March 29, 2024

Dekati Hidupan Pra-Sejarah di Jurassic Research Centre, Resorts World Genting Highlands

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting
Jurassic Research Centre, merupakan salah satu tarikan terbaru di SkyAvenue, Resorts World Genting Highlands yang pasti mengujakan.

Apa tidaknya.

Anda berpeluang untuk dekati dinasor secara dekat tanpa perlu risau menjadi ‘santapan’ mereka walaupun mereka mampu ‘berinteraksi’ atau bergerak bila anda mendekatinya.

Sesuai sangat untuk anda seisi keluarga meluangkan masa di sini sambil mempelajari kehidupan pra-sejarah ini secara dekat dalam suasana habitat semulajadi mereka.

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Tidak dinafikan ia menjadi pengalaman berharga buat anda sekeluarga.

Malangnya, anak Bro takut pula tengok dinasor yang boleh gerak-gerak ini. Maka Bro terpaksa tengok sensorang dan hantar mereka ke ‘tempat lain’ (Nanti Bro akan ceritakan di lain artikle).

Lagipun, sejak kecil lagi Bro amat meminati tentang haiwan pra-sejarah ini. Siap sanggup beli bukunya yang berharga ratusan ringgit disebabkan minat ini.

Maka bila tahu Jurassic Research Centre dibuka di Genting Highlands, Bro tidak melepaskan peluang ini dan pergi ke sana. Bila lagi nak tunaikan permintaan zaman kecil-kecil dulu kan.

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting
Dinosor tengah open table. Ada kenduri katanya hahahaha

Kalau ikutkan ada banyak lagi dinosor dipamerkan dibahagian ini. Malangnya tak semua dapat Bro abadikan dalam kamera.

Terdapat pelbagai jenis dinosor berada di sini.. Dari jenis omnivor, herbivor dan juga karnivor. Kebanyakan hadir dengan saiz sebenar dan ada yang lebih kecik (anggap je baby dinosor)

Ada yang bergerak dan berbunyi bila kita dekati mereka. Jangan risau.. Dinasor ini jinak, tak makan orang punya hahahahah

Seeloknya anda sekeluarga luangkan lebih masa di sini untuk kenali haiwan pra-sejarah ini. Setiap mereka punyai nama tersendiri dan juga serba sedikit fakta untuk anda pelajari.

Fossil Laboratory Unit-J28 @ Jurassic Research Centre

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Di Fossil Laboratory, anda boleh temui beberapa fosil dinosor yang masih tertanam.

Walaupun ianya bukan fosil yang sebenar, ianya seakan fosil yang sebenar sesuai untuk sesi pembelajaran. Setiap fosil turt disertakan dengan beberapa informasi yang berguna.

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Tak cukup dengan fosil, di sini turut dipamerkan tulang dinosor yang dicantum untuk menampakkan rangka sebenar haiwan pra-sejarah ini.

Boleh bandingkan dengan saiz anda sekarang. Mereka lebih besar dari kita. Macam mana la kalau kita wujud sekali dengan mereka waktu itu ya?

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Kalau korang nak rasa betul2 pengalaman macam dalam cerita Jurassic Park itu. Di sini anda boleh rasainya.

Siap ada bilik simulasi macam mana kita diserang bertubi-tubi oleh dinosor itu tadi. Sebiji (hampir sebiji) dalam cerita Jurassic Park.

Sekiranya anda ke SkyAvenue, Resorts World Genting Highlands jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini :-

Jurassic Research Centre
Level 4, SkyAvenue, Resorts World Genting

Waktu Operasi : 10.00pagi – 10.00 malam
No. Telefon : +603 2718 1118 | laman web : www.rwgenting.com

Harga Tiket masuk pula RM50 (dewasa) & RM45 (kanak-kanak) / Boleh didapati pada harga diskaun sekiranya anda punyai keahlian Genting Rewards.

Nak lebih jimat? Ambil Pakej Kombo 2 (RM76 -) / Pakej Kombo 3 (RM90)* / Ia juga boleh didapati pada harga diskaun sekiranya anda punyai keahlian Genting Rewards.

  • Pakej Kombo 2 / Pakej Kombo 3, melayakan anda memasuki 2 / 3 lokasi tarikan (Jungle Gym 2hrs, Zombie Outbreak, Jurassic Research Centre, Ripley’s Believe It Or Not, Alive Museum)

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Dekati Hidupan Pra-Sejarah di Jurassic Research Centre, Resorts World Genting Highlands

  1. Kalau bawak anak buah SA si kembar tu sure tak cukup tanah depa lari..bab- bab dino ni diorang allergik skit..pergi yang kat Muar tu pun diorang terpekik terlolong takut..tak tau la pesal diorang takut

  2. menarik nyer!
    memcm plak tarikan baru di GH ye.
    lama tak gi. lom pernah bwk anak2 naik GH.
    dok tunggu la theme park nyer siap sepenuhnya. da siap ke ekk?
    teringat dulu last gi 1998. remaja lagi time tu.
    wow! best nyer la theme park GH.

  3. Nampak macam real tu yang best.. teringin nak masuk simulasi tu juga… Adam tu suka dino. Tapi tatau la dia berani ke tak tengok dino besar ni.. adik adik sure takut..hahahaa

  4. Wah dah ada jurassic research centre baru kat genting… Kita dulu suka tgk jurassic park… Kat Muar pon ada satu da tp xsebesar mcm genting ni.. Bawaj budak2 mesti seronok mereka semua… Lagiw yang lelaki … Kalau budak perempuan rasanya dh xnak masuk dalam dah..

  5. Sudah lama tak pergi Genting. Seems like there are lots of attractions now and the Jurassic is my children’s favourite.

  6. Nak kena masuk ramai-ramai tempat macam ni. Kalau masuk sorang dua je, Ros pun takut. Hihi. Bunyi dia mesti kuat tu.
    Kalau naik Genting nanti, bolehlah masukkan Jurassic Research Centre ni dalam list.

  7. tempat yang sememangnye kena bawa anak-anak supaya diaorang dapat mengenali dinosaur dan haiwan pra sejarah ni…. heeee besar daripada kita berganda ganda, tak boleh imagine kalau binatang ni masih hidup sampai sini konpem populasi manusia akan pupus sebab kena makan dengan t rex

  8. Wah menarik nih. Sekarang di GH ada pelbagai tempat yang menarik utk dilawati. Salah satunya jurassic research centre ni. Saya pun suka tgk dinosaur ni. Boleh tahu asal usul kewujudannya. Anak anak saya pun mesti suka tapi tak pastilah bro diorang takut ke tak

  9. Diri sendiri pun tak pernah lagi tengok model binaan dinasour. Minat tu memang minat tentang binatang pra-sejarah ni. Sampai sekarang masih sangsi bila zaman haiwan ni ada. Nak kena dok bacak dan kaji balik lah. Bolehla pi Genting nak rasa macam dalam cerita Jurassic Park.

  10. Ohh kat Resort World Genting ker hehehe kat tempat sejuk pun Dinosaur boleh hidup hehehehe… Tapi bagus boleh bawa anak-anak cuti sekolah nanti…

  11. My children and I enjoyed visiting this place too. My son loves the moving dinosaurs but when he was younger, he would not enter places like this and cried. I think this is very educational for both adults and children.

  12. Best kan dapat lihat so many dino dino kat sana and learn about the dino story as well. i wish to go back there again as still yet get enough…. lolz…

Leave a Reply to INNANIE ARIFFIN Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *