March 19, 2024

Pitching Geran Projek bernilai RM 150,000 Bersama Tourism Selangor

The Chief Executive Officer of Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad and the Manager of Industrial Department of Tourism Selangor, Chua Yee Ling

Berita baik buat semua pemain industri perlancongan!

Negeri Selangor, melalui agensi promosi pelancongan rasmi, Tourism Selangor, telah melancarkan Pertandingan Pitching Tourism Selangor buat kali ketiga dengan tema “Pelancongan Mampan”.

Tempoh penyerahan kertas kerja adalah dari 1 Jun 2023 hingga 2 Julai 2023 dan 15 pemenang akan berpeluang untuk membawa pulang Geran Projek bernilai RM 150,000.

Pertandingan Pitching Tourism Selangor telah berlangsung dengan jayanya tahun lalu dengan sepuluh pemenang diberikan geran projek sebanyak RM 100,000, bertemakan Pelancongan dan Industri Kreatif yang memfokuskan kepada Warisan, Seni, Media dan Reka Bentuk dengan matlamat menjadikan negeri Selangor sebagai hab industri kreatif.

Pitching Tourism Selangor 2023

Pertandingan Pitching Tourism Selangor tahun ini akan memberi tumpuan kepada 17 Matlamat Pembangunan Mampan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk kesaksamaan jantina, pertumbuhan ekonomi, tindakan iklim, bandar dan masyarakat mampan, pendidikan berkualiti, dan lain-lain.

Idea bagi merancakkan industri pelancongan Selangor juga hendaklah disampaikan dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris, dengan matlamat menjadikan Selangor sebagai destinasi pelancongan pilihan utama.

“Pertandingan Pitching Tourism Selangor tahun ini akan memberi peluang kepada pemain industri pelancongan, Badan Bukan Kerajaan, Hos Komuniti Setempat, institusi pengajian tinggi dan lain-lain untuk menggiatkan semula pelancongan domestik negeri Selangor secara mampan dan memimpin industri pelancongan negara.” – Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor,

Pertandingan ini terbuka kepada dua kategori yang terdiri daripada penyertaan individu dan berkumpulan tanpa melebihi empat orang setiap kumpulan, dengan projek dirancang dan akan dilaksanakan di negeri Selangor sahaja.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *