April 19, 2024

Pendaftaran COWAY Run 2018 @ MAEPS, Serdang Telah Dibuka

Coway Run 2018
COWAY Run kembali lagi untuk edisi kedua dimana tahun ini ianya bakal berlangsung pada 7 Oktober 2018 di MAEPS, Serdang dengan tema ‘cool’ disertakan sekali elemen kebajikan.

Buat pertama kali, COWAY Run 2018 menyediakan laluan larian yang agak sejuk bagi membolehkan pelari berlari dalam keadaan selesa dan kekal sejuk. Sesuai dengan tema ‘Beat the Heat’.

Laluan larian direka untuk memastikan pelari sentiasa berasa sejuk sepanjang larian, dimana ada laluan disediakan pancutan air, terowong kabus dan terowong angin menjadikan ia elemen kejutan kepada semua pelari.

Bagi peserta yang datang bersama anak, turut terapat beberapa halangan khas untuk kanak-kanak dimana mereka boleh bermain dan bergembira ketika ibubapa penjaga mereka tengah sertai larian.

Sebagai tambahan, Coway turut membawa citarasa Korea dengan adanya Perkampungan Korea (Korean Village) yang terdiri dari food truck, prop bergambar dan persembahan band untuk memeriahkan suasana.

Wowww…!! Nampak macam menarik bukan?

Coway Run 2018 Beat The Heat

Untuk edisi kali ini, COWAY Run 2018 turut disertai oleh Selebriti fitness terkenal Malaysia, Jordon Yeoh yang akan turut sama berlari bersama peserta yang lain untuk memberi galakkan serta motivasi sehingga ke garisan penamat.

Ia merangkumi jarak 10km & 5km bagi lelaki & perempuan bagi kategori :-

  • Terbuka (Umur 16 tahun & keatas)
  • Antarabangsa (Umur 16 tahun & keatas)
  • Veteran (Umur 40 & keatas)

Dalam masa yang sama, COWAY Run 2018 turut menyalurkan dana dari kutipan yuran penyertaan kepada inisiatif tanggungjawab sosial korporat mereka, yakni ‘Happy Water Project’.

Projek ini bertujuan membekalkan air yang berkualiti, bersih dan selamat khusus buat mereka yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Kita sendiri maklum, masih ramai belum mempunyai akses kepada air tulen yang bersih dan isu ini tidak boleh diambil mudah. Oleh itu pihak Coway menjadikan ia komited dalam membantu komuniti orang asli di Pahang menikmati air tulen yang bersih..

Untuk merealisasikannya, RM10 dari setiap yuran penyertaan akan disalurkan kepada ‘Happy Water Project’ dengan sasaran 1,000 keluarga dalam tempoh masa 5 tahun.

BACA : Coway Malaysia Lancarkan “Happy Water Project”

Untuk maklumat lanjut mengenai COWAY Run 2018, anda boleh layari www.cowayrun.com.my & jangan lupa mendaftar penyertaan anda di www.cowayrun.eventbrite.sg

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “Pendaftaran COWAY Run 2018 @ MAEPS, Serdang Telah Dibuka

Leave a Reply to zool Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *