April 30, 2024

Raya Bersama Galaxy A55 5G, Dengan Ciri Keselamatan Samsung Knox Vault

Raya Samsung Galaxy A55 5G

Korang raya mana tahun ini?

Persiapan raya tak siap ke? Baju raya? Kasut raya? Kuih raya? Perabot raya? Handphone raya?

Sebut pasal handphone raya ini, buat Bro nak berkongsi telefon pintar terbaru yakni Samsung Galaxy A55 5G untuk korang pakai raya ini yang didatangkan dengan teknologi Samsung Knox Vault.

Kenapa Samsung Galaxy A55?

1 – Warna Samsung Galaxy A55 5G

Warna Samsung Galaxy A55 5G

Samsung Galaxy A55 5G hadir dengan beberapa pilihan warna yang memukau untuk digandingkan bersama baju raya korang. Pasti nampak menyerlah raya korang nanti.

Antara pilihan warna yang terdapat pada Samsung Galaxy A55 5G seperti

  • Awesome Navy
  • Awesome Iceblue, dan
  • Awesome Lilac.

Korang boleh pilih dan pandangkan dengan tema raya korang tahun ini.

2 – Kemampuan Kamera pada Samsung Galaxy A55 5G

Kamera Samsung Galaxy A55 5G

Samsung Galaxy A55 5G didatangkan dengan sistem kamera tiga-lensa yang terdiri daripada kamera utama 50 megapiksel, kamera ultrawide 12 megapiksel dan kamera makro 5 megapiksel.

Maka Hari Raya nanti,

Lebih banyak kenangan dapat diabadikan dalam setiap gambar serta video yang dirakam menggunakan Samsung Galaxy A55 5G.

Walaupun dalam keadaan cahaya malap yang mencabar, gambar Raya korang kekal bertenaga dan terperinci, memastikan setiap detik ajaib musim ini terpelihara.

Bereksperimen dengan pelbagai tetapan dan teknik untuk meningkatkan pengalaman fotografi Raya korang.

Jangan lupa gunakan ciri peta kedalaman AI untuk menangkap potret yang menakjubkan dengan hiasan perayaan atau lampu berwarna-warni, menambah kedalaman dan dimensi pada imej yang korang ambil.

Dengan teknologi LN4 yang turut didatangkan, ia dapat mengurangkan noise untuk menghasilkan imej yang jelas dan terang.

Selain itu, manfaatkan ciri piksel besar 2um Galaxy A55 5G untuk menangkap butiran dan tekstur yang rumit, memperkayakan kedalaman dan kekayaan foto Raya korang.

Korang juga boleh meneroka mod Pro untuk kawalan manual ke atas ISO, kelajuan pengatup dan apertur, yang penting dalam pencahayaan yang pelbagai.

3 – Samsung Knox Vault

Samsung Knox Vault

Kebelakangan ini, banyak kes akaun media sosial, bank digodam. Lebih ketara lagi bila ada sesetengah data peribadi tersebar sedangkan kebanyakan masa kita berurusan hanya menggunakan telefon pintar sahaja.

Pelik bukan?

Tapi itu la kenyataannya dimana kita selalu menyimpan semua benda dalam telefon pintar menjadikan ia benda utama menjadi sasaran para pengondam.

Kini korang tidak perlu risau dengan adanya Samsung Knox Vault, diamana ia merupakan sistem keselamtan yang bekerja di “balik layar” untuk melindungi data sensitif korang seperti data kewangan, password, login credential, lokasi melalui perisian atau melalui perkakas.

Maka semasa cuti Raya, korang tidak perlu risau mengenai maklumat sensitif ketika melakukan transaksi e-dompet untuk Duit Raya atau pemindahan perbankan dalam talian.

Dengan Samsung Knox Vault, Samsung Wallet dan data penting lain disimpan selamat, memastikan ketenangan fikiran semasa musim perayaan.

Selain itu, ciri Folder Selamat mengasingkan aplikasi seperti aplikasi perbankan dengan selamat, mewujudkan ruang berasingan yang disulitkan dalam peranti korang. Ini memastikan maklumat kewangan kekal selamat.

Sebarang rakam detik berharga bersama keluarga dan rakan atau menyimpan dokumen dan aplikasi penting, Secure Folder dan Knox Vault akan menyediakan keselamatan yang menyeluruh buat korang.

4 – Harga Samsung Galaxy A55 5G

Harga Samsung Galaxy A55 5G

Beli Samsung Galaxy A55 5G di Shopee Untuk Lebih Penjimatan!

Samsung Galaxy A55 5G didatangkan dengan memory sebesar 12GB dengan storan penyimpan sebesar 256GB, boleh didapati pada harga RM1,999.

Sempena musim perayaan ini, korang boleh menikmati tawaran istimewa bernilai sehingga RM828* dengan setiap pembelian peranti Samsung Galaxy A55 5G. Antaranya :

  • PERCUMA Galaxy Buds FE bernilai RM 399*
  • PERCUMA Waranti Lanjutan 1 Tahun bernilai RM129*
  • Nikmati pembelian dengan DISKAUN sehingga 30% seperti Galaxy Fit3 terkini dan Aksesori Berjenama Samsung terpilih*
* Sementara Stok Masih Ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *