April 25, 2024

Hidangan Dari Melbourne Di Epic Fit Meals Co. Bandar Sunway

Epic Fit Meals Co.
Tak tahu nak makan di mana hari ini? Malas pula nak keluar pejabat atau rumah semata-mata nak cari makanan? Bosan pula nak order fast food?

Apa kata anda cuba hidangan yang lebih sihat dan menyelerakan dari Epic Fit Meals Co. dimana mereka juga menyediakan perkhidmatan delivery terus ke pejabat / rumah anda.

Terdapat pelbagai hidangan berasal dari Melbourne, dari Ayam, Burger, Pizza hingga kepada Burrito dijual di Epic Fit Meals Co.



Ia bukan sahaja halal (Epic Fit Meals Co. punyai sijil halal dari JAKIM) bahkan menggunakan bahan segar dan semulajadi, dimasak tanpa menggunakan minyak.

Hidangan hanya akan disediakan bila ia menerima tempahan, maka anda tidak boleh samakan Epic Fit Meals Co. dengan restoran makanan segera yang lain.

Menu Yang Terdapat di Epic Fit Meals Co.

Epic Fit Meals Co.
Berbicara tentang menu,

Kebanyakan hidangan disini ada yang hadir dengan rasa pedas dan ada yang tidak. Ini kerana, bukan orang tempatan sahaja datang makan disini, bahkan juga orang luar negara yang belajar / bekerja di sini.

Risau mereka tak tahan dengan makanan yang pedas dalam masa yang sama ingin mengekalkan cirtarasa dari Melbourne ini.

So disini, Bro kongsikan beberapa menu yang sempat Bro order tempoh hari.

Epic Fit Meals Co.

Chicky Chummy – Ala Carte RM15.80 / Combo RM19.80 termasuk 1x hidangan sampingan + 1x minumam soda.

Epic Fit Meals Co.
Beefy Chummy – Ala Carte RM15.80 / Combo RM19.80 termasuk 1x hidangan sampingan + 1x minumam soda.

Epic Fit Meals Co.

Antara hidangan sampingan yang boleh dipesan bersama set Combo.

Harga bagi Standard Sides (Ala Carte) RM4.80 dan Epic Sides (Ala Carte) RM6.80. Pilih mana yang anda berkenan untuk dinikmati bersama set Combo anda.

Epic Fit Meals Co.
Epic Chicken – Ala Carte RM13.80

Terdapat 3 jenis Epic Chicken untuk anda nikmati, antaranya Epic Grilled Chicken, Classic Chicken Schnitzel dan Fire Chicken Schnitzel.

Harga Combonya pula lebih kurang RM16.80 (Combo 1 – 2 Standard Sides), RM18.80 (Combo 2 – 1 Standard Side + 1 Epic Side) dan RM19.80 (Combo 3 – 2 Epic Sides).

Apa macam? Menarik bukan menu berserta harganya

Epic Fit Meals Co.
Kini mereka telah membuka cawangan terbaru di Bandar Sunway & Mont Kiara. Ia beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 10.30 malam setiap hari.

Bro berpeluang untuk makan di cawangan terbaru mereka di Bandar Sunway.

Agak ramai juga pelangan yang datang sama ada untuk take away ataupun makan di sini. Kebanyakan yang datang terdiri dari mereka yang bekerja di kawasan sini mahupun pelajar dari kolej / universiti berdekatan.

Perkhidmatan Delivery Dalam Tempoh Masa 45 Minit Secara PERCUMA

Epic Fit Meals Co.

Selain makan disini, anda juga boleh menikmati menu-menu yang ditawarkan disini melalui perkhidmatan delivery dari pihak Epic Fit Meals Co..

Hanya 45 minit sahaja tempoh delivery dan ianya adalah PERCUMA dengan pembelian serendah RM20. Jika pesanan anda terlewat, anda akan menerima Pizza secara PERCUMA.

Sekiranya anda tinggal atau berada berhampiran dengan cawangan Epic Fit Meals Co. anda boleh datang terus ke sana atau gunakan perkhidmatan delivery mereka.

Epic @ Damansara Perdana
E-105, Metropolitan Square, PJU 8/1, 47820 Petaling Jaya, Selangor.

Tel : +603 7733 3375

Epic @ Bandar Sunway
22, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway, 46500 Subang Jaya, Selangor.

Tel : +603 5611 9988

Epic @ Mont Kiara
G-3A, Mont Kiara Meridin, Jalan Duta Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.

Tel : +603 6211 7733

Laman Web : www.epics.com.my

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Hidangan Dari Melbourne Di Epic Fit Meals Co. Bandar Sunway

  1. Beefy Chummy tu nampak sedap & menarik lah. Harga memang berpatutan. Untunglah orang yang stay KL. Xpayah keluar order sahaja sebab delivery hanya 45 minutes.

Leave a Reply to Neeza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *