April 26, 2024

PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC 2018) Tawar Hadiah RM60,000

PUBG Mobile Malaysia National Championship 2018
Vivo berkerjasama dengan PUBG Mobile Malaysia bagi menganjurkan PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC 2018) pada penghujung tahun ini.

Kojohanan yang buat pertama kalinya ini akan menawarkan hadiah berjumlah RM60,000.

PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2018, ia akan melalui peringkat saringan terlebih dahulu di Johor, Sabah, Sarawak dan juga Kuala Lumpur.

4 pasukan terhebat daripada setiap peringkat saringan ini kemudiannya akan bertemu untuk perlawanan akhir di Kuala Lumpur pada 26 Januari 2019 kelak, sekaligus merebut hadiah utamanya.

Berikut merupakan jadual peringkat saringan untuk PMNC ini:

  • Johor : 22 Disember 2018, Paradigm Mall Johor Bahru, Johor (Lokasi baru mengantikan Aeon Tebrau City)
  • Sabah : 25 Disember 2018, Kompleks Karamunsing, Sabah
  • Sarawak : 06 Januari 2019, Emart Batu Kawa, Sarawak
  • Kuala Lumpur : 12 Januari 2019, Sunway Velocity Level 3, Kuala Lumpur

Semua pemenang pada peringkat saringan akan bertemu di pentas akhir untuk dinorbatkan sebagai pemenang. Dan pertandingan akhir akan diadakan pada 26 Januari 2019 di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.

Sekiranya berminat, anda boleh buat pendafataran secara online di http://www.pubgmobile.com/MY/PMNC/ (Statistik terkini : Terdapat lebih 150 pasukan mendaftar sepanjang tempoh 4 hari pendaftaran dibuka).

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC 2018) Tawar Hadiah RM60,000

  1. 4 hari pendaftaran dibuka dah ada 150 pasukan berdaftar.. Dashyat. Lumayan juga hadiah yang ditawarkan. Nasib baik saya tak layan PUBG ni kalau tak join dah.. Dulu2 layan COC… sekarang layan game masak masak je.. hahaha…

Leave a Reply to Xplorasi Destinasi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *