March 29, 2024

Digital Nomad Malaysia (DIGINOM) Anjur Bengkel Perkongsian Ilmu Blog Bersama Bro Framestone

Retreat 2020 - Perkongsian Ilmu Blog Bersama Bro Framestone
Buat rakan-rakan pembaca yang teringin nak jadi blogger / mencari hala tuju dalam dunia bloging.

Bro telah dijemput oleh Digital Nomad Malaysia (DIGINOM) untuk berkongsi ilmu mengenai blog melalui pengalaman sebagai blogger dari tahun 2006.

Jika sebelum ini, mereka menganjurkan kelas blogger kat Bangi (tahun 2019), kali ni mereka nak bawa anda semua menghadiri kelas Sharing Blogger terus dari bendang!

Bendang? Sawah? Yup… dekat situ…

Inilah masanya untuk anda rasakan sendiri keindahan kampung & abadikannya dalam blog yang akan anda mulakan! Memang elok untuk BBNU yang tak pernah masuk kampung atau yang merindui suasana kampung.

Dekat mana lagi anda boleh dapatkan pengalaman menanam padi? Tangkap ikan keli pakai tangan? Mandi di Palong dan macam-macam lagi aktiviti orang kampung yang best ni.. Teruja bukan..!

BACA : Perihal Digital Nomad Malaysia (DIGINOM) Yang Perlu Anda Tahu.

Retreat 2020 – Perkongsian Ilmu Blog Bersama Bro Framestone

Belum Forest Friends - Bro FramestoneLawatan 2 hari 1 malam ini akan ditemani Blogger Berpengalaman Pilihan setiap bulan.

Blogger orang lama yang berpengalaman dengan segala selok belok ber-blog, macam-macam kita boleh belajar dari beliau. Masa ni lah nak korek segala rahasia tersembunyi dunia blogger!

Untuk versi #TourismMalaysia2020, Digital Nomad Malaysia (DIGINOM) berkolaborasi bersama Agensi Pelancongan berpengalaman,menjemput Bro Framestone untuk berkongsi tips & trick menjadi blogger serta ……..? (Jeng jeng jeng…)

Apa yang jeng jeng jeng?

Anda kena tanya pada Bro sendiri ketika acara ini berlangsung. Insya’lah Bro akan kongsikan semua ilmu yang Bro ada & pernah ada untuk anda semua.

Ppss..!! Dengar cerita ada kaitan dengan buat duit.

Kali terakhir Bro berkongsi ilmu blog ketika dijemput menjadi penceramah bagi Minggu Kerjaya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun 2011.

Kali ini, bukan sahaja ilmu sebagai blogger, bahkan ilmu sepanjang 10 tahun terlibat dalam Social Media Industry (Agency, Advertising & Consultant). Ini betul-betul masa yang paling sesuai untuk anda dapatkan ilmu yang jarang sekali Bro kongsikan.

Digital Nomad Malaysia Event

Lokasi : Sungai Sireh, Kuala Selangor
Tarikh : 22 – 23 Februari 2020 ( 2 hari 1 malam)

Tempat terhad.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan – https://diginom.my/trips/. Rujuk itinerary untuk mengetahui aktiviti yang diadakan sepanjang 2 hari :

[Day 1] – Meet and Greet

12.00 pm – anda tiba dengan kenderaan sendiri
1230 pm – lunch ( provided) dan suai kenal  – intro to blogging & profile building *santai²
2.00 pm – check in (cabin)
3.30 pm – aktiviti d’bendang
(Memancing, Menanam padi, Mengagau ikan & Mandi Palong)
5.00 pm – free and easy
6.30 pm – dinner (provided) – Bakar ikan keli hasil tangkapan
8.00 pm – intro to platform & how to make money with blogging.
@ Lawatan menaiki bot melihat kelip-kelip (*Optional – tiket RM50/bot -4 pax)

 

Back to homestay, free activity & sambung bersembang.

[Day 2]

7.30 am – Sarapan (personal)
9.00 am – Melawat rumah tradisional
(Anyaman daun kelapa, Mewarna batik & Membuat kerepek ubi @ rempeyek)
12.00 noon – Lunch (personal) akan dibawa ke kedai kampung
1.00 pm – Tamat

*Optional Tour as per request

Sungai Sireh, Kuala Selangor

Yuran penyertaan, termasuk  :

  • Accommodation
  • Meals day 1 (day 2 – peluang untuk pilih sendiri makanan kampung)
  • Activity as per itinerary
  • *OPTIONAL : Kelip – Kelip / Kuala Selangor Trail / Sky Mirror

Bukan tu saja, anda juga akan diberikan:

  • E-book DIGINOM
  • E-book Asas WordPress
  • 10 E-book asas marketing online Secara Percuma ??
  • Sijil disediakan.

*Trip ini Kids friendly

Anda juga akan diberikan Special doorgift dari Diginom Foods Network – Diginomnomnom.

Berminat? Nak tahu lebih lanjut? Anda boleh Whatsapp ke www.wasap.my/601156784769 atau daftar penyertaan anda di pautan – https://diginom.my/trips/

10% keuntungan program ini akan disumbangkan ke Depression Wellness Project untuk pembinaan sebuah pusat Komuniti Kesedaran Kesihatan Mental di sekitar Kuala Lumpur, ini dapat membantu penghidap-penghidap masalah kemurungan & Diginom yang mengalami depresi akibat kerja berseorangan.

Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi manafaat kepada orang ramai. Sambil menimba ilmu, nikmati pengalaman indah & beri balik kepada masyarakat.

Hebat bukan?

Jom daftar sekarang, di pautan – https://diginom.my/trips/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Digital Nomad Malaysia (DIGINOM) Anjur Bengkel Perkongsian Ilmu Blog Bersama Bro Framestone

  1. Bestnya sambil belajar ilmu blogging, sambil belajar cara hidup orang sekitar. Dapat pengalaman tengok kelip-kelip pulak tu, bukan selalu dapat jumpa. Inisiatif bagus juga salurkan 10% keuntungan kepada Depression Wellness Project. Terbaik!

  2. bagus aktiviti mcm ni,… smbil ambil pengalaman boleh sedut ilmu blogging juga.. yg penting ni aktiviti faedah yg agak best utk sesiapa follow.. sis takde daya ada anak kecik hehe

  3. Best dapat peluang keemasan macam ni, dapat bersama blogger hebat serta dapat timba ilmu, dalam masa yg sama dapat pula melihat keindahan alam..sure tenang je dapat tuntut ilmu dalam suasana macam ni

  4. Agak menarik dia punya tentatif tu bro! Perghhh cam retis lak rasa kan hahah..btw bagus bro buat perkongsian camni so leh bantu ramai org utk menulis ekekek

Leave a Reply to Mohamad Khairil Bin Hassan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *