March 29, 2024

Roti Leleh Batu Arang, Rawang – Lokasi Breakfast Viral Kalangan Geng Basikal

Roti Leleh Batu Arang
Rezeki hari ini, dapat bawa Puan Isteri breakfast jauh sedikit dari rumah.

Selepas hantar anak sekolah di Tasik Puteri, Rawang. Bro teruskan pemanduan menghala ke Batu Arang, yakni pekan kecil yang tidak beberapa jauh dari Tasik Puteri.

Lokasi yang dituju, semestinya gerai Roti Leleh Batu Arang yang menjadi buah mulut beberapa kenalan di Tasik Puteri.

Selama 6 tahun Bro duduk di Tasik Puteri (Sekarang dah pindah duduk Puncak Alam), baru tahu tentang port yang viral / tumpuan terutamakan geng basikal di sekitar area sini. Sedangkan Bro dulu selalu juga ke klinik kesihatan yang terletak bersebelahan dengan gerai ini.

Mungkin ketika itu, dalam circle Bro tak ramai yang berkongsi tempat makan yang menarik.

Lokasi : Roti Leleh Batu Arang, Rawang (Boleh Waze sebelum datang).

Roti Leleh Batu Arang, Rawang

Kedai Makan Viral : Breakfast di Roti Leleh Batu Arang, Rawang yang pernah viral beberapa tahun sudah.

Breakfast Roti Leleh Batu ArangDi sini, anda dapat menikmati sajian roti yang dibakar diatas arang, makan bersama telur 3 suku (telur separuh masak), kicap & kacang panggang. Pasti menaikkan selera korang yang datang makan di sini.

Lokasi gerai terletak berdekatan bulatan Pekan Batu Arang dan bersebelahan Balai Bomba. Kiranya, landmark adalah Bulatan Pekan Batu Arang & Balai Bomba. Kalau tak jumpa benda nie, korang sesat la tue.

Sekiranya korang nak ke sini,

Paling mudah melalui Lebuhraya LATAR (jika korang dari luar kawasan) dan exit di Bandar Tasik Puteri, kemudian drive lebih kurang 10 minit sebelum sampai ke destinasi.

Lokasi tumpuan geng basikal (bukan basikal lajak) untuk bersarapan pagi pada hujung minggu lepak selepas penat mengayuh basikal sekitar kawasan.

Hujung minggu memang sesak di sini. Jika korang nak datang makan bersama keluarga, tak digalakkan. Tapi kalau hari biasa, sini memang port paling berbaloi untuk korang datang.

Bukan apa, korang kena beratur panjang untuk dapatkan Roti Leleh ini. Sanggup ke?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “Roti Leleh Batu Arang, Rawang – Lokasi Breakfast Viral Kalangan Geng Basikal

  1. Wahh! Kebetulan adik duduk di Taman Desa Coalfields, berdekatan dengan penjara Sg Buloh. Nanti bolehlah singgah ke sini satu family. Terima kasih atas info yang menarik.

  2. ya Allah. rinduuuuu nyer nak sarapan kat luar.
    dah le roti leleh jenis gini feveret aida.
    hu hu hu hu esok nak buat la sendiri kat rumah.
    roti ada. telur ada. wow!

  3. Uittt sampai meleleh tgok roti leleh tu. Time2 macam ni kalau tengok makanan sedap2 rasa sedaih je, maklum tak dapat pergi dan kesian jugak dengan peniaga2 tu kan. Harap dapatlah ke sana satu hari nanti

  4. Dia punya teluq kemain montel, geram nengok kalau orang buat telur macamtu..
    Tempat ni macam pernah dengar, cuma belum pernah singgah…jauh pun ye, tapi nanti kalau ada balik Sabak Bernam, boleh le singgah lalu…

Leave a Reply to hi apakata mommy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *