April 26, 2024

Rezeki Dapat iPhone Pada Harga RM1 Dari Maxis

iPhone 6 Maxis
Rezeki dapat iPhone 6 (Walaupun dah oldschool) pada harga RM1 (berbaloi la dengan harganya) dari Maxis.

Bro pengguna postpaid Maxis sejak tahun 2009 hingga kini.

Cuma sejak kontrak tamat, Bro tak pernah perbarui kontrak (satu kerugian dekat sini). Rupanya banyak kelebihan boleh diperolehi setiap kali renew kontrak.

iPhone 6

Salah satunya, boleh dapat phone PERCUMA atau dalam kes Bro, dapat iPhone 6 pada harga RM1 mengikut plan yang Bro ambil bersama kontrak 24 bulan (2 tahun).

Dorang kata, nanti nak sambung kontrak boleh dapat phone lagi he…23x

Korang boleh tengok phone lain yang turut ditawarkan dalam Maxis RM1 Devices.

Bagi yang ambil pelan Maxis RM188, korang layak untuk miliki Huawei P20 pada harga RM1.

Kalau ikutkan, dah lama Bro tak guna iPhone.

Jika sebelum ini, Bro pernah menggunakan iPhone 4 (Memang Contest), kemudian iPhone 4s (Hadiah Kahwin dari Bos).

Dan akhir sekali iPhone 5 (Bos belanja).

Itu la yang terakhir, dan kini dah nak keluar iPhone terbaru selepas iPhone X.

Harap iPhone 6 ini mampu bertahan lama dengan Bro. Korang doa-doakan la ek (Nak beli phone memahal, tak mampu).

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

31 thoughts on “Rezeki Dapat iPhone Pada Harga RM1 Dari Maxis

  1. InsyaALLAH tahan lama tu, Bro! Hehe… Untungnya! Memang murah sangat RM1 tu! Interesting sangat deal yang diorang sediakan ni. Jenama yang bukan calang-calang pula tu. Woohoo!

  2. Saya ambik phone RM1 dari Maxis Huawei pastu pass kat suami pakai. Dia kata ok. Gambar pun cantik juga. Saya je yang pakai phone lama Galaxy Note 5 ni haa…Hehe.

  3. for real bro, ada terma dan syarat tersembunyi ke ada kontrak ke ? rasa macam kurang percaya serious hahahah i tak pakai maxis takut area rumah tak kuat… i kalau dah melibatkan kontrak ni rasa macam menyampah sikit..tapi ikut kemampuan orang juga..

    1. Bila terikat dengan kontrak nie pepaham je la… bayangkan dah terikat, then kena pindah rumah ke tempat kerja ke yang line tue xde coverage… haru tak?

  4. Wah terlwbih berbaloi ni Bro. Hanya RM1 iphone 6. Bukan senang nak dapat iphone ni. Wow sangat. Kena kumpul duit baru dapat. Pelan maxis nih memang menarik sangat tapi sayang line maxis tak okey. Saya guna line umobile jer..

  5. SA pun beli hp ngan maxis bayar RM1..tp contract 2 tahun la..alaa..dia dh kira sekali tu line postpaid ngan harga hp..hehe…untung ar guna iphone..kita pakai huawei nova 2i je..

    1. Ada plan nak angkat huawei nova 2i.. Tapi rasa, macam biasa je.. sebab huawei / honor ada banyak dekat rumah.. iPhone je dah lama xde hahaha

  6. Wahh..tu untungnya jadi pengguna setia kan..kekadang kita rasa not worth it sebab service diaorg tak selalu indah kan..skrg ni byk betul model handphone baru hampir setiap hari sampai rambang mata hehe

  7. sama lah kita.. dah lama guna postpaid maxis.. haritu nk matikan, maxis offer hp huawei …. pandai dia tarik pelanggan.. hihi… tapi okla sbb dia menghargai pelanggan lama….

  8. Wow dapat phone iPhone dengan harga RM1 hehehe jelous ni kita nak juga phone baru ada perancangan nak beli tapi masih tengah tengok-tengok mana yang bagus…

  9. Woww untung sangat ni bro..sis tak pernah merasa tau dapat pakai iphone, pakai yang lama ni je sampaila ni..huhuhu, sapelah yang murah hati nak bagi phone ni kat sis ekk..hehehe

  10. org maxis pon ada call sy pasal handphone 1 ringgit nie sebab sy dah lama guna perkhidmatan mereka. tp sy tolak dan baru2 ini saya beralih kepada celcom. rasa menyesal pulak tak ambik tawaran nie

  11. EH RM1 je? aku tal pakai Maxis patut lah tak pernah dapat offer macam ni. Tapi plan telco ni kadang-kadang beza sikit je tapi dapat benefit lain pula. Memang kena rajin renew plan

  12. So lucky of you to have bosses who belanja iPhone! This one RM1 is also such an awsome deal! Hope it lasts for a long time!

  13. wah bestnya pakej maxis untuk RM1 je iphone..promo baik punya..maybe boleh pertimbangkan nak tukar ke maxis pulak lepas ni..huhu..
    untunglah bro 3x dpt iphone free..semoga dimurahkan lagi rezeki bro sekeluarga..

Leave a Reply to Zharif Azis Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *