February 21, 2020

Tarikan Baru di The Shore Oceanarium, Melaka Mulai 1 Disember 2019

The Shore Oceanarium Melaka
Dah masuk minggu ke-2 cuti sekolah bermula, masih tak tahu nak bawa anak-anak ke mana?

Apa kata korang bawa seisi keluarga dekati hidupan laut yang terdapat di The Shore Oceanarium, Melaka yang pasti mengujakan.

Ia bukan sahaja menyeronokkan, bahakan anak anda boleh menggunakan masa cuti sekolah ini dengan menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka terhadap hidupan laut.

The Shore Oceanarium terletak di tingkat 2 The Shore Shopping Complex mula beroperasi Disember 2014, merupakan lokasi santai yang sesuai untuk seisi keluarga.

Bagi yang datang jauh dari Bandar Melaka, boleh juga Menginap di The Shore Hotel & Residences yang terletak diatasnya.

Lihat Hidupan Laut The Shore Oceanarium Melaka

Hidupan Laut The Shore Oceanarium Melaka

Informasi The Shore Oceanarium Melaka
Pelbagai informasi boleh diperolehi oleh pengunjung yang datang ke sini.

Melalui hasil kerjasama bersama Jabatan Perikanan Melaka, pengunjung boleh melihat pelbagai spesies hidupan laut disamping mengenali nama saintifik serta habitat haiwan tersebut ketika berada di sini.

Bukan itu sahaja, pengunjung turut dapat mempelajari mengenai ekosistem bumi dan menerokai pelbagai hidupan di air mahupun di darat.

Mural The Shore Oceanarium Melaka
Terdapat mural dan arca yang menarik untuk anda bergambar bersama.

Spring In The Ocean @ The Shore Oceanarium, Melaka

Untuk pengetahuan anda,

The Shore Oceanarium Melaka telah membuka Fasa 2 dinamakan Spring In The Ocean dengan lebih banyak tarikan bermula 1 Disember nanti yang mampu memberi lebih banyak pengalaman baru buat pengunjung.

  • Oceanarium`s Aquarist Lab
  • Genomic DNA Extraction
  • Schooling Fish Tunnel
  • Ray Tunnel
  • Music Sound of Sea
  • Infinity Aqua Room
  • Underwater Cultural Remix Mural Art
  • Kids Dome Aquarium

Antara ciri-ciri yang menarik dalam fasa 2 adalah Oceanarium’s Aquarium Lab – makmal pendidikan yang memaparkan pemandangan penjagaan di sebalik harian ikan di sini.

Ray Tunnel - The Shore Oceanarium Melaka

Selain itu, anda juga boleh melihat terowong baru iaitu Ray Tunnel dan Schooling Fish Tunnel di mana ia mempamerkan pelbagai spesis ikan yang berenang sekawan disebalik terumbu karang.

Bukan itu sahaja,

Pengunjung turut berpeluang untuk merasi pengalaman Music Sound Of Sea yang menampilkan Dancing Musical Light Aqua Theatre melalui gabungan muzik, pencahayan dan ‘LED air bubble curtain‘ untuk memberi gambaran jauh ke dasar lautan.

Tahun Melawat Malaysia 2020 @ The Shore Oceanarium, Melaka

Poster The Shore Oceanarium Melaka

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 ini, anda boleh mendapatkan tiket pada harga RM40 bagi dewasa manakala RM 30 untuk kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun serta warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Menariknya, setiap pembelian 1 tiket ini, korang akan dapat 1 tiket percuma taman interaktif Virtual Reality (VR) dan Augmented Reality (AR).

The Shore Oceanarium
Level 2, The Shore Shopping Gallery,
Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka

Tel : 06-2829966 | Fax : 06-2831003

Waktu Operasi : 10.30 pagi – 9 malam setiap hari.
Laman Web : www.oceanariummelaka.com

Tiket PERCUMA Masuk Ke VR & AR Interactive Park

VR & AR Interactive Park Melaka

Seperti yang telah Bro nyatakan tadi, anda boleh dapatkan Tiket VR & AR Interactive Park secara PERCUMA dengan setiap pembelian tiket The Shore Oceanarium pada harga RM40 bagi dewasa manakala RM 30 untuk kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun serta warga emas berusia 60 tahun ke atas.

VR & AR Interactive Park merupakan salah satu produk The Shore Oceanarium Melaka yang telah beroperasi pada bulan Disember 2018.

Ia dibahagikan kepada tujuh zon iaitu 360 Degree View VR Cinema, Dinosaur Augmented Reality, 3D Ex Laser Cinema, Augmented Reality Interactive ,Interactive Fish ,Kids VR dan Edutainment Painting.

Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 10 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

19 thoughts on “Tarikan Baru di The Shore Oceanarium, Melaka Mulai 1 Disember 2019

  1. I pegi melaka selalu jugak. Tapi tak pernah singgah sini. Tempat ni nampak menarik dan satu attraction baru selain jonker walk kat melaka. Boleh la pegi next month. Biar cuti sekolah habis.

  2. Menariknya. Melaka adalah salah satu tempat yang kami tak jemu nak pergi. Semakin hari semakin banyak tempat menarik di Melaka. Mungkin boleh masuk dalam wishlist kalau ke Melaka lagi nanti.

  3. hi hi hi hi saya org melaka, bro, lom jejak sini lagi :)
    dulu, tarikannya so so jer. so, mcm x berbaloi nak masuk dgn harga gitu.
    moreover, masa tu kami terbayangkan aquaria klcc yg ohsem tu.
    if like this, maybe kami dah boleh masuk la. mcm ohsem jer :)
    tq for sharing.

  4. Seronoknya ada attraction macam ni dekat Melaka. Lokasi pula ada hotel dan tempat makan best. Nanti nak plan ke sini weekend. Sebab cuti orang dewasa dah habis. Anak je cuti sekolah. Mereka nak berjalan. Pening mak nak plan pi mana sebenarnya. hahaha

Leave a Reply to cindyrina Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *