Alhamdulillah, dapat juga hadir dan memeriahkan lagi acara Bangi Family & Friends Run 2023 sebagai #BroSamurai #AbgSamurai yang berlangsung di EvoMall, Bandar Baru Bangi.
Dianggarkan lebih 400 peserta hadir untuk 2 kategori yang ditawarkan, yakni 3km dan juga 5km.
Apa yang Bro nampak, acara anjuran Koperasi Komuniti Bangi Selangor (KKBS) Berhad bertujuan menjadikan ia sebagai platform untuk komuniti Bangi berlari bersama sahabat, keluarga, dan penduduk setempat yang lain.
Gambar diatas, Bro Samurai bersama AJK merangkap orang kuat yang menjayakan acara ini.
Pelepasan peserta dilakukan oleh YB Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi secara berperingkat. 5km dahulu, kemudian diikuti acara 3km.
Sebagai tanda sokongan, YB Syahredzan Johan turut serta berlari bersama peserta Bangi Family & Friends Run 2023 ini.
Terima kasih YB Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi yang sudi bertegur sapa.
Peminat Anime Bleach rupanya dia ni. Sebab tak ramai yang tahu Bro Samurai memilih outfit Shinigami, kerana ianya murah dan korang boleh dapatkan di https://mycollection.shop/broframestone


Bangi Family & Friends Virtual Run 2023 | BFF Virtual Run 2023
Bagi rakan-rakan yang tak sempat nak join Bangi Family & Friends Run 2023, pihak penganjur berbesar hati menganjurkan Bangi Family & Friends Virtual Run 2023.
Terdapat beberapa kategori, yakni 3km, 5km dan 10km.
Pendaftaran dan larian boleh dibuat sepanjang bulan Oktober 2023 di www.bffrun.com.
Jangan cakap Bro tak payung tau!