April 26, 2024

Kisah Tok Kadi Musim Ke-2 Fokus Kisah Kehidupan Rumah Tangga

Kisah Tok Kadi Musim Ke-2
Korang dah tonton ke belum Kisah Tok Kadi Musim Pertama?

Apa macam? Best bukan?

Habis je 8 Episod musim pertama, Kisah Tok Kadi kembali dengan musim ke-2 yang bersiaran pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 9 malam di saluran Astro Warna.

Korang sendiri pun dah tahu kan siapa pilihan hati Ustaz Shahrul (Lakonan Beto Kusyairy). Akhirnya beliau memilih Humairah sebagai isterinya (Dorang kahwin waktu episod terakhir Musim Pertama).

Masih menampilkan pelakon berbakat besar dari Malaysia, Beto Kusyairy serta pelakon dari Singapura Norsiah Ramly, Fazlyna Aziz, Sufian Ahmad dan Lydia Asyiqin

Jika musim pertama, drama ini fokus kepada permasalahan pengantin dan juga tarik tali wanita-wanita dengan Ustaz Shahrul.

Bagi musim kedua, selain permasalahan pengantin… Diterapkan juga permasalahan yang turut dihadapi oleh Ustaz Shahrul dan juga Humairah sebagai suami isteri, sama seperti pasangan suami isteri yang lain.

Selain, masalah dengan mertuanya.. Kehadiran Bekas Tunang Humairah, yakni Riyan memberi kesan yang mendalam terhadap jalan ceritanya. Lebih ketara lagi, bila Riyan cuba mengambil hati Humairah yang masih lagi belum move on dengan Riyan.

Dan perkara ini diketahui oleh Ustaz Shahrul sendiri.

Kisah Tok Kadi Musim 2 - Ustaz Shahrul Siti

Selain itu, Humairah masih menganggap Ustaz Shahrul masih menaruh harapan kepada Siti yang sebelum ini menolak lamaran beliau.

Lebih-lebih lagi selepas Siti kehilangan suami akibat kemalangan dan juga keguguran.

Kedua-dua perkara ini memberi kesan kepada ketengangan rumah tangga antara Ustaz Shahrul dan juga Humairah. Hingga ada satu episod, mereka tidak lagi tinggal sebumbung.

Selamat Hari Raya 2020

Bicara Bro : Bro sendiri yang sudah masuk usia perkahwinan 8 tahun juga pernah hadapi benda yang lebih kurang sama seperti yang mereka hadapi.

Cuma, kita sebagai suami isteri kena bijak mengawal emosi dan cuba mencari jalan untuk memperbaiki hubungan yang telah terjalin.

Ada satu babak, dimana ibu kepada Ustaz Shahrul berkata, “Syaitan akan bersorak bila lelaki dan perempuan bersama tanpa ikatan. Tetapi syaitan lagi bersorak bila sesuatu ikan perkahwinan berakhir dengan penceraian.

Kisah Tok Kadi Musim Ke-2 di Astro Warna

Jika musim pertama, hanya 8 episod. Untuk musim ke-2, Kisah Tok Kadi tampil dengan 13 episod.

Tampil dengan beberapa watak baru seperti Riyan (Bekas Tunang Humairah), Ustaz Kamil (Tok Kadi baru) dan juga Ainah (mak andam yang nampak macam tergedik-gedik dengan Ustaz Kamil).

Cuma, watak Siti dalam beberapa episod macam tiada. Mungkin waktu diawal shooting beliau tengah sarat mengandung.

Ada beberapa isu baru diketengahankan seperti poligami, hantaran tak cukup, kahwin bawah umur etc.

Korang boleh tonton drama Kisah Tok Kadi Musim Kedua secara online di ;-

  • Episod 1 – Shahrul dan Humairah yang sudah berkahwin hampir 3 bulan, belajar bagaimana untuk mengimbangi tanggungjawag sebagai suami isteri juga terhadap keluarga. Beliau menikahkan seorang pemuda bisu yang mendapat tentangan daripada pihak pengantin perempuan.
  • Episod 2 – Kamil menemani Shahrul buat pertama kali. Di majlis pernikahan itu, beliau berjumpa dengan Ainah, seorang mak andam, yang terpikat kepadanya. Kali ini Shahrul menikahkan pengantin lelaki yang berasal dari Vietnam.
  • Episod 3 – Shahrul membeli sebuah motorsikal tanpa pengetahuan Cikgu Rahmah dan terlibat dalam kemalangan kecil. Kali ini beliau membantu pasangan berumur yang ingin bernikah tetapi menghadapi tentangan keluarga.
  • Episod 4 – Humairah bersangka buruk yang Shahrul masih lagi menaruh harapan terhadap bekas kekasihnya, Siti. Isa pula cemburu apabila Shahrul lebih banyak meluangkan masa dengan Kamil. Pengantin lelaki menghadapi cabaran apabila dituduh lebih banyak meluangkan masa dengan hobi daripada membuat persiapan perkahwinan.
  • Episod 5 – Humairah menyangka yang mungkin beliau hamil. Namun sebelum hal ini diberitahu kepada Shahrul, ia telah tersebar menerusi media sosial. Pasangan pengantin perempuan kali ini banyak merakamkan segala persiapan mereka menerusi media sosial. Perkara ini tidak disukai pihak lelaki.
  • Episod 6 – Perhubungan Shahrul dan Humairah agak tegang. Ditambah dengan campur tangan dari bapanya membuat keadaan lebih rumit. Shahrul membantu menyelesaikan masalah apabila pihak lelaki tidak membawa wang hantaran yang cukup pada hari perkahwinan.
  • Episod 7 – Bekas tunang Humairah, Riyan, muncul di pejabatnya untuk berbincang tentang kolaborasi perniagaan. Shahrul agak terganggu dengan kehadirannya. Sebulan sebelum majlis perkahwinan, ibu pengantin perempuan mendapati wang senoman yang mahu digunakan bagi majlis itu tidak terbayar oleh rakan-rakannya.
  • Episod 8 – Arif hampa dengan rancangan Humairah dan Shahrul mencari rumah baharu. Seorang wanita mengizinkan suaminya mengahwini wanita lain disebabkan beliau tidak dapat memberi zuriat.
  • Episod 9 – Humairah, Shahrul dan Isa menziarahi Siti apabila beliau kematian suaminya. Humairah tidak senang hati apabila mendapat tahu menerusi Hasnah yang Siti pernah ada hubungan dengan Shahrul. Pasangan yang baru bercerai ingin rujuk semula.
  • Episod 10 – Humairah cemburu apabila ternampak Shahrul berbual dengan Siti di klinik. Pasangan yang berkenalan di media sosial ingin berkahwin. Namun pengantin perempuan mempunyai sejarah hitam. Pernikahan tidak pasti sama ada akan berlangsung apabila beliau berterus terang dengan bakal suami.
  • Episod 11 – Shahrul kecewa apabila mendapat tahu Riyan pergi bersama ke lawatan perniagaan di Jakarta bersama Humairah. Bapa mertua Shahrul tersinggung apabila terdengar pergaduhan antara Shahrul dan Humairah. Seorang bapa yang tidak mahu berterus terang tentang status anaknya yang merupakan anak angkat membuat pernikahan tidak sah.
  • Episod 12 – Ibu bapa Humairah dah Shahrul cuba menyelamatkan perkahwinan mereka. Arif memberitahu Riyan hubungan baik mereka mungkin tidak disukai Shahrul. Pasangan ibu bapa seorang pengantin bawah umur mendapatkan nasihat Shahrul apabila anak mereka didapati mengandung sebelum bernikah.
  • Episod 13 – Shahrul yang kecil hati dengan Humairah tentang hubungannya dengan Riyan tidur di rumah ibunya. Ibu bapa Humairah pula bersemuka dengan Riyan untuk menjauhi dirinya daripada Humairah. Tiga orang rakan ingin mengadakan majlis persandingan serentak. Harapan mereka mungkin tidak terlaksana apabila salah seorang daripada mereka telah berlaku curang.

Kisah Tok Kadi Musim 2 Ustaz Shahrul Humairah

Kalau nak tonton di Astro Warna, agak lambat juga. Lagipun cerita ini dah lama keluar, tapi hanya disiarkan pada hari Isnin & Selasa sahaja.

By the way, Kisah Tok Kadi hanya sampai musim ke-2 je.

Bicara Bro : Sepanjang minggu ini, Bro tonton cerita lakunan Beto Kusyairy seperti Sembilan & juga Cinta Elevator. Kedua-dua cerita ini, turut menampilkan member Bro – Aloy Paradoks (ala yang tengah hangat dengan kes Kak Ogy tue)

***************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Kisah Tok Kadi Musim Ke-2 Fokus Kisah Kehidupan Rumah Tangga

  1. Nak kena buat pecutan laaa tengok balik musim pertama ni, lupa ingat lupa daa…so nanti boleh terus masuk musim kedua…
    Yaa, kita suami isteri yang penting banyakkan komunikasi, jangan asyik dengan handphone memasing, sampaikan nak tanya pun guna wahtsapp…ermmmm…

Leave a Reply to Sis Lin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *