February 24, 2020

5 Ciri Menarik Pada Lenovo Ideacentre A340 Yang Perlu Anda Tahu

Lenovo Ideacentre A340
Masih tercari desktop yang sesuai untuk digunakan di pejabat mahupun di rumah?

Inginkan desktop yang compact, stylish, boleh melakukan kerja berat tetapi tak makan banyak ruang, bahkan mudah dipindahkan ke mana-mana.

Bro cadangkan anda dapatkan Lenovo Ideacentre AIO A340.

Model dari Lenovo ini telah diperkenalkan sewaktu Mobile World Congress 2019 yang berlangsung di Barcelona tempoh hari, dan memasuki pasaran Malaysia sekitar pertengahan tahun 2019.

Kesemua komponen tersimpan padat di dalam kerangka bersaiz kecil yang dipasang sekali bersama monitor dengan beratnya sekitar 5.8 kg.

Di sini Bro kongsikan beberapa ciri yang terdapat pada Lenovo Ideacentre AIO A340 :-

  • Compact & jimat penggunaan ruang.
  • Penggunaan kabel yang minima & mudah diuruskan bagi tak nampak berselerak
  • Kemampuannya melakukan kerja berat berbanding menggunakan komputer riba.
  • Ruang penyimpan yang besar
  • Hadir dengan pelbagai jenis port
  • Mudah dipindahkan ke mana-mana
  • Cortana? Apa benda nie? Ok, nanti Bro ceritakan mengenai Cortana.

1 – Penggunaan Ruang Yang Minima & Mudah Dipindahkan

Ruang Minima Lenovo Ideacentre A340

Boleh dikatakan Lenovo Ideacentre AIO A340 menggunakan ruang yang minima berbeza dengan desktop-desktop yang lain.

Kebanyakan desktop memerlukan tempat untuk meletak CPU yang ternyata memakan ruang walaupun ada juga yang menggunakan CPU yang kecil.

Bila CPU yang kecil, belum tentu ianya berkemampuan untuk melakukan kerja yang berat. Betul bukan?

Malah tapak pada monitor pula memakan ruang yang besar diatas meja untuk menampung dan memberi kestabilan pada monitor.

Tapak Lenovo Ideacentre A340

2 – Kemampuan Melakukan Kerja Berat

Perlu diingatkan bahawa model Lenovo Ideacentre AIO A340 direka untuk mereka yang mempunyai ruang kerja yang terhad, tetapi ingin melakukan kerja yang berat yang mungkin tidak mampu ditampung oleh sesetengah komputer riba pada harga yang lebih kurang sama.

Maka ia dilengkapi dengan chip pemproses Intel® Core™ i5 yang terkini (generasi ke-10) dengan sistem operasi Windows 10 Home.

Didatangkan bersama memory 4GB dan boleh dipertingkatkan sehingga 16GB DDR4 bersama Intel UHD Graphics atau AMD Radeon™ 530 discrete graphics (pilihan tambahan)

3 – Ruang Simpanan Lebih Besar

Bila dengan compact desktop, kita selalu fikir ianya mempunyai ruang simpanan (Storage) yang kecil dan tak mampu nak tampung file yang banyak & besar.

Bagi Lenovo Ideacentre AIO A340, ia didatangkan dengan ruang simpanan bersaiz 1TB HDD atau 512GB SSD (solid-state drive) untuk lebih kepantasan menyimpan & memindahkan data.

4 – Pelbagai Jenis Port Tersedia & Kabel Berselerak, Bukan Masalah Lagi

Port Lenovo Ideacentre A340

Hadir dengan pelbagai jenis port menjadikan Lenovo Ideacentre AIO A340 ini lebih unik berbanding model seangkatan dengannya. Maka tiada isu kekurangan port.

Terdapat beberapa port USB 3.0 dan 2.0 untuk anda gunakan sekiranya tidak menggunakan keyboard / mouse bluetooth beserta 3-in-1 card reader.

HDMI™ Out juga disertakan, sekiranya anda inginkan paparan kedua.

Bila terdapat banyak port, maka akan ada banyak kabel dihubungkan dibelakangnya.

Tetapi anda tidak perlu risau, bila ada klip yang direka untuk dipadangkan bersama Ideacentre AIO A340 bagi memudahkan anda menguruskan kabel supaya ianya tidak nampak berselerak.

Keyboard Mouse Lenovo Ideacentre A340

Setiap pembelian Lenovo Ideacentre AIO A340 didatangkan dengan USB Keyboard / Mouse.

Atau anda boleh dapatkan 2.4G wireless keyboard / mouse bagi mengurangkan jumlah kabel yang dipasang pada Ideacentre A340 anda.

5 – Katakan Hello Kepada Contara. Eh, Siapa Contara?

Ingin dapatkan sesuatu tanpa mengerakkan jari?

Apa kata anda meminta bantuan pada Cortana, pembantu digital yang boleh diaktifkan dengan suara anda.

Beliau akan menetapkan peringatan, menjawab soalan, membuat temujanji dan banyak lagi. Lebih menarik, dia akan menghubungkan segala kerja dengan peranti anda yang lain.

By the way, Cortana adalah perempuan.

Harga Lenovo Ideacentre AIO A340

Menurut laman web Lenovo Malaysia, Lenovo Ideacentre AIO A340 ditawarkan dengan harga permulaan RM1,533.57 (harga selepas diskaun).

Untuk maklumat lanjut atau ingin membeli Lenovo Ideacentre AIO A340, anda boleh layari Laman Web Lenovo Malaysia.

Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 10 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “5 Ciri Menarik Pada Lenovo Ideacentre A340 Yang Perlu Anda Tahu

  1. Menarik gak Lenovo Ideacentre AIO A340 sbb boleh melakukan kerja berat dan mempunyai ruang simpanan lebih besar. Urusan nak pindah dan simpan data jadi lagi mudah .. nanti nak usah gak laa kot kot berkenan. Tq sharing bro.

  2. Menarik.
    Aida ni x brape pandai nak komen tentang gajet ni :)
    But basically this one just like komputer ofis, lenovo, sgt cantik. Save place.
    Simpanan besae tu wajib. Nowadays kita da byk nak kena simpan – gambar or dokumen.

  3. eyh eyh. lenovo skang bbukan biasa biasa ye. huhu. ni boleh compete dengan huawei ni. yang lain nampaknya agak jauh nak mengejar. yang latest mek tengok canggih pun acer.

  4. Uikk biar betul bila tengok monitor tu hanya pakai kaki yang macam tu sangat menjimatkan ruang dan juga sangat flexible best lah pastu tak ada banyak wayar yang berselerak wahhh lama tak ada desktop ini hehehe kita nak guna balik lah…

    1. Adudu menangis tengok specification dan harga. Memang murah berbanding zaman dlu. Ni kalau dapat sebiji kt office kecik rumah kan best. Design desktop memang cun

Leave a Reply to Lya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *