February 29, 2020

Diskaun 25% Tiket KidZania Kuala Lumpur Sepanjang Cuti Sekolah

KidZania Kuala Lumpur
Diskaun 25% Tiket KidZania Kuala Lumpur buat pembaca blog Bro Framestone sepanjang cuti persekolahan ini.

Apa perancangan anda sekeluarga sepanjang cuti persekolahan? Masih belum ada aktiviti yang menarik untuk anak anda sepanjang cuti sekolah ini?

Apa kata, anda bawa anak anda ke KidZania Kuala Lumpur yang penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan. Selain berseronok, dapat juga mereka menambah pengetahuan melalui aktiviti yang berlangsung di sini.

Untuk pengetahuan anda, KidZania Kuala Lumpur merupakan pusat hiburan keluarga tertutup yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Kiranya dekat je dengan The Curve, IKEA & Tesco Mutiara Damansara.

Ia menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman dalam hiburan untuk kanak-kanak di dalam bandar yang bersaiz kecil.

Para pengunjung juga berpeluang untuk memilih sebuah pertubuhan seperti hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesyen radio, studio televisyen, teater dan lain-lain. Kanak-kanak akan diberi pilihan untuk memilih satu pekerjaan yang terdiri daripada lebih 90 pekerjaan yang berlainan di 59 pertubuhan yang berlainan.

Mereka juga boleh menjadi pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, mekanik, model, doktor, pelukis dan pelakon serta banyak lagi.

Mereka juga boleh memperolehi wang di dalam matawang KidZania yang digelar sebagai “kidZos” yang boleh disimpan di dalam akaun simpanan atau mempelanjakannya di sekitar KidZania Kuala Lumpur.

Nampak menarik bukan?

So, apa tunggu lagi. Jom bawa anak anda sekeluarga ke KidZania Kuala Lumpur sekarang..!!

Jangan lupa tempah tiket anda di https://ticketing.kidzania.com.my & masukan kod : BROZAZ sebelum membuat pembayaran untuk nikmati diskaun 25%

Tawaran ini sah dari 1 Oct 2019 ~ 31 Jan 2020.

Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 10 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Diskaun 25% Tiket KidZania Kuala Lumpur Sepanjang Cuti Sekolah

Leave a Reply to Ibu Ohs?m Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *