March 29, 2024

Tanda Hubungan Suami Isteri Terkena Gangguan Sihir Atau Jin

Lord Voldemort Sihir
Kadangkala sesuatu perkahwinan itu tidak seindah seperti mana yang kita bayangkan / idamkan. Ada yang baru kahwin, dah bercerai berai.

Lebih haru, si isteri baru je bunting pelamin dah diceraikan. Dah bercerai, baru tahu si isteri tengah mengandung.

Ada banyak punca, sesuatu perhubungan yang dijalinkan atas dasar cinta diikatkan dengan ikatan perkahwinan musnah begitu sahaja.

Kadangkala disebabkan oleh perangai pasangan tersebut yang culture shock bila hidup dalam alam perkahwinan (maybe sebab itu ramai pasangan yang hidup macam suami isteri dulu sebelum kahwin untuk membiasakan diri. Kepala hotak engkau la).

Ada juga disebabkan oleh pihak ke-3 (Ex, crush mahupun ahli keluarga) & ada juga dari sebab yang tidak dapat diketahui.

Hari ini, Bro ingin kongsikan tentang punca perceraian disebabkan gangguan sihir. Artikel ini berdasarkan perkongsian di laman twitter oleh saudara Risz Wel.

Tanda Hubungan Anda Sebagai Suami Isteri, Terkena Gangguan Sihir

Pengalaman Berkahwin Lagi
Bro rasa, ramai yang tertanya-tanya apakah tanda sebuah hubungan suami isteri terkena gangguan sihir.

Tidak dinafikan masyarakat kita masih percaya tentang ilmu sihir, dan kita sendiri tidak boleh nafikan bahawa ianya tiada.

Walaupun zaman semakin moden, ianya tetap mendapat permintaan yang tinggi dikalangan individu tertentu. Sama ada untuk mendapatkan kekayaan, mahupun ingin mengkianati seseorang.

Bro sendiri mengaku, salah seorang mangsa buatan sihir sewaktu masih aktif ketika terlibat dalam persatuan pelajar, sebelum kahwin & selepas kahwin (Tapi sampai sekarang, tak tahu siapa empunya angkara).

Siap ada kenalan Bro, meninggal dunia disebabkan disihir (sampai doktor sendiri pun tidak dapat nak sahkan apa penyakit yang beliau hadapi).

Tapi apa yang Bro dapat tahu, benda itu dihantar kepada orang lain, tetapi terkena kepada dia.

Ok, kembali kepada topik asal.

Antara tanda-tanda hubungan suami isteri terkena gangguan jin ataupun sihir:

  1. Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak terasa hendak melakukan hubungan kelamin. Jika berlaku hubungan sekalipun, ianya sangat kurang nikmatnya. Ketika ini, mungkin pasangan anda akan terlintas difikiranya, bahawa anda mungkin curang dibelakangnya.
  2. Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah (Kes mungkin berbeza jika pasangan rimas duduk dekat rumah, tapi selesa main Mobile Legend memanjang). Kadangkala ia juga terjadi bila berada di rumah mertua etc. Waktu itu mungkin anda terasa macam pasangan anda kurang menyukai keluarga anda.
  3. Isteri (atau ada juga suami) yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah. Part ini ada juga kebenaranya, tapi siapa yang selesa bila pulang ke rumah, dengar mulut isteri membebel je memanjang (kenkadang kes macam ini bukan disebabkan terkena buatan orang, cuma mungkin dah lama tak terkena ‘buatan’ anda he…23x)
  4. Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh. Part ini, no komen. Tapi bila dah bercerai, si isteri tadi jadi janda berhias, cantik terus terhegeh-hegeh nak dia balik.
  5. Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil. Tapi, ada je yang cakap, kalau tak bertengkar tak ceria rumah tangga tue. Bak lirik lagu P. Ramlee, Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri.
  6. Suami/isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk. Ada kebenarannya juga, tapi mimpi itu mainan tidur. Sebelum tidur, basuh la kaki.
  7. Suami/isteri beberapa kali melihat lintasan @ bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
  8. Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.

Sekiranya dalam perhubungan anda, suami isteri ada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.

Tip Mengelak Dari Gangguan Sihir Dalam Rumah Tangga

Di sini, Bro ingin kongsikan beberapa tip bagi mengelakkan dari gangguan sihir dalam rumah tangga anda.

  1. Biasakan diri dengan menjaga wudhu setiap masa.
  2. Jaga mulut & jangan terlalu celupar. Perbanyakan berzikir atau membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
  3. Elakkan diri dari perkara maksiat atau sifat-sifat keji seperti riak, busuk hati & membawang.
  4. Jaga solat & perbanyakan bacaan ayat suci Al-Quran di rumah.
  5. Jika pasangan buat masalah, tegur & nasihat secara baik.
  6. Elakkan menayang kebahagian rumah tangga sehingga buat sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan anda.
  7. Amalkan doa dibawah ini

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Tanda Hubungan Suami Isteri Terkena Gangguan Sihir Atau Jin

  1. Dugaan rumahtangga tu memang selalu melanda, cuma terpulang pada pasangan nak tempuhi macamana. Dan gangguan sihir tu wujud. Terkadang kita tak sakitkan hati orang tapi masih ada orang tak suka kita.

    Nauzubillah minga dijauhkan dugaan macam ni. Terima kongsi tips dan doa.

  2. Aduhai takutnya membaca tanda-tanda tu. Minta simpang lah. Walaupun kita dah serba moden, masih ada orang yang percaya benda-benda khurafat macam ni. Setiap masa rasa tak selamat! Kena selalu berwaspadalah. Apapun, semoga semuanya dilindungi daripada perkara-perkara macam ni.

  3. Ahli keluarga saya pun ada jugak sampai melibatkan kematian..wallahualam..semua tu kuasa Allh swt.Dalam rumahtangga ni,bila ada sesuatu yang tak kena,haruslah sama-sama ketahui puncanya sebelum memudaratkan perkahwinan ke arah yang lebih teruk..thanks sharing ni bro,buat saya tergelak pun ada..ha100x

  4. Betul apa yang bro kongsikan.jangan sangka rumahtangga kita tak terkena sihir . Mungkin ada yangvdengki dengan life kita dna tak boleh tengok kita senangkan. Seeloknya amalkan doa darioada diganggu sihir dan amalkan juga zikir zikir agar hubungan suami isteri terpelihara dan dilindungi dari segala kejahatan

  5. Saya takut bicara soal perkawinn hehee… apalagi jika ada kasus di dalam pernikahan. Ini punya tanggungjawab besar menyelesaikannya dengan hilangkan ego masing. Dan ini ada solusi baik. Berdoa semoga semua orang punya hidup baik baik semuanya. Aamiin…

  6. eiii seram lah… benda macam ni la buat rumah tangga pecah belah… gangguan jin seram tau… tu kalau orang hantar sihir lagi kejam, minta dijauhkan jela.. nauzubillahminzalik… tu lah sebab kita kena jauhkan perasaan hasad dengki…

    kalau tak iman tu lama buat jahat kat orang aishh….

    terima kasih for sharingggg

  7. Minta kita semua dijauhkan daripada perbuatan jahat sihir nie. Doakan sy cepat bertemu jodoh yer bro. Mungkin perlu timba ilmu dri bro bab2 nie kot. Hihi

  8. Bahaya la sihir semua ni.
    Biasanya sihir pemisah la. Orang dengki dengan kebahagiaan orang lain.

    Tapi tak mustahil berlaku. Tak jadi kat kita takpe la, kalau jadi nak kata apa pun tak boleh.

    Semoga kita dijauhkan dari segalanya.

  9. Kehidupan berumahtangga ni kena saling mengingati. Bila pasangan mengadu sesuatu, rasa tak selesa dengan pekerjaan, asyik mengeluh, tidak berseri dan sering bad mood. Cuba lihat keadaan pasangan dan tengok mata dia. Kadang dia cakap dengan kita tak macam selalu. Maka, jom solat berjemaah bersama. Doa Ketua keluarga amat mustajab ketika Solat berjemaah. Reset balik Minda. Plan balik apa yang korang nak buat. Bila pasangan suami isteri lemah bab Solat dan keyakinan diri makin Kurang. Maka lagi la mudah disihir. Panjang pula pendapat ruby. Jaga diri! Dan jaga Iera!

  10. memang masih ada sihir-menyihir sekarang ni. Paling kesian, yg tak bersalah yang jadi mangsa. Apa-apa pun, kena amalkan tips tips tu semua. Kena dekatkan diri pada Allah swt serapatnya.

  11. Tak tahulah orang kita tak sedar tentang hukuman dan tindakan kalau buat perkara sihir macam ni tapi tak apa janji keluarga kita bahagia dan tak ganggu orang lain betul tak bro…

  12. Thanks Bro share info sebegini. Bahaya sungguh sekiranya ada orang yang sanggup buat begini pada orang lain. Kadang-kadang kita buat baik pun akan ada yang salah anggap kan

  13. Pelik kan manusia yang suka pedajal orang ni. Minta jauhlah kita dan keturunan kita dengan perkara-perkara syirik ni. Bahaya syirik ni lead pada murtad. Murtad ni bahaya, kalau pasangan berkahwin boleh automatic “tercerai”. Nampak tak bad outcomenya macam mana. Astaghfirullahalzim.

Leave a Reply to Suria Amanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *