April 26, 2024

Kenangan Bazar Ramadan Sewaktu Menjadi Warga Kelana Jaya

Bazar Ramadan Kelana Jaya
Salah satau keistimewaan bila tibanya Ramadan, adalah Bazar Ramadan yang sentiasa meriah setiap hari.

Mula beroperasi seawal 3 petang dan berakhir bila tibanya waktu berbuka puasa. Sentiasa dipenuhi oleh mereka yang ingin mencari juadah berbuka. Tak mengira bangsa dan agama, pasti datang memeriahkan suasana.

Kerana dekat Bazar Ramadan kita dapat temui beraneka juadah yang mungkin sukar ditemui dibulan lain.

Antaranya satar, kambing bakar, nasi beriani, juadah dari utara, pantai timur mahupun dari Sabah dan juga Sarawak. Tidak dilupai karipap oksigen dan murtabak bawang yang sentiasa viral setiap tahun.

Bazar Ramadan SS6 Kelana JayaBagi Bro,

Amat merindu Bazar Ramadhan Kelana Jaya.

Zaman bujang dulu, selagi jam tak menunjukkan pukul 7, selagi tue, tak turun ke Bazar yang terletak dibawah rumah.

Waktu itu…

Banyak juadah dijual murah.

Ada rezeki, ada peniaga yang hulur sebagai sedekah.

Jika tak sempat nak balik rumah.

Berbuka puasa bersama peniaga bazar. Duduk makan bersama, siap gerai sebelah hulur makanan lagi..

Alhamdulillah…

Cuma bila sudah berkerja dan masih menetap disana. Ketika pulang, terpaksa parking kereta jauh dari rumah (sebab sesak laluan nak masuk ke kawasan perumahan).

Maka berjalan kaki terus menuju ke bazar, masih terdapat peniaga yang sama, masih temui kenalan sewaktu belajar dan mereka masih menetap disini walaupun sudah berkerjaya.

Tue la,

Lepas berbuka, baru berkesempatan pergi ke kereta untuk alih parking di kawaasan rumah.

Kalau sekarang pergi, entah ada yang kenal atau tidak pun tak dapat dipastikan. Tapi waktu tahun 2017 tempoh hari, dapat juga temui beberapa kenalan sewaktu menyusuri Bazar Ramadan di sana.

2005 – 2012 @ Warga Kelana Jaya.

Bicara Bro : Sejak pindah duduk di Bandar Puncak Alam, masih belum berkesempatan untuk ke Bazar Ramadan di sini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Kenangan Bazar Ramadan Sewaktu Menjadi Warga Kelana Jaya

Leave a Reply to Sis Lin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *