April 19, 2024

Pembukaan Rasmi The Pantheon Esports Club Yang Pertama di Mesamall, Nilai

The Pantheon Esports Club Mesamall Nilai
Tahniah diucapkan kepada The Pantheon,

Diatas pembukaan rasmi The Pantheon Esports Club mereka yang pertama yang terletak di Tingkat 1, Mesamall, Nilai, Negeri Sembilan.

Majlis ini turut diadakan serentak dengan perasmian cawangan Taiwan Excellence Concept Store yang pertama yang diuruskan oleh Brightstar Computer terletak bersebelahan.

Fasiliti The Pantheon Esports Club Mesamall Nilai

Fasiliti Pantheon Esports Club Mesamall Nilai

Untuk pengetahuan anda,

Pantheon adalah platform untuk para atlet e-sukan yang bercita-cita untuk mengasah kemahiran mereka dan menjadi yang terbaik. Sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang, Pantheon telah menyediakan infrastruktur yang sesuai untuk memupuk dan mengembangkan bakat e-sukan hingga ke peringkat dunia.

Dengan pembukaan kelab ini,

The Pantheon dengan bangga memperkenalkan produk baru untuk semua orang untuk menikmati dan mencipta pengalaman bersama The Pantheon.

Streamer Room The Pantheon Esports Club Mesamall Nilai
Streamer Room ditawarkan di The Pantheon Esports Club Mesamall Nilai bagi mereka yang inginkan privasi sambil streaming

Antaranya Couple Zone (bagi mereka yang inginkan privasi bermain game berdua) dan Streamer Room (bagi mereka yang suka streaming kandungan game bersama follower mereka).

Tidak lupa juga, Zon VR yang dilengkapi teknologi terkini bagi menambah lebih pengalaman kepada pelangan yang datang ke sini.

Pelangan yang hadir pada hari tersebut berpeluang merasai pengalaman bermain di The Pantheon Esports Club secara PERCUMA.

TURAC ~ Juara Mesa Mall Dota2 Tournament

Aksi Mesa Mall Dota2 Tournament

The Pantheon Esports Club turut menganjurkan Mesa Mall Dota2 Tournament yang disertai oleh 8 pasukan yang bertanding, yakni :-

  • Fly High
  • Team Kuantan
  • Team Taruc
  • Team Tetris
  • Epic Gaming
  • Gagak Esports
  • DQ Gaming
  • Johor Tiger

Dan hadiah yang ditawarkan bernilai RM6,000 yang ditaja oleh Thermaltake Malaysia.

Pemenang Mesa Mall Dota2 Tournament
Gambar Pemenang Mesa Mall Dota2 Tournament

Tahniah diucapkan kepada Team TARUC yang dinorbatkan sebagai juara. Manakala naib juara jatuh kepada GAGAK ESPORTS dan tempat ketiga TEAM KUANTAN.

Cawangan Pertama Taiwan Excellence Concept Store Dibuka

Taiwan Excellence Concept Store Mesamall, Nilai

Pada hari yang sama, cawangan pertama Taiwan Excellence Concept Store turut dirasmikan yang terletak bersebelahan dengan The Pantheon Esports Club di Mesamall, Nilai.

Ia mengetengahkan produk-produk inovatif Taiwan yang menyediakan nilai yang luar biasa kepada pengguna di seluruh dunia.

Kesemua produk yang membawa simbol ini telah menerima Taiwan Excellence Awards khusus yang menawarkan “Nilai Inovatif” sambil memenuhi kriteria utama yang ia “dibuat di Taiwan”.

Taiwan Excellence Concept Store Mesamall Nilai

Taiwan Excellence Store Flash Sales turut diadakan pada hari perasmian dengan menawarkan diskaun sehingga 90% untuk produk tertentu oleh Taiwan Excellence concept store.

Ramai yang datang beratur seawal pukul 1 tengahari untuk menjadi yang terawal untuk menikmati diskaun yang ditawarkan disini.

So, bagi rakan-rakan pembaca yang tinggal berdekatan dengan Nilai, jangan lupa untuk luangkan masa di The Pantheon Esports Club dan Taiwan Excellence Concept Store yang terletak di Tingkat 1, Mesamall, Nilai, Negeri Sembilan.

***************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

19 thoughts on “Pembukaan Rasmi The Pantheon Esports Club Yang Pertama di Mesamall, Nilai

  1. wah.. ada Mesa Mall Dota2 Tournament tu.. hadiah wang tunai rm6000 .. asyiknyaaa… hehehe.. Tahniah Pantheon atas usaha menyediakan platform untuk para atlet e-sukan yang bercita-cita untuk mengasah kemahiran mereka dan menjadi yang terbaik

  2. Wah bestnya ..seronok la dapat masuk sini.. tahniah buat the pantheon. Semoga para atlet e sukan dapat asah bakat dan kemahiran mereka dengan lebih baik lagi di sini.

  3. Tahniah The Pantheon kerana sentiasa kreatif dan berusaha dalam menyediakan platform latihan kepada para atlet e-sukan. Kemudahan serba lengkap dan amat baik. Moga usaha ini menjadi contoh kepada mereka yang menyokong dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan bidang sukan di negara ini

  4. Mesamall Nilai ni dekat area mana ye bro. Dekat lah kalau nak pergi sini. Boleh cari laptop dan lain lain kat sini. Kaki gamers memang rajin lah singgah sini lepas ni kan. Nak nak bila dianjurkan pertandingan antara gamers dan hadiah yang ditawarkan pun lumayan.

    1. Keluar tol nilai, belok kanan.. terus je.. lepas tue belok kanan selepas Shell…

      Jumpa roundabout… ambil pukul 12, drive terus sampai jumpa simpang 4, belok kiri.. terus memandu dalam 1.8km… Then Mesamall ada dekat sebelah kiri korang..

Leave a Reply to cindyrina Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *