March 29, 2024

50,000 Sarapan Pagi PERCUMA Untuk Warga Malaysia! Sempena Bulan Sarapan Dutch Lady

50,000 Sarapan Pagi PERCUMA Untuk Warga Malaysia
Bersempena dengan Bulan Sarapan Dutch Lady, Dutch Lady akan bekerjasama dengan Kellogg’s untuk memberi 50,000 set sarapan PERCUMA yang mengandungi susu dan bijirin di 10 stesen LRT mulai 21 hingga 31 Oktober, dari pukul 6 hingga 11 pagi!

Terdapat banyak sebab mengapa sarapan pagi yang sihat harus menjadi rutin harian anda seisi keluarga.

Dutch Lady Malaysia menyarankan rakyat Malaysia melengkapkan keperluan nutrien harian mereka untuk bersarapan dengan segelas susu.

Ini kerana sarapan merupakan makanan pertama yang kita nikmati setelah berpuasa selama 8 hingga 12 jam daripada hidangan yang terakhir.

Sarapan yang berkhasiat bukan sahaja membekalkan nutrien, malah tenaga kepada badan dan otak kita untuk permulaan hari yang kuat dan seterusnya menjalankan aktiviti seharian.

Terbukti terdapat banyak kebaikan dengan mengambil sarapan. Kanak-kanak dan remaja yang biasa mengambil sarapan pagi lebih cenderung mendapat nutrien mikro dan makro yang lebih baik, mengurangkan kemungkinan untuk mempunyai berat badan berlebihan atau obes, dan lebih cenderung untuk melakukan aktiviti fizikal yang lebih tinggi.

Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan pagi berkemungkinan sebanyak 1.34 kali akan mempunyai berat badan berlebihan berbanding mereka yang mengambil sarapan pagi.

Walaupun terdapat banyak kebaikan untuk makan sarapan pagi, ramai memilih untuk mengabaikannya. Ini adalah kerana waktu pagi biasanya merupakan masa paling sibuk untuk kebanyakan keluarga dan orang dewasa yang bekerja.

Bagi penduduk bandar khususnya, bangun awal untuk berebut menaiki komuter atau mengharungi kesesakan lalu lintas adalah penting semata-mata untuk sampai ke sekolah dan ke tempat kerja tepat pada masanya.

Menurut Kajian My Breakfast, 1 daripada 4 kanak-kanak Malaysia berumur 6 hingga 17 tahun tidak mengambil sarapan sekurang-kurangnya 3 hari dalam seminggu.

Keadaan ini selalunya disebabkan oleh masa yang tidak mencukupi untuk menyediakan atau makan sarapan pagi.

Menurut Kajian Sarapan Sihat Asia Pasifik, sebab utama rakyat Malaysia mengabaikan sarapan ialah kekurangan masa dan usaha yang diperlukan untuk menyediakan sarapan pagi.

Menariknya, 75% responden membuat keputusan tentang sarapan berdasarkan kesinangan dan kelapangan waktu, sementara 39% adalah berdasarkan manfaat kesihatan, manakala nilai pemakanan menerima pertimbangan paling rendah pada 37%.

“Susu adalah salah satu minuman yang mempunyai nutrisi paling lengkap. Ia disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian kita di bawah Piramid Makanan Garis Panduan Diet Malaysia” – Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.

Oleh itu, anda boleh menikmati sarapan berkhasiat hanya dengan meminum susu sebagai sebahagian daripada sarapan setiap hari untuk memulakan hari anda dengan kuat.

Memahami kebaikan nutrisi secara mendalam, kalsium dalam susu membantu kanak-kanak membina tulang dan gigi yang kuat dan bagi orang dewasa pula, ianya mengekalkan jisim tulang yang sihat 8 untuk menyokong gaya hidup yang aktif. Selain kalsium, susu juga mengandungi nutrien penting lain seperti protein.

Protein dalam susu berfungsi sebagai blok pembinaan bagi otot, tulang, rambut, dan kuku kita, dan ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biologi, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan, dan perlindungan badan kita.

“Setiap gelas 250ml Dutch Lady PureFarm atau susu +Protein bukan hanya membekalkan kalsium tetapi juga protein berkualiti tinggi. Selain itu, nutrien penting lain yang dibekalkan termasuklah vitamin D, A dan B2. Oleh itu, minum segelas susu sewaktu sarapan adalah cara yang paling mudah untuk pengambilan nutrisi yang mencukupi pada waktu pagi”

Dutch Lady Malaysia menggalakkan warga Malaysia untuk meningkatkan nutrisi sarapan mereka dengan segelas susu pada bulan Oktober ini!

Bersempena dengan Bulan Sarapan Dutch Lady, Dutch Lady akan bekerjasama dengan Kellogg’s untuk memberi 50,000 set sarapan PERCUMA yang mengandungi susu dan bijirin di 10 stesen LRT mulai 21 hingga 31 Oktober, dari pukul 6 hingga 11 pagi!

10 Lokasi Stesen LRT ;-

  • 21 Oct – Hang Tuah & Plaza Rakyat
  • 24 Oct – Bandaraya & Maluri
  • 25 Oct – Bandar Tasik Selatan & KL Sentral
  • 29 Oct – Wangsa Maju & Masjid Jamek
  • 31 Oct – Ampang Park & Asia Jaya

Mulakan hari anda dengan susu Dutch Lady, dimana sahaja anda berada!

Untuk maklumat lebih lanjut tentang tarikh dan lokasi (stesen LRT) untuk mendapatkan sarapan percuma anda, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia atau https://www.dutchlady.com.my/events.php.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “50,000 Sarapan Pagi PERCUMA Untuk Warga Malaysia! Sempena Bulan Sarapan Dutch Lady

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *