April 26, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 51] House Husband @ Suami Sepenuh Masa

Blogger House HusbandYup, Bro seorang House Husband (suri rumah) sepenuh masa. Tapi ramai yang tak tahu, sedangkan dah 5 tahun Bro memegang jawatan ini.

Mungkin sebab dibayangi oleh orang lain, ataupun tak femes + jarang kongsikan dilaman sosial.

Sepanjang 5 tahun, walaupun duduk dirumah 247, tetap wajib mencari nafkah untuk keluarga.

Teman bersembang setiap hari, semestinya kedua-dua tuan puteri hasil usahasama dengan mak dorang.

Mak dorang, jarang ada dirumah. Kadangkala berhari gak tak balik, sebab nak jimatkan duit minyak + kalau dia balik, memang tak cukup rehat dibuatnya.

Setiap hari, Bro siapkan anak ke sekolah, sediakan makanan dorang, basuh baju (lipat baju je x), kemas rumah sikit-sikit.

Bila anak ralik bermain atau tengok tv, baru berkesempatan nak online untuk buat kerja. Walaupun kenkadang, tak de kerja pun nak dibuat.

House Husband Berijazah

Berakhirlah sudah Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke-17
Walaupun punyai ijazah + pengalaman kerja bertahun, semuanya dikorbankan untuk meluangkan lebih masa dengan anak-anak. Bukan tak nak kerja, cuma rasa macam tak berbaloi part gaji + masa yang dikorbankan untuk pergi / balik kerja.

Maka, banyak buat freelance dengan beberapa company, alhamdulillah semuanya dibuat dirumah.

Walaupun gaji tak fix, tapi cukup untuk kami sekeluarga meneruskan kehidupan kami. Cukup untuk bro hulurkan nafkah kepada isteri, dan cukup untuk sedikit simpanan.

Cuma lepas ini, kena kerja kuat sikit untuk cari duit sebab Puan Isteri Nak sambung Belajar.

Tidak dinafikan, zaman sekarang ini, semua benda nak berduit. Berkawan pun sebab duit, kahwin pun sebab duit, bergaduh/ bercerai pun sebab duit.

Tiada yang PERCUMA.

Bro Bukan Blogger Demand, Tetapi Agak-Agak la…!!

Michelin Off-Road Days - Berpeluang Pandu Uji Tayar Michelin FTX Force

Cuma, ambil masa, fikirkan sejenak. Kenapa Bro tolak mentah-mentah jemputan korang. Kenapa Bro tak berminat nak jalinkan kerjasama dengan korang.

Sedangkan “blogger” yang ada kerjaya tetap, gaji besar pun demand “paid event / paid kempen / paid job” walaupun blog dia macam copy paste je. Trafik pun tiada.

Ini kan pula blogger sendu macam Bro.

Belum lagi blogger yang baru setup blog, terus demand benda macam nie. Then cukup setahun, blog tutup (sebab lupa nak renew domain or tawar hati)

Nampak je Bro low profile, tapi jangan la pijak kepala. Bro bukannya minat berkira-kira (walaupun kenkadang berkira juga part duit minyak, tol & parking).

Buat masa sekarang nie, masa lebih diberi keutamaan kepada keluarga. Jika jemputan dan masa tak sesuai, memang Bro akan tolak mentah-mentah walaupun ditaburkan $$$ serta janji-janji manis.

Nampak Ada Yang Mula Jauhkan Diri Dari Bro

Blogger Switch for XTRA Road Challenge

Jangan pula, jauhkan diri dari Bro. Bro masih lagi manusia biasa. Suka berkawan, suka bina networking, suka bertukar-tukar idea & berkongsi rezeki. Tapi kenapa perlu ada manusia yang memburukkan Bro seperti mereka manusia paling suci atas muka bumi ini?

Anyway, salam Jumaat pada semua. Jika Bro ada buat salah, Bro susun sepuluh jari memohon kemaafan. Jika Bro ada berhutang, bagitau… Bro try selesaikan sikit-sikit… Jika ada hati dengan Bro, kita bincang dekat tepi (geng kunyit, g main jauh2)

Peace…

Bro Framestone ~ #KataBRO 2018

Nota kaki : Bila kurus, nampak hensem la pula. Patutlah Puan Isteri tak bagi Bro kurus.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 51] House Husband @ Suami Sepenuh Masa

  1. Memang tak mudah kerja sambil jaga anak. Suami Sy sama lah kerjaya dengan bro… Pendapat bro sama juga dgn suami. 13 tahun kerja kerajaan… Berhenti dan kerja sendiri di rumah. Walaupun gaji bulanan takde.. Tapi cykuplah utk sara isteri dan anak2… Apa pun.. Moga dipermudahkan suami yg berkorban utk isteri dan keluarga ni… Moga terus dilapangkan rezeki. Ameen..

Leave a Reply to Maria Firdz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *