April 13, 2024

Dayvigo – Rawatan Insomnia Terbaharu Bagi Membantu Rakyat Malaysia

New Insomnia Treatment – Dayvigo

Eisai (Malaysia) Sdn Bhd, telah melancarkan rawatan terbaharunya untuk insomnia, Dayvigo, untuk merawat malam tanpa tidur yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Kes-kes insomnia kian meningkat dan untuk menandingi masalah ini, pendidikan yang sewajarnya, inisiatif kesedaran, dan terapi harus diberikan kepada para individu yang memerlukannya.

Ciri-ciri insomnia termasuk susah nak tidur atau kekerapan bangun tidur, ianya boleh mengganggu aktiviti seharian dan kualiti hidup seseorang.

Adakah anda salah seorang yang menhadapi masalah ini?

Dianjurkan seiring dengan Hari Tidur Sedunia, Eisai Malaysia berharap untuk meningkatkan kesedaran tentang cara tidur yang sihat dengan menitikberatkan kepentingan untuk memberikan rawatan yang efektif untuk tidur pada waktu malam.

Dengan pelancaran Dayvigo, Eisai Malaysia bertekad untuk merawat insomnia supaya rakyat Malaysia boleh menjalani kualiti kehidupan yang baik dan pada masa yang sama boleh mengelak penyakit-penyakit kronik lain yang mungkin timbul gara-gara kekurangan tidur.

Pelancaran ini telah menyaksikan penyertaan Prof Ng Chong Guan, Pakar Penasihat Psikiatri dan Bendahari Lembaga Psikiatrik Malaysia dan Dr Hazli Zakaria, Pengasas Alaminda Healthcare Berhad di mana mereka berdua telah berkongsi platform untuk saling memberi pendapat dan bersyarah tentang masalah-masalah utama berkenaan insomnia.

Kam Ai Teng, Managing Director of Eisai Malaysia

Kam Ai Teng, Pengarah Urusan Eisai Malaysia berkongsi bahawa tidur itu penting terutamanya untuk badan kita supaya badan kita dapat berfungsi secara efektif setiap hari – tetapi malangnya ramai orang masih mengendahkannya.

“Kami amat gembira untuk membawa masuk Dayvigo ke dalam pasaran, memberikan pilihan rawatan tambahan untuk pesakit insomnia. Insomnia ialah isu kesihatan yang parah dan jutaan orang di serata dunia merana kerananya.

Kita gagal untuk menyedari betapa parahnya insomnia sehingga sudah terlambat, dan kini masyarakat seharusnya tahu bahawa insomnia boleh berlaku pada fasa-fasa berbeza dalam kitaran tidur dan mengakibatkan kesulitan pada siang hari seperti lesu, mengantuk di waktu siang, perubahan emosi, dan simptom-simptom yang lain.”

Sebagai rawatan Dual Orexin Receptor Antagonist (DORA) di Malaysia, Dayvigo telah melalui siri ujian yang ketat dalam percubaan-percubaan klinikal dan didapati efektif dalam membantu para individu tidur cepat, dengan kesan yang minimal terhadap kesedaran serta fungsi pada keesokan harinya.

Dayvigo merupakan rawatan kelas baharu yang belum pernah diketahui dan membantu para individu untuk tidur dengan menyekat kecenderungan mereka untuk berjaga.

Pada Hari Tidur Sedunia ini, mari kita semua bangkit untuk kesihatan tidur dan berjuang untuk kehidupan yang lebih sihat!

Untuk maklumat lanjut tentang komitmen syarikat untuk meningkatkan ekosistem penjagaan kesihatan, sila layari https://eisaimal.com.my/.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *