May 21, 2024

Pengalaman Sertai Larian FITMALAYSIA Kuala Lumpur 2023

Fit Malaysia Kuala Lumpur 2023

Bro berkesempatan untuk sertai acara Larian FITMALAYSIA Kuala Lumpur 2023 yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Walaupun kehadiran Bro kali ini berpakaian ala Samurai, Bro masih lagi dengan geng runner yang selama ini setia sertai larian bersama.

Larian kali ini merupakan salah satu acara dalam Jelajah Fit Malaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan merekodkan seramai 100,000 peserta menyertai program itu sejak ia dimulakan di Pulau Pinang pada Ogos lepas.

Fit Malaysia merupakan inisiatif KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat untuk membudaya dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup aktif, cergas dan sihat seiring dengan aspirasi di bawah kerangka Malaysia Madani.

Untuk edisi Kuala Lumpur, ia berkonsepkan karnival kecergasan dengan pengisian aktiviti seperti Fun Ride 10 KM & 30 KM, Fun Run 5 KM & 10 KM, Fun Walk 3 KM, senamrobik, lompat tali, pameran kecergasan dan kesihatan dan banyak lagi dengan anggaran penyertaan yang berdaftar seramai 10,000 orang.

BroSamurai / AbgSamurai di Larian FITMALAYSIA Kuala Lumpur 2023

Geng Avenger Fit Malaysia Kuala Lumpur 2023

Jika sebelum ini, Bro sertai larian sebagai pelari biasa. Kali ini Bro sertai sebagai Cosplay Runner bersama rakan-rakan Cosplay Runner yang Bro kenali dari acara larian sebelum ini.

Dorang nie la yang meracun Bro untuk jadi Cosplay Runner.

Oleh itu, Bro terjerbak dan memilih untuk menjadi Bro Samurai / Abg Samurai. Ini merupakan larian ke-2 Bro lari sebagai Cosplay Runner (1st – Guardian Fun Run 2023).

Di sini Bro kongsikan beberapa gambar yang sempat ditangkap oleh kami dan juga peserta larian yang lain. Apa-apa pun, terima kasih kerana sudi bergambar dengan kami sepanjang acara ini berlangsung.

BroSamurai FIT Malaysia Kuala Lumpur 2023

King Oyen FIT Malaysia Kuala Lumpur 2023

Cosplay Runner FIT Malaysia Kuala Lumpur 2023

Fun Ride FIT Malaysia Kuala Lumpur 2023

Ninja Cat FIT Malaysia Kuala Lumpur 2023

Jelajah Fit Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan siri yang terakhir di peringkat negeri/ Wilayah Persekutuan.

Insya’lah Bro akan ada sekali sewaktu Fit Malaysia Kebangsaan pada 14 Oktober 2023 disekalikan bersama sambutan Hari Sukan Negara di Pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.

Pendaftaran masih lagi dibuka, dan korang boleh mendaftar melalui pautan https://www.heyjom.com/events/429

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *