February 17, 2020

5 Perkara Menarik Mengenai Lenovo IdeaPad S340 AMD 15″ Yang Perlu Anda Tahu

5 Perkara Menarik Mengenai Lenovo IdeaPad S340 AMD
Hai,

Hari ini Bro ingin berkongsi beberapa perkara menarik mengenai Lenovo IdeaPad S340 yang mampu memikit hati anda untuk memilikinya.

Lagipun, selain harga mampu milik, ia juga memiliki beberapa kelebihan yang diterapkan melalui penambahan baikan dari model terdahulu berdasarkan respon dari pengguna.

Jom kita tengok, apa yang menariknya mengenai Lenovo IdeaPad S340.

1 – Rekaannya Yang Nipis & Ringgan

Lenovo IdeaPad S340 AMD Nipis Ringan

Salah satu ciri utama yang diterapkan pada model Lenovo IdeaPad S340 adalah ketebalannya yang nipis dan lebih ringan walaupun ianya bersaiz 15inci.

Boleh dikatakan ramai yang kurang mengemari peranti bersaiz 15inci kerana terlalu berat dan sukar untuk dibawa ke mana-mana.

Dengan berat 1.77Kg serta ketebalan 17.9mm memudahkan ia dibawa dan digunakan dimana-mana sahaja yang anda inginkan. Sekaligus membantu anda melakukan apa-apa tugas dengan mudah dan bergaya.

Lenovo IdeaPad S340 180 Degrees

Bukan itu sahaja.

Ia juga boleh dibuka hingga 180 darjah, memudahkan untuk anda membuat perbentangan dalam kumpulan yang kecil di tempat yang terhad.

2 – Dikuasakan Oleh AMD Ryzen Mobile Processor

Lenovo IdeaPad S340 AMD Ryzen Mobile Processor
Lenovo IdeaPad S340 dikuasakan oleh generasi kedua AMD Ryzen Mobile Processor bersama Radeon Vega Graphics, menawarkan tahap prestasi terbaru pada komputer riba anda dan mampu menampung ROM sehingga 12GB.

Sekaligus membantu sistem operasi Windows 10 Home berjalan dengan lebih lancar dalam memudahkan kerja anda seharian.

3 – Paparan Skrin 15inci Serta Sistem Bunyi Dolby™

Lenovo IdeaPad S340 Sistem Bunyi Dolby
Lenovo IdeaPad S340 ini didatangkan dengan paparan skrin 15.6″ FHD (1920 x 1080) bersama bezels pada sebelah kanan, kiri dan atas skrinnya serta sistem bunyi Dolby™ yang mampu memenuhi kepuasan seperti anda menonton teater.

Satu kepuasan yang perlu anda nikmati selepas seharian bekerja atau inginkan hiburan.

4 – Papan Kekunci Disertakan Bersama Numeric Keypad

Keyboard Lenovo IdeaPad S340

Bagi mereka yang biasa melalukan kerja menggunakan desktop, Lenovo IdeaPad S340 pastinya sesuai / serasi dengan anda.

Selain paparan 15inci, ia turut hadir dengan papan kekunci yang disertakan sekali Numeric Keypad (NumPad). Pastinya anda tidak kekok bila pertama kali menggunakannya.

Kebarangkalian untuk anda typo, berkurangan.

5 – Perlindungan dari Lenovo

Sebagai pengguna, Lenovo menawarkan tawaran perlindungan terbaik buat anda.

Anda boleh menikmati jaminan 1 tahun yang boleh dipanjangkan sehingga 3 tahun beserta jaminan tambahan untuk baik pulih pantas sama anda On-Site atau di kediaman anda.

Begitu juga dengan kerosakan akibat kemalangan, bagi mengurangkan beban untuk anda membaikinya kelak.

Bukan itu sahaja, Lenovo IdeaPad S340 turut disertakan dengan software Lenovo Antivirus Plus, Lenovo PC Manager, Lenovo Utility, Lenovo Vantage, McAfee LiveSafe™ serta Microsoft Office.

Maka, kenapa perlu bayar lebih sekiranya ia didatangkan secara percuma.

Camera Shutter Lenovo IdeaPad S340

Tidak lupa juga, camera shutter yang boleh dibuka secara manual untuk memberi anda lebih pilihan dalam menjaga privasi anda.

Lenovo IdeaPad S340 AMD dijual pada harga RM2,+++ (Maaf, Bro tak dapat harga sebenarnya. Tapi tak lebih dari RM2,400).

Seperti apa yang Bro nyatakan diatas, ianya harga mampu milik bahkan ia didatangkan dengan beberapa software termasuk antivirus McAfee dan Microsoft Office yang ternyata agak mahal harganya secara PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut mengenai Lenovo IdeaPad S340 mahupun produk Lenovo yang lain, anda boleh layari www.lenovo.com

Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 10 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “5 Perkara Menarik Mengenai Lenovo IdeaPad S340 AMD 15″ Yang Perlu Anda Tahu

  1. Yang penting keyboard dia tu mcm keyboard pc.. X menggagau nak cari nombor. Hahaha

    Ringan n nipis tu dh bagus. Tapi bila dh gitu, kdg2 x biasa, bila pegang, mudah terlepas. Saya cmtu. Tgn dh biasa pegang laptop berat sikit.. Hehe

    Sbb tu laptop suami ada crack kt tepi sbb bini dia ni kdg2 TERlepas dr pegangan.. Ahahaha

  2. yang penting mudah dan ringan nak dibawa kemana-mana. sekarang ni banyak yang bekerja dari rumah, bila ada laptop yang senang nak dibawa ni, memang banyak urusan boleh siap dalam masa yang ditetapkan dan on time

  3. Bestnya ada laptop nipis dan ringan ni kita rasa nak beli baru sebab laptop ada ni terlalu berat dan banyak masalah hehehehe bila nak ada oran sponsor ni wakakakaka geram tengok best.. Banyak kerja boleh buat kalau laptop baru ni..

  4. Wow siap ada perlindungan sampai 3 tahun tu. Terbaiklah Lenovo. Nipis & ringan pulak tu. Memang Nur suka ni. Takdelah penat2 nak mengusung laptop berat ke sana sini. Ok boleh masuk dlm list…

  5. Wow.. Menarik pula tengok… Dia punya keyboard macam desktop punya kan… Nipis sedap nak pakai… Skrin dia pun leh tahan boleh bukak luas lagi… Kalau laptop, lenovo punya brand so far mmg okay…

  6. menarik lenovo baru ni….nipis dan ringan…yang penting 15″…sebabnya kebanyakkan laptop yg ada dipasaran semua berat kalo nk saiz yg besar…mungkin boleh difikirkan untuk membeli sebiji lenovo ini…

  7. Wow menariknya. Harga lenovo ideapad ni pun taklah mahal sangat kot bagi emi. Kira masih berpatutan la. Menarik, boleh dipertimbangkan. Nanti nak baca feedback pengguna lain pulak.

  8. Dulu pakai Fon 2x brand Lenovo.
    Lepas tu Laptop yang pihak tempat kerja hadiahkan pun jenama Lenovo.
    Dah 6tahun juga la usianya. Alhamdulillah masih baik.
    Janji pandai guna dan jaga. Best kalau dapat seketul yang macam ni pula. Boleh buat kerja dimana mana.

Leave a Reply to Mohd Yodin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *