February 24, 2020

Pengalaman Bercuti Di Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut

Bercuti di Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut

Cuti sekolah kali ini, Bro sekeluarga bercuti di Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut berdekatan dengan Lumut, Perak.

Perjalanan lebih kurang 3 jam, melalui Kuala Selangor menghala ke utara menggunakan West Coast Expressway (WCE) ~ Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat ke lokasi percutian kami.

Kenapa kami lalu jalan ini?

Nak elakkan tol (West Coast Expressway (WCE) masih belum mengenakan tol) , nak lalu jalan berdekatan dengan persisiran pantai dan laluan ini lebih dekat dari rumah Bro.

Sekiranya anda dari Kuala Lumpur,

Bro sarankan datang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan keluar di Plaza Tol Sungkai. Kemudian ambil jalan short-cut ke Teluk Intan dan ke Lumut.

Balik pula, boleh gunakan jalan yang sama (Bro balik ikut jalan ini sebab nak ke KL ada sedikit urusan di sana).

Sebelum Bro cerita lebih lanjut, ada beberapa tip / perkara yang anda perlu ambil tahu :-

  1. Sebelum menuju ke Damai Laut, pastikan minyak kenderaan anda mencukupi (boleh isi di pekan berdekatan).
  2. Lokasinya agak private & terpencil.
  3. Untuk masuk, anda perlu tunjukan salinan check-in kepada pengawal bertugas (dari phone pun boleh).
  4. Jika anda tidak mengambil pakej breakfast atau lunch / dinner. Anda boleh bawa makanan sendiri dan masak di bilik anda.
  5. Atau, boleh drive untuk makan di sekitar Lumut atau kawasan berdekatan (xde la dekat sangat).

Studio Unit @ Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut

Family Vacation Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut
Gambar kami sekeluarga ketika bercuti di Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut

Kami sekeluarga ambil Studio Unit ketika menginap di Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut dibawakan oleh SGI Vacation Club.

Apa itu SGI Vacation Club? Nanti Bro kongsikan di akhir artikel ini.

Sebelum itu, jom kita lihat Studio Unit yang menjadi tempat kami sekeluarga beristirehat sepanjang 3 hari 2 malam di Damai Laut.

Studio Unit Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut

Bilik ini agak luas dan selesa untuk seisi keluarga.

Pelbagai kemudahan turut disediakan didalam bilik seperti peti ais, seterika / iron board, penyapu (kot-kot korang nak kemas bilik sendiri), tempat memasak termasuk peralatannya serta liputan wifi.

Bunyi macam pelik je, bila Bro nyatakan ada tempat untuk memasak di sediakan di bilik ini.

Dapur Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut

Yup, anda boleh memasak di bilik ini, tetapi untuk yang ringan-ringan sahaja. Kuali, sudip, pingan, sudu / garfu disediakan.

Peti ais juga agak besar, bagi memudahkan anda menyimpan bahan mentah. Terutamanya jika anda ingin menyimpan bahan mentah untuk barbeque di waktu malam kelak.

Di Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut turut menyediakan sewaan tempat untuk Barbeque. Pastinya memudahkan anda mengadakan majlis barbeque untuk seisi keluarga.

Kelengkapan Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut

Turut disertakan bantal tambahan serta selimut sekiranya anda perlukan. Jangan risau, sofa di sini turut boleh dibuka dan menjadi katil tambahan.

Ramai yang tak tahu pasal ini.

Bro pun perasan pada malam terakhir, di mana sofa tersebut boleh dibuka dan dijadikan katil tambahan.

Katil Sofa Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut

Ta daaaaa….

Ini rupa sofa yang telah dibukakan dan dijadikan katil tambahan (lupa nak letak selimut, waktu ambil gambar).

Fasiliti Yang Terdapat di Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut

Kolam Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut

Kolam…

Antara fasiliti utama setiap kali Bro sekeluarga memilih tempat untuk bercuti.

Ini kerana, anak kami ~ Fisha & Fyna memang suka kalau dapat mandi kolam. Lebih-lebih lagi jika ianya luas / besar dan tak ramai orang menggunakannya.

Mandi Kolam Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut

Jangan tanya di mana Bro dapat pelampung yang besar dan cantik ini.

Pelampung ini kami bawa sendiri dari rumah. Ini 1st time dapat gunakannya, sebab kolam besar dan tak ramai orang.

Lagipun, si anak memang menyukai pelampung unicorn dan juga burung merah (peacock). Memang dorang buat kolam disini macam kolam dorang yang punya.

Sewa Pelampung Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut

Tiada pelampung sendiri? Jangan risau.

Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut turut menyediakan perkhidmatan menyewa pelampung dengan harga yang berpatutan.

  • Small Float : RM5
  • Medium Float : RM10
  • Large Float : RM15
  • Big Float : RM20

The Garden Terrace, Swiss-Garden Beach Resort, Damai Laut

The Garden Terrace, Swiss-Garden Beach Resort, Damai Laut

Untuk makan pula, pengunjung Swiss-Court Holiday Apartments boleh nikmati breakfast, lunch & dinner di The Garden Terrace, Swiss-Garden Beach Resort, Damai Laut yang terletak tidak jauh dari penginapan anda.

Sekiranya anda merupakan ahli-ahli SGI Vacation Club, anda boleh nikmati diskaun tersendiri.

Anda boleh memilih untuk memandu sendiri atau menaiki Buggy yang disediakan.

Bro cadangkan, anda memandu sendiri. Kerana lepas makan, ada banyak aktiviti anda boleh lakukan di sekitar Swiss-Garden Beach Resort, Damai Laut sebelum pulang ke penginapan anda.

Jom, tengok beberapa gambar yang sempat Bro ambil ketika menjamu selera di sini.

Makan di The Garden Terrace, Swiss-Garden Beach Resort, Damai Laut

Aktiviti Yang Anda Boleh Buat Di Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut

Dart Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut

Terdapat beberapa fasiliti dan aktiviti turut disediakan disini untuk anda. Antaranya :-

  • Sauna Room
  • Darts, Table Tennis, Basketball, bola sepak, American Pool Table, Monopoly & Chess
  • Karaoke (RM50 per jam)
  • Mini-Water Theme Park at Resort
  • Swimming Pool with Variety of Floats (sewa seperti yang Bro nyatakan diatas)
  • Jungle Trekking (anda berpeluang untuk temui tumbuhan yang jarang ditemui)
  • Night Fun Fishing
  • Barbeque Pit Rental
  • Melihat matahari terbenam di tepi pantai.
  • Golf Course Tour

Bro hanya sempat menikmati beberapa aktiviti yang sesuai untuk keluarga seperti mandi di kolam (memang fav anak-anak) dan juga bermain dart.

Karaoke Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut

Berkaraoke,

Seronok anak dan puan isteri dapat berkaraoke di sini. Lagipun bilik karaoke yang disediakan amat selesa untuk seisi keluarga mahupun bersama teman-teman.

Tetapi, anda perlu booking awal sebelum menggunakannya.

Untuk aktiviti di tepi pantai pula,

Kami dapat menyaksikan pemandangan matahari terbenam sebelum menikmati makan malam.

Terdapat beberapa aktiviti waktu siang di tepi pantai, antaranya ATV, Banana Boat, mandi manda etc. Tetapi anak-anak memilih bermain pasir di pantai dan kami memilih untuk bersantai di pondok-pondok yang disediakan.

Pantai Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut

Jika anda bernasib baik, dapat temui sekawan kambing yang berkeliaran di tepi pantai mahupun kuda yang jinak yang boleh ditungangi (horse riding).

Selain kuda, anda juga boleh ikuti aktiviti menaiki ATV .

Memang memenuhi keinginan kami sekeluarga untuk nikmati percutian yang menenangkan dengan akviti menarik untuk seisi keluarga.

Lebih Penjimatan Sebagai Ahli SGI Vacation Club

Penjimatan Sebagai Ahli SGI Vacation Club

SGI Vacation Club adalah anak syarikat OSK Holdings Berhad yang menyediakan vacation club programmes & services sebagai sebahagian daripada Bahagian Hospitaliti Kumpulan OSK.

Ia telah ditubuhkan sejak September 2001 dan menjadi peneraju vacation club di Malaysia.

Dengan menjadi ahli SGI Vacation Club anda akan dapat menikmati pelbagai kelebihan seperti berikut :-

1. Penjimatan kos penginapan

  • Harga bilik bermula dari RM95++ per malam diseluruh dunia.

2. Peluang untuk melancong ke lebih 3,000 hotel dan resort

  • Melalui rakan Kongsi, Interval International, ahli-ahli SGI Vacation Club dapat menikmati pilihan percutian tanpa had di bandar metropolitan, bersejarah atau hiburan, dengan pandangan tasik yang damai atau resort pantai atau rumah percutian di kawasan pinggir bandar mengikut keperluan perjalanan mereka.

3. Lindungi harga terhadap inflasi

  • Nikmati harga penginapan sekarang untuk percutian akan datang.

4. Lindungi harga terhadap pertukaran mata wang.

  • Nikmati 15 tahun percutian di luar negara tanpa perlu risau kadar pertukaran mata wang yang tidak menentu. Anggaran harga per malam kekal tanpa terjejas dengan perubahan nilai mata wang.

Kini SGI VC menyediakan 4 tempat penginapan di Malaysia, ia termasuk :-

  • Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut, Perak
  • Swiss-Villas Damai Laut, Perak
  • Swiss-Garden Residences Bukit Bintang, Kuala Lumpur, dan
  • SGI Vacation Club Melaka.

Terdapat 11,000 ahli telah memilih program SGI VC untuk menikmati percutian berkualiti selama bertahun-tahun di seluruh dunia.

Sekiranya anda ingin lari dari kesibukan ibu kota dan inginkan kedamaian, anda boleh bercuti dan menginap di Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut.

Untuk lebih penjimatan & kelebihan, jangan lupa untuk mendaftar keahlian SGI Vacation Club.

Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut
Hala Damai 3, Jalan Damai Laut, Off Jalan Teluk Senangin,
32200 Lumut, Perak.
Tel: +605 618 1133 / 1409 / 1100

***

SGI Vacation Club Berhad (Company No. 391578-V) (A member of OSK Group)
S-7-01 & 7-02, Swiss-Garden Residences, No. 2A Jalan Galloway,
50150 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: 603 2788 6688 ext 691 Fax: 603 2788 6689
Laman Web : www.sgivacationclub.com

***************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 10 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “Pengalaman Bercuti Di Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut

  1. Bestnya.. Pernah duk sini sekali.. Teringin la nak stay sini lagi…
    In Sha Allah nanti nak bawak family stay sini lah…
    Sennag boleh masak2 jugak kan

    1. Hah kalau bercuti ke Perak nanti bolehlah bermalam di sini. Memang nampak luas dan beraih bilik Bro sekeluarga pilih ni. Fasiliti yangbdisediakan pun banyak. Bosan bosan boleh gi karaoke tak pun mandi kat pool

  2. Besar giler bilik kita suka bilik yang macam ni ada sekali dengan dapur dan juga ada sekali dengan ruang tamu yang berasingan best lah memang sesuai untuk yang datang bercuti bersama keluarga kat sana…

  3. That’s a lot of activities for a family during vacations! I prefer places like this just because it’s easier to go about making plans with the group rather than having absolutely no idea of what to do when reach a vacation spot. Glad that you and your family got to escape the city for a bit. Happy 2020!

Leave a Reply to airah syahirah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *