March 29, 2024

Tip Fotografi Menggunakan Telefon Pintar Neffos X1 Lite

Tip Photography Neffoa X1 Lite
Zaman sekarang, ramai orang lebih gemar mengambil gambar menggunakan telefon pintar berbanding menggunakan kamera kompek ataupun DSLR.

Lagipun ianya mudah dibawa, lebih ringan dan tidak menggunakan ruang yang luas. Lebih menarik lagi bila gambar yang diambil boleh terus di’edit’ dan dimuat naik ke laman sosial.

Dengan kehadiran pelbagai fungsi terutama pada kualiti kameranya, menjadikan telefon pintar sebagai salah satu gajet yang wajib ada untuk mengambil gambar yang kualitinya tidak kurang hebatnya berbanding dengan DSLR.



Cuma, telefon pintar yang mempunyai kamera yang terlalu tinggi speksifikasinya terlalu mahal dan ada yang lebih mahal dari DSLR itu sendiri.

Lain la jika anda memang seorang jurugambar profesional yang terlalu pentingkan kualiti dan ketelitian bila mengambil gambar.

Hari ini, Bro ingin kongsikan beberapa tip fotografi menggunakan telefon pintar Neffos X1 Lite yang pasti mampu anda miliki.

Telefon Pintar Neffos X1 Lite Mampu Milik

Neffos X1 Lite

Neffos X1 Lite walaupun hadir dengan spesifikasi lebih rendah berbanding ahli keluarganya yang lain, ia tidak menjejaskan kualiti yang sedia ada dalam X- Series.

Ia pula boleh didapati pada harga bawah RM500 dan boleh dikategorikan sebagai telefon pintar mampu milik. Lebih menarik sekali bila ia turut hadir dengan jaminan selama 2 tahun dari Neffos.

Berasaskan Android 7.0, membolehkan Sistem Operasi NFUI (Neffos User Interface) 2.0 berinteraksi lebih lancar pada X1 Lite pada pengguna.

Neffos X1 Lite
Salah satu keistimewaan yang terdapat pada Neffos X1 Lite adalah fungsi PDAF (phase-detection auto-focus) dengan kepantasan 0.2 untuk memastikan anda tidak terlepas mana-mana detik penting ketika mengambil gambar.

Kamera utamanya didatangkan dengan sensor 13MP f/2.0 dengan sokongan PDAF dan dual-tone LED flash. Manakala kamera hadapan 5MP dengan sokongan lensa sudut lebar 84-darjah bagi memudahkan anda mengambil selfie beramai-ramai.

Ok, itu sahaja serba sedikit tentang Neffos X1 Lite yang perlu anda tahu. Jom baca tip fotografi untuk mengambil gambar menggunakannya.

Tip Fotografi Menggunakan Telefon Pintar Neffos X1 Lite

Walaupun anda tidak mempunyai DSLR, tip yang Bro kongsikan membolehkan anda mendapat gambar lebih baik dengan hanya menggunakan telefon pintar Neffos X1 Lite.

Ia didatangkan dengan fungsi PDAF (phase-detection auto-focus) dengan kepantasan 0.2 untuk memastikan anda tidak terlepas mana-mana detik penting ketika mengambil gambar.

1 – Masa Sempurna (Perfect Timing)

Pasti anda inginkan masa sempurna diabadikan dalam bentuk gambar. Malangnya kehadirannya mungkin hanya beberapa saat dan anda mungkin akan terlepas segalanya.

Contohnya,

Senyuman yang sukar terukir pada wajah si dia tetapi anda amat ternanti untuk melakarnya. Walaupun senyuman itu hanya bertahan beberapa saat, tetapi bagi si dia senyum ini terukir seperti bertahun lamanya.

Sempatkah anda mengabadikannya dalam tempoh beberapa saat?

Tip Fotografi Neffos X1 Lite

Begitu juga dengan pemandangan yang bergerak pantas seperti kapal terbang lalu ataupun suasana matahari terbenam yang menjadi latar belakang kepada ‘objek’ yang anda fokuskan.

Neffos X1 Lite hadir dengan kemampuan nyah-kunci (unlock) sepantas 0.2 saat mengunakan pengimbas cap jari memberikan lebih masa untuk anda bersiap sedia mengabadikan masa sempurna pada kamera telefon anda.

2 – Gambar Nampak Hidup / Bernyawa (Stay Alive)

Swimming Pool Hilton Hotel, Kuala Lumpur

Foto yang terbaik, adalah foto yang mampu menyampai 1001 cerita bila melihatnya. Untuk menghasilkan foto yang mampu bercerita bukannya mudah kadangkala ia menjadi satu cabaran untuk anda.

Kadangkala anda akan terlepas detik-detik terbaik untuk diabadikan sekiranya gambar diambil gagal mendapatkan fokus yang jelas / kabur pada objek yang sedang anda fokus.

Semuanya bergantung pada kepantasan anda dan juga gajet yang anda gunakan.

Selamat Neffos X1 Lite turut didatangkan dengan teknologi PDAF (phase-detection auto-focus) yang membolehkan kamera pada telefon anda memberi fokus dengan kepantasan 0.2 saat.

3 – Gunakan Prop

Tip Fotografi Neffos X1 Lite

Gambar mampu menjadi menarik bila disertakan dengan prop, walaupun hanya sekadar cermin mata yang dipegang pada tangan.

Tak semestinya prop sesuatu objek yang besar hingga memenuhi ruang dalam bingkai gambar yang anda akan ambil. Satu pun sudah memadai.

Cukup sekadar ia menjadi objek yang menyokong subjek supaya lebih menyerlah dalam gambar anda. Contohnya, bunga yang disisipkan pada rambutnya untuk menimbulkan keayuan subjek pada gambar yang anda ambil.

4 – Bermain Dengan Sudut
Tip Photography Neffos X1 Lite

Salah satu kesilapan yang paling mudah kita lakukan ketika mengambil foto dengan telefon pada latitud yang sama tahapnya dengan pandangan mata anda.

Kemudian kita mengambil gambar berulang kali dengan posisi yang sama. Dan ini boleh dianggap sebagai satu pembazirkan pada ruangan ‘storage’ pada telefon pintar anda yang agak terhad.

Tip Photography Neffos X1 Lite

Anda hanya perlu bermain dengan sudut berbeza pada setiap gambar. Tak semestinya subjek perlu bergerak, anda sebagai ‘jurugambar yang kurang profesional’ perlu bergerak ketika mengambil gambar.

Tak kisah, anda melutut, menirap ataupun bertukar-tukar posisi mengambil pada setiap gambar diambil.

Walaupun tak semua gambar yang anda ambil menjadi. Sekurang-kurangnya orang keliling nampak anda lebih profesional ketika beraksi bersama kamera.

Bro pernah mencubanya, dan ramai cakap gambar yang Bro ambil cantik dan menarik. Walaupun Bro sendiri tiada idea apa yang telah Bro buat untuk mendapatkan gambar seperti itu.

Janji apa yang Bro telah buat, dihargai walaupun sekadar berlakon semacam seorang jurugambar ‘profesional’

5 – Sunting Gambar Selepas Diambil

Tip Photography Neffos X1 Lite

Pasti anda setiasa teruja untuk berkongsi gambar yang baru anda ambil secepat mungkin di laman sosial.

Relax luuuuu…..!!! Ambil sedikit masa untuk buat beberapa suntingkan pada gambar yang anda ambil.
Mungkin dengan hanya dengan sedikit suntingan mampu menjadikan gambar yang biasa menjadi karya agung hingga rakan anda tidak percaya ianya diambil menggunakan telefon pintar.

Telefon pintar Neffos X1 Lite punyai beberapa fungsi yang membolehkan anda membuat sedikit suntingan pada gambar anda. Anda juga boleh memuat turun aplikasi suntingan padanya.

Diharapkan 5 perkongsian tip diatas ini mampu menolong anda mengambil gambar seperti pakar dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Apa-apa pun, Bro kini sedang mengadakan Giveaway Neffos X1 Lite buat pembaca blog Bro Framestone dengan kerjasama Neffos Malaysia. Bro menantikan penyertaan dari anda.

Diskaun Pembelian Telefon Pintar Neffos X-Series Buat Pembaca Blog Bro Framestone

Giveaway Neffos Malaysia X Bro Framestone
Kalau rasa tak sabar sangat untuk memiliki Neffos X1 Lite, anda boleh terus membelinya secara online di Shopee – https://goo.gl/6KDvGN dan sertakan promo kod ini “ILOVENEFFOS” untuk menikmati diskaun sebanyak 10%.

Untuk melayari Neffos X-series yang lain pula seperti X1 dan X1 Max, anda juga boleh menggunakan promo kod yang sama iaitu “ILOVENEFFOS” melalui link ini: https://goo.gl/He1LBh untuk menikmati diskaun 10% juga.

Disertakan senarai produk yang boleh anda miliki melalui tawaran istimewa ini:

Giveaway Neffos Malaysia X Bro Framestone
Dah ada yang berkenan? Terus buat pembelian melalui link yang diberikan di atas.

Untuk panduan membeli, sila rujuk pada gambar rajah ini (Pastikan anda mengikuti step yang dinyatakan, supaya anda tidak terlepas nikmatinya pada harga diskaun):

Diskaun Pembelian Neffos di Shopee

Tawaran ini sah sehingga 30 November 2017.

Hanya untuk 30 pembelian pertama. Apa lagi, dapatkan Neffos X1 Lite, X1 & X1 Max sekarang…!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Tip Fotografi Menggunakan Telefon Pintar Neffos X1 Lite

  1. Harga dia berbaloi dengan kualiti gambar. Memang cantik gambar-gambar dia. Haa betul teknik ambil gambar tunggang terbalik tu, semata-mata nak dapatkan sudut yang betul.

  2. Guna lah henfon canggih mana. Kalau tak reti ambil gambar dari sudut yang sesuai, pencahayaan dan gambar sharp. Memang rugi la teknologi tu. Hehehe.

  3. nak kena rembat satu gak neffos ni..memang geram kalau nak snap gambar anak, tapi tak sempat sebab phone lambat capture. Tekan capture, 10 saat kemudian baru dia snap..urghh!

Leave a Reply to ALIA FARHAN SAID Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *