliti media turut serta, menceriakan suasana.

Acara ini bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat tetapi juga memperkukuh kedudukan Menara Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan antarabangsa?

Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge terus menjadi simbol kecemerlangan dalam mempromosikan pelancongan sukan di Malaysia.

Dengan rekod baru dan sambutan antarabangsa, acara ini membuktikan bahawa Menara Kuala Lumpur bukan sahaja mercu tanda, tetapi juga platform sukan yang menginspirasi?

Acara ini dijangka terus berkembang pada masa depan, dengan aspirasi menjadikannya kejohanan bertaraf dunia yang lebih besar.

Perihal Menara Kuala Lumpur

Bro Tuah KL Tower

Menara Kuala Lumpur yang terletak di puncak Bukit Nanas, merupakan Menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan ke-tujuh tertinggi di dunia. Berdiri megah pada ketinggian 421 meter di tengah ibukota Kuala Lumpur, ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan menarik antaranya Sky Deck, Sky Box, dewan bankuet TEMU, Restoran ARAS, pelantar pemandangan, Tower Walk 100, kafe, gerai cenderamata dan perkhidmatan shuttle.

Menara ini dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam. Ianya merupakan ahli ‘The World Federation of Great Towers’, iaitu sebuah persekutuan yang dianggotai oleh 50 menara terkenal di dunia.

Menara Kuala Lumpur kini membuka restoran berputar – ARAS yang telah mula beroperasi pada 29 Januari 2024. ARAS menjanjikan pengalaman makan yang unik dengan menu gabungan yang disesuaikan untuk memenuhi citarasa tempatan dan antarabangsa.

Diuruskan oleh MKL Cuisine Sdn. Bhd., yang merupakan anak syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., restoran ini bersedia untuk menjadi destinasi kulinari utama di ibukota.

Untuk membuat tempahan di Restoran ARAS, sila hubungi talian +6011 2888 2020 atau emel kepada aras@kltower.com.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara akan datang di Menara Kuala Lumpur, lawati laman rasmi mereka di kltower.com.my atau ikuti media sosial @menarakl di Facebook, Instagram, dan TikTok.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *