April 26, 2024

Rezeki Puan Isteri Dapat Peluang dan Tajaan Untuk Sambung Belajar

Berakhirlah sudah Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke-17

10 tahun lepas, sebenarnya Bro ada masalah untuk teruskan study sewaktu di Universiti.

Result pun asik kumpul C je. Jika ada B pun, hujung-hujung je (B-)

Last2, terpaksa tukar status dari fulltime study kepada partime study. Kiranya berkerja sambil study (rezeki dapat peluang kerja time belajar). So Kelas hanya sebelah malam dan hujung minggu.

Alhamdulillah, nampak juga sinar A walaupun samar-samar (A-). Jadi ada juga la A dari tiada langsung.

Kesimpulannya, Bro ada masalah belajar based on membaca or duduk dalam kelas belajar sambil tengok slide je.

Bila bekerja, pengalaman kerja banyak membantu Bro menghabiskan study dan lecturer pula waktu itu lebih banyak bercerita tentang pengalaman berbanding ajar ikut nota bulat-bulat.

Akhirnya selepas 5 tahun, dapat juga Degree yang Bro sendiri tak pernah guna untuk apply kerja.

Sebab selama ini dapat tawaran kerja based on pengalaman dan hasil kerja terdahulu. Yup, sehingga kini, Bro tak pernah pun cari kerja dan masih lagi ditawarkan kerja tetap (tapi Bro tolak & lebih selesa kerja freelance je dengan syarikat berkenaan).

Sebab tahu, bukan senang nak mulakan dari bawah balik (lari bidang) dek kerana masalah yang Bro hadapi dari form 3 (dari best student jd student terbelakang sebab ada masalah study based on membaca – Tue pasal Add Math result lagi ok dari BM hahaha. Sejarah confirm ke laut)

Majlis Konvokesyen UTHM ke-17

Now, bila dengar Puan Isteri dapat peluang untuk sambung belajar, Bro cakap, “Pergi la, bukan senang nak dapat peluang ini”

Lagipun, dia masih muda lagi.

Bukan senang dapat peluang sambung belajar + ditaja pula tue. Memang rezeki Puan Isteri dari dulu mendapat tajaan belajar. Untung dapat isteri yang bijak dan comel ini.

Buat masa ini, Biar Bro kerja keras sikit untuk sara keluarga terutamanya anak yang makin membesar dan juga anak kucing yang makin bertambah.

Tak kisah orang cakap Bro bodoh ke apa ke sebab sanggup tolak kerja gaji besar sebab nak jaga anak semua.

Itu la pengorbanan yang Bro perlu ambil.

Majlis Konvokesyen UTHM ke-17

Well…

Nasib dan rezeki setiap orang berbeza. Jangan sesekali samakan dengan orang lain.

Ada orang rezekinya pada kekayaan, ada orang lain pula rezekinya pada kesihatan, keluarga dan dijauhkan dari musibah.

Chill….

Bicara Bro : Rezeki tak datang bergolek, tapi jangan sampai cari rezeki yang haram untuk bagi anak isteri makan.

Terima kasih sebab sudi baca sampai habis ;)

Tahniah anda seorang yang rajin membaca, ada peluang sambung belajar, sambung la…

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

9 thoughts on “Rezeki Puan Isteri Dapat Peluang dan Tajaan Untuk Sambung Belajar

  1. wah uthm jugak! hehe. saya grad uthm dah 10 tahun. terasa rindu yg sangat kuat nak ke sana. tapi entah bila kah nak sambung belajar ke master pulak -_-

  2. Tahniah bro n ira. Kalau rasa boleh sambung belajar, belajar je. Peluang tak datang dua kali. Gua pun rasa nak sambung belajar balik. Tapi, bila pikir rasa macam dah berkarat nak menghadap buku.. gua lebih sanggup hadap laptop. Hahahaha

Leave a Reply to Chik Tie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *