April 26, 2024

Keistimewaan Pada OPPO F5 Yang Berbaloi Untuk Anda Miliki

OPPO F5 Pasaran Malaysia RM1,298
Dalam tempoh 3 bulan OPPO F5 dilancarkan di Malaysia, ianya mendapat sambutan yang mengalakkan dari peminatnya.

Lebih-lebih lagi bila OPPO Malaysia memperkenalkan OPPO F5 Edisi Fattah Amin yang istimewa buat peminat selebriti berkenaan.

Tidak lupa juga pada OPPO F5 6GB Edisi Merah Bertatahkan Kristal Swarovski yang dikeluarkan khas untuk 1,000 tempahan terawal OPPO F5 6GB Edisi Merah.

OPPO F5 juga menyokong Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I (A.I. Beauty Recognition Technology) yang diperkenalkan tahun lepas sehingga melonjakkan OPPO ke tangga pertama pasaran Asia.

Hari ini,

Bro ingin bercerita mengenai beberapa keistimewaan yang terdapat pada OPPO F5 yang perlu anda tahu.

1 – Paparan FHD+ Skrin Penuh (Full Screen FHD+)

Review OPPO F5 by Bro Framestone

OPPO F5 didatangkan dengan paparan skrin penuh 18:9

OPPO F5 merupakan peranti dengan paparan FHD+ skrin penuh bersaiz 6.0-inci yang pertama dari OPPO.

Sekaligus memberikan pengalaman keseronokan visual kepada pengguna dengan skrin resolusi tinggi 2160 x 1080px dengan nisbah aspek 18:9.

Ini bermakna skrin adalah lebih memanjang untuk paparan lebih sinematik. Sesuai bagi mereka yang gemar menonton video ataupun bermain game pada telefon pintar.

OPPO F5 Pasaran Malaysia RM1,298

2 – Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I (A.I. Beauty Recognition Technology)

Peranti OPPO F5 menyokong Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I (A.I. Beauty Recognition Technology) untuk pengalaman selfie yang lebih menarik dan cantik.

Ia turut dilengkapi dengan kamera depan 20MP f/2.0 dan Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I membolehkan anda mengambil selfie sempurna pada bila-bila masa dan di mana juga.

OPPO F5 Pasaran Malaysia RM1,298

Bagi anda yang gemar selfie,

Pengecaman Kecantikan A.I yang terdapat pada F5 membantu menonjolkan wajah terbaik anda. Ia mampu mencatatkan lebih daripada 200 titik pengiktirafan pada wajah.

Ia juga dapat mengenal tona dan jenis kulit, jantina dan umur subjek untuk membuat penyesuaian menurut pangkalan datanya dan kemudian membuat peningkatan kecantikan yang disesuaikan untuk setiap individu dalam setiap selfie / wefie.

Ini memberikan peningkatan kecantikan pada wajah anda, tidak kira apa eksperesi yang anda pamerkan dan juga sudut muka anda ketika mengambil selfie

Sekaligus menjadikan F5 sebagai telefon pintar yang sesuai untuk semua pengguna.

3 – Fungsi Facial Unlock Untuk Membuka Peranti Menggunakan Imbasan Wajah

OPPO F5 Facial Unlock

Salah satu fungsi ‘premium’ yang kebanyakan ada pada peranti flagship masa kini diperkenalkan pada peranti kelas pertengahan, yakni OPPO F5.

Kini anda boleh menggunakan fungsi ini untuk membuka peranti anda dengan hanya menggunakan imbasan wajah.

Percubaan dari Bro sendiri, menampakkan ianya lebih pantas membuka peranti seperti anda tidak menetapkan kekunci padanya (dengan syarat peranti dihalakan pada wajah anda).

Bro juga berjaya mencuba fungsi ini dalam suasana malap.

Dan puan isteri juga, telah berjaya membuka peranti ini ketika Bro tengah tidur.

Anda tidak semestinya menggunakan fungsi ini semata-mata. Fungsi Finger Print dan Pass Code masih boleh digunakan untuk membuka peranti anda.

Bagaimanapun, fungsi Facial Unlock ini boleh digunakan untuk mengunci aplikasi tertentu dan juga untuk keselamatan file yang terdapat didalamnya.

4 – Kamera Hadapan 20MP Untuk Kualiti Foto Yang Lebih Baik

Review OPPO F5 by Bro Framestone

OPPO F5 mempunyai kamera hadapan 20MP dengan bukaan f/2.0, manakala kamera belakang 16MP dengan bukaan f/1.8.

Tiada sokongan flash terbina pada bahagian hadapan tetapi Oppo menyertakan sistem flash dari skrin bagi mereka yang memerlukan pencahayaan di dalam situasi kelam.

Berbeza dengan jenama lain yang menawarkan harga yang sama, OPPO F5 mempunyai resolusi yang lebih tinggi dan kualiti foto yang lebih baik.

Ia juga mampu memberikan kesan ‘bokeh’ dan HDR pada gambar yang ingin anda ambil (contoh gambar diatas, sian orang yang duduk dibelakang, gambar ter’bokeh’).

5 – Harga OPPO F5

OPPO F5 Pasaran Malaysia RM1,298

OPPO F5 didatangkan bersama-sama dengan RAM 4GB + memori 32GB ROM pada harga RM1,289.

Tak mencukupi?

Anda boleh dapatkan OPPO F5 6GB yang didatangkan dengan 6GB RAM (lebih tinggi berbanding peranti lain dipasaran) + memori 64GB ROM pada harga RM1,689.

6 – OPPO F5 Dashing Blue Edition Buat Yang Tersayang

OPPO F5 Dashing Blue

Sempena Hari Valentine, OPPO Malaysia memperkenalkan OPPO F5 Dashing Blue Edition yang sesuai untuk dihadiahkan kepada mereka yang anda sayang.

Warna Biru melambangkan kesucian cinta dan tidak dapat dinafikan, ia adalah hadiah Valentine yang terbaik untuk anda berikan kepada orang tersayang.

Memaparkan warna biru muda (dashing blue), yang sempurna mencerminkan cahaya dengan kesan menarik pada casis peranti.

Pra-tempahan akan dibuka mulai 5 Februari 2018 di www.oppostore.com.my/products/f5db/ dimana 500 pelangan pertama akan menerima casing bertatahkan Kristal Swarovski dari OPPO Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook OPPO Malaysia atau http://oppostore.com.my/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Keistimewaan Pada OPPO F5 Yang Berbaloi Untuk Anda Miliki

  1. Menonjolkan wajah terbaik anda yang paling menarik….leh la berselfie cam Dato CT. Hehe….

    Skrin yang besar macam tu sangat menarik….

  2. wow oppo pun ada mode bokeh ke, tapi still gambar nampak noise dan tak 4k mode, hehehhe tak rasa bangga pakai opppo hahahahahahahahahahhaahhahahahahahahah

  3. Wahhh…. Menarik.. Spec nya juga terbaik. RAM yang besar dan sesuai ni untuk LeYa sebagai blogger yang memerlukan kelajuan RAM yang tinggi seperti OPPO F5 ni.. Okay…thanks bro for the info

Leave a Reply to LeYa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *