April 25, 2024

Don’s Diner, Petaling Jaya ~ Restaurant Itali Pilihan ‘Mafia Family’

Logo Don's Diner - We Serve Food You Can't Refuse
“Bang… Teringinlah nak makan masakan itali. Dah lama tak makan”, luahan dari Puan Isteri. Termenung juga aku seketika. Nak bawa dia makan dekat mana la pula kali ini.

Hahahaha

OK, kali ini Bro bawa puan isteri ke Don’s Diner yang terletak di Seksyen 17, Petaling Jaya. Terletak jauh sedikit dari kesesakan Bandar Petaling Jaya menjadikan ia port terbaik untuk anda luangkan masa untuk seisi keluarga berkumpul dan makan bersama.

Hadir dengan tema ‘Mafia Itali’, Pasti buat anda tertanya-tanya….

“Kedai apa ini?”

“Mahal ke idak?”

“Halal ke?”

Ia merupakan restoran masakan Itali yang menawarkan pelbagai hidangan yang pasti buat anda tidak akan menolaknya. Sama seperti tagline yang mereka gunakan, “We Serve Food You Can’t Refuse”.

Harga yang ditawarkan agak berpatutan, berbaloi dengan kualiti hidangan yang disajikan di sini.

Lebih mengejutkan lagi, ia di miliki oleh orang Melayu yang miliki karisma sebagai ‘Ketua Mafia’ yang memastikan hanya makanan halal sahaja disajikan di sini.

Restaurant Don's Diner

Mafia, ‘gangster‘ @ geng kongsi gelap dari Itali yang mementingkan kesetiaan, kehormatan serta kekeluargaan. Mereka akan sentiasa berkumpul untuk makan bersama, sambil berbincang hal ke’mafian’an mereka.

Konsep yang sama diterapkan di Don’s Diner…

Menjadi tempat untuk ‘mafia family‘ yakni anda sekeluarga berkumpul berbual tentang keluarga anda sambil menerapkan sifat kesetiaan, kehormatan serta mengeratkan hubungan kekeluargaan. Lebih-lebih lagi jika datang bersama keluarga besar anda.

Waktu ini, anak anda akan kenali lebih rapat siapa pakcik makcik mereka. Siapa sepupu, sedara atau rakan kepada ibubapa / atok nenek mereka dan ‘mafia‘ mengambarkan ikatan kekeluargaan yang besar.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DON’S DINER (@dons.diner) on

Bro Framestone Don's Diner
Bersama ‘penyambut tetamu’. Maaf, muka Bro tak macam Mafia

Bro faham, sebagai Mafia pasti korang bukan jenis yang boleh bersabar.

Seeloknya buat tempahan awal sebelum datang ke sini, lebih-lebih lagi jika anda datang dalam keluarga yang besar. Jangan risau, private room disediakan dan anda boleh tempah makanan untuk kuantiti yang ramai.

Untuk tempahan, anda boleh hubungi +603-7932 1339 atau Whatapps +6011 – 1035 1339

Apa Yang Menarik Ada di Don’s Diner, Petaling Jaya

Don's Diner, The Godfather
Buku menu dengan ‘quote’ dari filem The Godfather

Don’s Diner, Petaling Jaya menyajikan hidangan Itali dengan sentuhan tempatan seperti sup, pizza, pasta, stik dan pencuci mulut yang lazat.

Apa yang terlintas difikiran Bro, hanya nak makan pasta, stik dan juga sup mereka.

Menu Don's Diner Petaling Jaya

Premium Meat Cut Don's Diner
Premium Meat Counter – Anda boleh memilih bahagian mana yang anda ingin sebelum ia dimasak.

Betul-betul di pintu masuk Don’s Diner terdapat Premium Meat Counter, dimana beberapa bahagian daging premium dipamerkan dalam keadaan sejuk.

Anda boleh buat pilihan, bahagian mana yang anda inginkan & mereka akan memasaknya. Antara yang disajikan di sini adalah :-

  • French Cut Lamb Rack
  • Prime Chilled Ribeye
  • Tomahawk ~ RM3++
  • Op Ribs
  • Wagyu Striploin
Lamb Rack Don's Diner
Lamb Rack

Selain steak / daging, Don Diner juga turut menyajikan hidangan ayam seperti Chicken Roulade, Confit Chicken dan Maple Roasted Chicken (Menu yang wajib anda cuba).

Tetapi jika anda lebih berminat dengan makanan laut, anda boleh mencuba Seabass with Tomato Salsa atau Salmon Confit.

Menu Istimewa Don’s Diner ~ X-Mas Eve

Hujung tahun ini, Don’s Diner menyediakan menu istimewa X-Mas Eve bermula 24 Dis 2019 pada pelangannya pada harga yang cukup istimewa.

Antara hidangan yang disajikan dari menu ini adalah :-

  • Pumpkin Soup
  • Maple Roasted Chicken
  • Bread Butter Pudding with Vanilla Ice Cream
  • Fruit Punch
  • Black Coffee
Maple Roasted Chicken Don's Diner
Maple Roasted Chicken with Pumpkin Soup
Bread Butter Pudding Don's Diner
Bread Butter Pudding with Vanilla Ice Cream

Semuanya sekali berharga RM85 per pax.

Atau anda boleh dapatkan pada harga diskaun RM75 per pax atau RM150 per couple dengan membuat tempahan awal sebelum 21 Disember 2019.

Untuk tempahan, call +603-7932 1339 atau Whatapps +6011 – 1035 1339

Hanya tempahan beserta bayaran awal akan diterima. Harga dinyatakan diatas tidak termasuk cukai & cas perkhidmatan.

Lunch Set di Don’s Dinner, Petaling Jaya

Lunch Set Don's Diner Petaling Jaya

Don’s Diner turut menyajikan hidangan tengahari (Lunch Set), dari pukul 12 tengahari ~ 3 petang. Antara menu yang and boleh dapatkan adalah :-

  • Laksa Johor (Ramai yang cakap sedap)
  • Goat Father Fried Rice
  • Mee Rebus Mak Tam
  • Fish Parmigiana
  • Spicy Chicken Fried Rice
  • Oriental Chicken Chop.

Apa macam? Semua nampak menarik bukan?

Jika anda teringin nak makan di Don’s Diner, tetapi tiada masa nak ke sana. Anda boleh buat tempahan melalui FoodPanda di link ini. Jangan risau, rider FoodPanda yang akan hantar makanan, bukannya Mafia.

Don’s Diner
22 Jalan 17/54, Seksyen 17,
46400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi : 12 tengahari ~ 11 malam

Untuk tempahan, call +603-7932 1339 atau Whatapps +6011 – 1035 1339

Facebook : Don’s Diner PJ | Instagram : @dons.diner

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Don’s Diner, Petaling Jaya ~ Restaurant Itali Pilihan ‘Mafia Family’

  1. Amboi, menjejes air liur kita tengok lamb rack tu ha. Terliur, nanti nak ajak husband try makan kat sini jugak la. Kot la kena dengan tekak ni.

  2. canteekkk! boleh saya paw laki utk treat saya kat sini sempena celebrate tahun baru. haha

    dekat je la..slelau gak jjcm n cari tmpt makan western lain tapi mcm x teringin nak try..

    kali ni wajib cuba!

    1. Sesekali ubah selera la bro.. Asyik tekak melayu je..hihi..btw Hidangan dekat sini nampak mewah dan berstyle la.. Harga pun berpatutan..must try nie..thanks bro share port makan italian..

  3. Nampak gaya boleh la menyinggah ke sini next time singgah area PJ nie. Boleh la nak ajak sepupu yang tinggal di PJ tu sekali – dia tu bukannya jenis yang suka explore. Ada juga rupanya juadah Malaysia kan.

  4. Wahh itali mari sudahhh .. hehehe yang suka makanan itali blh la singgah makan kat sini. Menu pon nampak menarik dan pastinya sedap..

  5. Takut pula nak pergi bila baca karisma ‘Ketua Mafia’. Ye la dah namanya berkumpul reramai nak makan kan. Haruslah kena ada sifat kekeluargaan begitu.
    Ok, kalau ke sini mesti nak cuba western/menu Itali dorang lah. Harga pun ok.

  6. Dekat je kisahnya gan rumah sis. Tak tahu pun ada kat sana. Bro next time mana2 yg dekat pj ajak le kita..kita leh berlari berdezuppp ke sana tau..:D. Nanti nak gi try lah makan kat sini

Leave a Reply to Zharif Azis Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *