March 28, 2024

Keistimewaan Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah di Sungkai, Perak

Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai
Pernah tak korang makan nasi yang dimasak didalam buluh?

Eh, bukan lemang tau. Lemang itu, beras pulut yang dimasak dalam buluh. Yang ini nasi dimasak didalam buluh.

Jika tak pernah lagi, apa kata anda cuba menikmatinya di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah yang terletak di Sungkai, Perak.

Dulu, ianya pacak khemah tepi jalan. Kini mempunyai restorannya tersendiri dan boleh memuatkan hampir 1,000 pelanggan dalam satu-satu masa (Bro kira based on meja yang ada).

Nasi Bamboo Tarikkan Pelancong ke Sungai Klah

Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai

Untuk pengetahuan korang, Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah merupakan salah satu tarikan pelancong ke Sungkai selain kolam air panas semula jadi yang terdapat di Felda Residence Hot Springs.

Lokasinya pula tidak beberapa jauh dari susur keluar lebuhraya PLUS di Exit Sungkai.

Menjadikan ia salah satu lokasi makan yang mudah ditemui sekiranya anda dari KL nak ke utara ataupun sebaliknya.

Kalau hujung minggu, akan nampak beberapa group pelancong mahupun konvoi kereta/motor akan berhenti singgah makan di sini.

Maka kalau anda datang waktu weekend, walaupun awal pagi memang susah juga nak dapatkan meja, kecuali anda mai dalam 2-4 orang je.

Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai

Bro dah pernah rasa sebelum ini, rasa nak makan bersama keluarga agak kurang selesa, sebab kena makan dengan cepat untuk bagi can dekat orang lain untuk duduk makan (tak kan la kita nak pentingkan diri kita sendiri, bukan?).

So, kali ini Bro datang pada weekday.

Walaupun ramai orang, tetap selesa untuk makan disini bersama keluarga. Tetap meriah, cuma lebih mudah mendapat parking dan juga tempat duduk.

Ini merupakan kali ke-2, Bro bersama keluarga singgah makan di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai.

Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai

Siapa sangka masakan tradisional kampung orang Melayu Perak ini mendapat sambutan luar biasa sampai berjaya tarik pelancong antarabangsa untuk datang dan makan di sini.

Nasi Bamboo merupakan nasi yang dimasak dan dikukus dalam buluh dengan daun lirik atau lebih dikenali sebagai daun kalatia sebagai lapik berasnya.

Yang pasti, aromanya mampu menambahkan lagi selera anda.

**** iklan di Bro Framestone *****


Ingin iklan anda, dipamerkan di blog Bro Framestone seperti ini. Anda boleh PM Bro Framestone di FB.

Ianya boleh dinikmati bersama lauk pauk yang turut dijual disini. Tak susah pun, anda hanya perlu beratur dikaunter lauk yang ingin anda nikmati.

Pilih, bayar kemudian bawa ke meja sendiri untuk dinikmati (Yup, sini mengamalkan konsep self-service).

Beraneka hidangan boleh anda nikmati disini. Cuma Bro nak pesan, kalau beli nasi tue, beli lebih sikit. Nanti jenuh nak beratur balik bila tak puas nak makan.

Di sini Bro kongsikan beberapa lauk pauk yang kami nikmati baru-baru ini.

Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai

Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai

Setiap hidangan nasi disertakan dengan ulam dan sambal. Tetapi, rugi kalau tak rasa Kerabu Pucuk Paku mereka.

Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai

Ayam bakar dan juga ayam kampung bunian yang merupakan antara menu terawal disajikan disini. Ramai pelanggan yang datang mengatakan ayam kampung bunian memang terbaik.

(Maaf gambar kurang menarik T-T)

Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai

Burung puyuh pun boleh tahan enaknya. CUma Bro lupa berapa harganya seekor.

Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai

Yang pasti, Sup kambing dorang memang menyengat. Jika tak salah, semangkuk hanya berharga RM10.

Antara hidangan lauk lain yang popular di sini ialah daging kambing salai.

Daging kambing yang disalai selama 16 jam ini akan berasa lebih lembut, dimasak dengan pelbagai rempah yang menjadikannya sedap bila dimakan

Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai

So, jika anda terlajak / terlalu Sungkai, jangan lupa untuk singgah makan di sini. Memang Bro rekomen sangat dan pasti tidak akan mengecewakan anda.

Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah,
35600 Sungkai, Perak.

Waktu Operasi : 10 pagi – 6 petang (Sabtu – Khamis), Jumaat TUTUP.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

31 thoughts on “Keistimewaan Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah di Sungkai, Perak

    1. Yup, dalam buluh… memang masakan tradisional melayu perak (blah batang padang).

      Ada berbeza sikit rasanya, aroma dari daun menyerap masuk dalam nasi tue… Memang menyelerakan

  1. femes kedai ni.. ofismate balik kg di perak, mesti datang kedai ni.sanggup beratur panjang. then balik ofis cerita kat memba2 lain..sedap giler katanya

  2. femes kedai ni.. ofismate balik kg di perak, mesti datang kedai ni.sanggup beratur panjang. then balik ofis cerita kat memba2 lain..sedap giler katanya

  3. Fuh.. banyak yang sedap-sedap ni.. terutamanya kerabu pucuk paku tu.. alahai.. my feberet jugak tu.. lama dah tak makan.. balik kg nak request mak buatkan.. hahaha.. yang ni dekat sungkai yea.. boleh ajak famili singgah sini kalau ada lalu jalan ni..

  4. Sejujurnya, masak nasi bamboo ni memang payah… sebab pernah cuba untuk pertama kali masa camping di Royal Belum, masak nasi dalam bamboo tu, tapi nasi tak masak,hahaha… nak jaga masa masak pun kena banyak bersabar tapi kalau nasi betul2 masak memang sedap dan nikmat,hee

  5. Nasi dalam buluh ni yang pernah keluar kat majalah 3 ye? Pemilik tempat ni kahwin dua masa saya tengok kat tv3. Isteri tua dengan isteri muda sama-sama ikut tolong suami dia. Seronok saya tengok 2 isteri dia sama-sama majukan bisnes nasi dalam buluh.

Leave a Reply to reezluv Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *