March 29, 2024

Simpan Emas Serendah RM1 Dengan Aplikasi HelloGold Yang Patuh Syariah

Aplikasi-HelloGold

Pernah tak anda terfikir untuk menyimpan emas sendiri?

Pasti ketika itu, hati anda berbelah bagi bila rasa duit tidak mencukupi untuk memulakan simpanan emas anda. Betul tak?

Hari ini, Bro ingin memperkenalkan aplikasi HelloGold yang membolehkan anda membeli dan menjual emas dengan mudah, murah dan cepat pada telefon pintar anda (untuk peranti Android dan iOS).

Lebih menarik lagi, anda boleh memulakan simpanan emas anda dengan membeli emas pada harga semurah RM1.

Melalui aplikasi ini juga, anda boleh melihat perubahan harga emas secara langsung, dan memilih bila waktu yang sesuai untuk membeli dan menjual emas anda.

Aplikasi HelloGold ini telah dilancarkan di Malaysia pada penghujung 2016. Ia merupakan platform emas dalam talian pertama patuh syariah yang disokong Lembaga Penyeliaan Syariah bagi Amanie Advisors.

Ingin menyimpan emas patuh Shariah? Ianya mudah dan senang dengan aplikasi HelloGold yang boleh dimuat turun di SINI.

HelloGold – Simpan Emas Patuh Syariah

HelloGold Application

World Gold Council (WGC) dan Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) bersama Amanie Advisors telah berkerjasama dalam memberikan definisi terperinci pelaburan dalam emas Patuh-Shariah dalam dunia kewangan moden.

Akhirnya pada tahun 2016, AAOIFI telah mengeluarkan Piawai Emas Shariah (Shariah Standard Gold), sebuah senarai peraturan bagi pelaburan emas yang disahihkan oleh para ulamak dan akademik Islamiah.

Pada masa yang sama HelloGold telah bekerjasama dengan Amanie Advisors untuk mewujudkan sistem dagangan yang mematuhi senarai peraturan tersebut.

Dengan itu HelloGold berjaya diiktiraf sebagai Patuh-Shariah ketika Piawaian Emas Shariah (Shariah Gold Standard) diumumkan – yang pertama di dunia seperti dilaporkan oleh Finextra.

Kesemua deposit emas disimpan didalam peti simpanan dimana ia di insurankan untuk kecurian dan kehilangan.

Cara Mendaftar Akaun HelloGold

HelloGold Application

Pendaftaran untuk akaun HelloGold adalah percuma. Anda boleh memuat turun aplikasi HelloGold di SINI.

Untuk permulaan, anda dikehendaki melakukan pengesahan identiti dengan menghantar gambar mykad (depan / belakang) serta gambar anda sendiri.

Selepas itu, anda perlu menunggu lebih kurang 24jam untuk akaun anda disahkan. Selepas itu, anda boleh memulakan simpanan emas anda melalui HelloGold.

Bagaimanapun, akaun anda hanya sah pada 1 peranti sahaja. Sekiranya anda menukar kepada peranti yang lain, anda perlu melakukan pengesahan identiti sekali lagi (gambar mykad & gambar anda) serta memasukan kod pengesahan yang dihantar kepada email yang anda gunakan untuk mendaftar sebelum ini.

Nampak macam leceh, tetapi ini semua bertujuan untuk memastikan akaun dan simpanan emas anda selamat dari digodam / dicuri serta memastikan ahli HelloGold adalah orang sebenar.

Ia sejajar dengan polisi Know Your Customer (KYC) yang bertujuan untuk menjaga hal keselamatan dalam talian untuk mencegah kecurian pengenalan, penipuan kewangan, pelaburan wang haram dan pembiayaan pengganas.

Fungsi Yang Terdapat Pada Aplikasi HelloGold?

HelloGold Application

Aplikasi HelloGold membantu anda memantau simpanan emas anda dengan lebih mudah, senang & pantas hanya dengan telefon pintar.

Melaluinya, anda boleh memantau harga emas semasa dari harga jualan kepada harga belian pada waktu sebenar.

Seperti yang kita sedia maklum, nilai pasaran emas sentiasa berubah-ubah dan tidak kekal pada nilai yang sama dalam tempoh masa yang panjang. Maka dengan aplikasi HelloGold ini dapat membantu anda memantau harga pasaran dan menolong anda membuat keputusan pantas dalam meningkatkan nilai simpanan emas anda.

Anda juga boleh menambah simpanan emas anda melalui pembelian emas melalui aplikasi ini pada waktu sebenar.

Simpan Duit RM1 Aplikasi HelloGold

Tip Menggunakan Aplikasi HelloGold

Hampir setahun juga Bro menggunakan aplikasi HelloGold ini, walaupun simpanan Bro tak sebanyak mana. Tapi lebih baik ada dari tidak menyimpan langsung.

Maka disini, Bro ingin kongsikan beberapa tip yang boleh anda gunakan sebagai rujukan bagi memudahkan anda memahami fungsi sebenar aplikasi HelloGold ini.

  • Anda digalakkan membuka aplikasi HelloGold sekurang-kurangnya 3x sehari untuk memantau harga pasaran emas yang sentiasa berubah.
  • Sekiranya ada duit untuk membeli emas, tambah nilai duit dalam akaun HelloGold anda dahulu walaupun ketika itu anda belum merancang untuk membeli emas.
  • Beli emas ketika harga emas betul-betul berada dibawah paras biasa (sebab itu digalakkan anda memantau harga emas secara kerap untuk melihat nilai terendah dari kebiasaan, sebelum membelinya).
  • Elakkan melakukan sebarang aktiviti pembelian / jualan melalui aplikasi HelloGold ketika hujung minggu.
  • Sebarang transaksi, HelloGold akan mengenakan cas 2% daripada nilai transaksi anda.
  • Sekiranya anda tidak ingin menebus emas fizikal, anda boleh mengeluarkan jumlah duit dari akaun HelloGold anda terus ke akaun bank anda.

Peringatan: Mereka yang aktif dalam pelaburan emas lebih fokus pada pelaburan jangka masa panjang (5-10 tahun) dan bukannya jangka pendek (5-10 bulan). Jangan takut bila tengok nilai simpanan emas anda jatuh mendadak kerana ada masanya nilai emas akan naik semula dan nilainya mungkin lebih tinggi pada 5-10 tahun nanti.

Tebus Emas Fizikal Dari HelloGold?

Semua emas yang anda beli melalui aplikasi HelloGold boleh ditebus sebagai emas fizikal.

Apa yang anda perlu buat :-

  1. Tekan “Tebus” pada aplikasi HelloGold
  2. Hubungi pasukan Khidmat Pelanggan di talian 1 300 130 888 (dalam Malaysia) / +603 7661 6228 (luar Malaysia) untuk membuat permintaan penghantaran anda.
  3. Anda kemudiannya akan menerima pengesahan melalui e-mel mengenai tempahan penebusan emas anda.
  4. Sebaik sahaja tempahan telah disahkan, anda akan menerima e-mel yang memaklumkan penghantaran emas anda.

Emas anda akan dihantar ke alamat yang anda berikan seperti yang direkodkan dalam pangkalan data.

Semasa penghantaran, anda akan dikehendaki mengemukakan MyKad / Pasport anda secara fizikal untuk memastikan identiti anda sebagai pemegang akaun HelloGold yang menerima sendiri emas anda.

Jika anda tiada untuk menerima emas anda, khidmat penghantaran akan menyimpan emas anda sehingga anda sendiri yang menerimanya.

HelloGold

Peringatan : Khidmat penghantaran tidak akan memberikan emas anda kepada sesiapa dan anda tidak boleh mewakilkan sesiapa untuk menerima emas bagi pihak anda seperti ahli keluarga, teman serumah, pengawal keselamatan dan lain-lain.

Pendaftaran untuk akaun HelloGold adalah percuma. Jom mulakan simpanan emas anda hari ini dengan mendaftar akaun HelloGold anda sekarang di SINI.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi HelloGold di www.hellogold.com atau laman sosial mereka untuk info lebih lanjut.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Simpan Emas Serendah RM1 Dengan Aplikasi HelloGold Yang Patuh Syariah

  1. Tidak ramai mempunyai kesedaran simpanan emas kerana tidak pernah diajar didalam sistem pendidikan.

    Emas adalah ciptaan tuhan dan manakala duit kertas adalah ciptaan manusia.

  2. Assalamualaikum.

    Bro join hellogold juga?

    Dah pernah tebus emas?

    Saya ada 3 gram emas.
    Cuba tebus 2.5 gram sahaja. Nk tgok dpn mata & nk tahu jugak sama ada hellogold ini dipercayai atau x.

Leave a Reply to azrinros Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *