April 25, 2024

Whittaker’s – Coklat Bertaraf Dunia Dari New Zealand Kini Di Malaysia

Whittaker's Coklat Premium Dari New Zealand
Ada tak peminat coklat dekat sini?

Hari ini, Bro ingin memperkenalkan kepada anda mengenai Coklat jenama Whittaker’s yang merupakan coklat terbaik bertaraf dunia dari New Zealand.

Boleh dikatakan jenama Whittaker’s ini antara jenama yang dipercayai dikalangan peminat coklat seluruh dunia dan kini sudah berada di pasaran Asia, terutamanya China, Asia Utara dan Asia Tenggara.

Coklat mereka bukan sahaja sesuai dimakan begitu sahaja, bahkan ia merupakan coklat terbaik untuk anda gunakan dalam masakan anda.

Whittaker's Coklat Premium Dari New Zealand

Sebut tentang masakan.

Bro dan beberapa rakan berpeluang untuk menyediakan cupcake yang dihias menggunakan coklat Whittaker’s.

Whittaker's Coklat Premium Dari New Zealand

Sejarah & Latar Belakang Coklat Whittaker’s

Whittaker's Coklat Premium Dari New Zealand
Ini Matt Whittaker. Beliau merupakan generasi ke-4 yang menguruskan peniagaan coklat yang diasaskan oleh moyangnya.

Whittaker’s telah ditubuhkan lebih dari 120 tahun oleh J.H Whittaker’s dan semua coklatnya dibuat dikilang mereka yang terletak di Porirua, New Zealand.

Ia merupakan satu-satunya kilang coklat utama di New Zealand yang menjaga kualiti dengan pengawal keseluruhan proses pembuatan coklat – dari pemilihan biji koko hingga ia menjadi bar coklat. Kesemuanya dibuat di kilang ini.

Kini Whittaker’s telah meningkatkan jumlah eksportnya bukan sahaja Asia, bahkan juga di Australia, Amerika Utara, Timur Tengah dan Kepulauan Pasifik.

Kami berbesar hati dapat memperkenalkan produk premium New Zealand, dan memperkenalkan komuniti Pengemar Coklat Whittaker’s ke seluruh dunia” – Matt Whittaker.

Coklat Whittaker’s Mempunyai Sijil Halal

Whittaker's Coklat Premium Dari New Zealand

Bagi mereka yang was-was, terutamanya bila sesuatu produk berkenaan dari luar negara. Untuk pengetahuan anda, barisan Coklat Whittaker’s yang dijual di Malaysia mempunyai sijil halal.

Terdapat pelbagai jenis coklat yang boleh anda temui.

Almond Gold merupakan produk paling tinggi jumlah jualannya, begitu juga dengan 5-Roll Refined Creamy Milk Block, 72% Cocoa Dark Ghana, Drak Almond dan Dark Peppermint yang menjadi kegemaran ramai.

Maka, yang mana satu kegemaran anda?

Whittaker's Coklat Premium Dari New Zealand

Untuk pengetahuan anda, Whittaker’s akan berkerjasama dengan Ben’s Independent Grocer yang terdapat di Ikano Power Centre dimana anda akan menerima Coklat Whittaker’s Slab PERCUMA dengan setiap pembelian kopi.

Promosi ini sah dari 12 hingga 15 Oktober 2017, selagi stok masih ada.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Whittaker’s – Coklat Bertaraf Dunia Dari New Zealand Kini Di Malaysia

Leave a Reply to mrhanafi dot com Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *