April 26, 2024

[Review] Lenovo IdeaPad Flex 5 AMD Dengan Harga Bermula Dari RM2399

Review Lenovo IdeaPad Flex 5 AMD
Sekitar bulan Julai 2020, Lenovo Malaysia telah memperkenalkan komputer riba terbaru mereka yang dinamakan Lenovo IdeaPad Flex 5 yang dikuasakan oleh APU AMD Ryzen 4000.

Untuk pengetahuan anda, IdeaPad Flex 5 mempunyai ciri rekaan yang boleh-lipat hampir sama seperti siri Lenovo Yoga.

Transformasi rekaan yang sempurna (kecil, ringan & fleksibiliti) sesuai untuk digunakan bagi tujuan hiburan, belajar, mahupun melakukan kerja diluar pejabat.

Direka untuk menginspirasi kreativiti, Lenovo IdeaPad Flex 5 dibentuk dengan teknologi pintar bagi merealisasikan idea buat pengguna untuk menjadi kenyataan.

Terdapat 3 jenis IdeaPad Flex 5 yang dikuasakan oleh AMD Ryzen 4000 iaitu :-

  • IdeaPad Flex 5 AMD Ryzen 3 4300U
  • IdeaPad Flex 5 AMD Ryzen 5 4500U
  • IdeaPad Flex 5 AMD Ryzen 7 4700U

Untuk kali ini, Bro akan berkongsi review sepanjang menggunakan Lenovo IdeaPad Flex 5 AMD Ryzen 5 4500U dari Lenovo Malaysia.

Lenovo IdeaPad Flex 5 AMD 4500U

Lenovo IdeaPad Flex 5 AMD Fleksibiliti

Lenovo IdeaPad Flex 5 dikenal dengan fleksibiliti untuk disesuaikan dan dipadankan dengan apa jua kedudukan.

Sama seperti siri Lenovo Yoga, IdeaPad dengan mudah diubah menjadi tablet dengan sandaran sederhana untuk memaksimumkan kecekapan, atau menjadi mod “khemah” ketika berkongsi kandungan dengan rakan sekerja atau rakan sekolah untuk interaksi yang lebih intuitif.

So, posisi yang mana satu menjadi pilihan anda?

Lenovo Digital Stylus
Kerja lebih mudah dengan adanya “Lenovo Digital Stylus’

Untuk pengetahuan anda, Lenovo IdeaPad Flex 5 AMD turut didatangkan bersama dengan ‘Lenovo Digital Stylus’ bagi memudahkan anda melalukan kerja yang lebih detail diatas permukaan skrin bersaiz 14 inci dengan resolusi Full HD.

Mungkin anda sendiri tidak tahu bahawa Lenovo IdeaPad Flex 5 AMD hadir dengan fungsi skrin sesentuh. Sesuai & sepadan dengan kemampuan dalam memenuhi keperluan yang anda inginkan.

AMD Ryzen™ 7 4700U Mobile Processor
Dikuasakan oleh AMD Ryzen™ 7 4700U Mobile Processor bersama paparan Radeon™ Graphics

Seperti namanya, ia dikuasakan oleh AMD Ryzen™ 7 4700U Mobile Processor bersama paparan Radeon™ Graphics memberikan anda prestasi dan kelajuan yang anda inginkan dalam mencipta kandungan, melakukan pelbagai tugasan, berhibur, bermainan permainan, dan banyak lagi.

Rekaannya yang nipis dengan berat 1.5kg, hadir dengan pilihan memori DDR4 8GB (sehingga 16GB) dan juga storan SSD sebesar 256GB (sehingga 1TB) bagi menampung keperluan sistem operasi Window 10.

Turut disertakan Microsoft Office Home and Student

Finger Print Lenovo IdeaPad Flex 5
Terdapat fungsi Finger Print pada Lenovo IdeaPad Flex 5 untuk memudahkan pengguna log masuk.

Dari segi keselamtan,

Lenovo IdeaPad Flex 5 didatangkan dengan privacy shutter, bagi memudahkan anda menutup webcam (kamera 720px) sekiranya tidak memerlukan.

Bahkan, ia juga didatangkan dengan fungsi pengibas cap jari bagi memudahkan anda log masuk tanpa perlu memasukkan kata kunci.

Hadir dengan bateri berkapasiti 52.5Wh dengan pengecasan pantas menggunakan USB Port C dengan kadar 80% kurang 1 jam membolehkan ia bertahan sehingga 9 jam penggunaan tanpa cas. Manakala bagi penggunaan agresif (bermain game), jangka hayat bateri mampu bertahan sehingga 2 jam lebih.

Komputer riba Lenovo IdeaPad Flex 5 ini boleh dibeli melalui pengedar sah komputer riba Lenovo Malaysia pada harga bermula RM2399.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.lenovo.com/my/en/ideapad/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “[Review] Lenovo IdeaPad Flex 5 AMD Dengan Harga Bermula Dari RM2399

Leave a Reply to Azhafizah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *