April 18, 2024

Huawei Nova 2i Berada di Pasaran Malaysia Mulai 13 Oct 2017 Dengan Harga RM1,299

Huawei Nova 2i Pasaran Malaysia
Huawei Malaysia hari ini memperkenalkan telefon pintar terbaru bagi keluarga nova, yakni Huawei Nova 2i.

Buat pertama kalinya, Huawei hadir dengan 4 kamera sebagai ciri terbaru pada perantinya dengan sokongan dwi kamera di hadapan, dan dwi-kamera di belakang.

Huawei Nova 2i didatangkan dengan skrin bersaiz 5.93-inci, sempurna bagi seorang jurugambar mengambil gambar menggunakan telefon pintar mahupun kaki selfie.

Kehadiran Huawei Nova 2i dipasaran Malaysia adalah untuk menarik minat golong muda dan pengguna dinamik yang mengutamakan gaya hidup bebas, bertenaga dan sihat.
Huawei Nova 2i Pasaran Malaysia

Keistimewaan 4 Kamera Pada Huawei Nova 2i

Atas kehendak pengguna semasa yang ingin merasai pengalaman fotografi terbaik sepanjang hari mereka, Huawei menetapkan standard terbaru bagi mendapatkan selfie sempurna dengan memperkenalkan peranti dengan 4 kamera (quad-cameras)

Ini bermakna, terdapat kamera berkembar pada bahagian hadapan dan belakang peranti berkenaan.

Huawei Nova 2i Pasaran Malaysia
Bagi Huawei Nova 2i, hadapannya menggunakan gabungan kamera 13-megapixel dan 2-megapixel yang mampu menawarkan teknologi persis wajah 3D, peningkatan fungsi gambar potret dan ‘beauty effects’.

Kini aktiviti ‘wefies’ menjadi lebih mudah.

Huawei Nova 2i Pasaran Malaysia
Manakala bahagian belakangnya, ia menampilkan gabungan kamera 16-megapixel dan 2-megapixel dengan pengesan RGB untuk fungsi kesan bokeh.

Digandingkan bersama pixel bersaiz besar 1.75um, anda boleh mengambil gambar dengan lebih tajam, jelas dengan warna lebih jelas walaupun latar belakangnya masih kekal kabur atau diluar fokus.

Sebagai tambahan, kesan bokeh boleh diubahsuai selepas gambar diambil didalam arkib untuk kesan efek yang berbeza.

Ia turut dilengkapi paparan 2160×1080 pixel, dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB.

Menyokong Sistem Operasi Android 7.0 dan EMUI 5.1.

Hannah Delisha Dilantik Menjadi Duta Huawei Nova

Hannah Delisha Duta Huawei Nova 2i
Huawei Nova 2i Pasaran MalaysiaPenyanyi dan juga pelakon, Hannah Delisha dilantik sebagai duta bagi siri Huawei Nova.

Beliau juga turut menyanyikan lagu tema untuk siri Nova ini.

Huawei Nova 2i hadir dengan 3 pilihan warna – Graphite Black, Prestige Gold dan Aurora Blue yang boleh didapati pada harga RM1,299 bermula 13 Oktober 2017.

Bagi pembeli terawal, anda akan menerima cenderamata premium bernilai RM499 bagi setiap pembelian di Huawei Experience Store atau lokasi pameran.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari http://consumer.huawei.com/my/ atau Facebook Huawei Malaysia.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

27 thoughts on “Huawei Nova 2i Berada di Pasaran Malaysia Mulai 13 Oct 2017 Dengan Harga RM1,299

  1. Sekarang smart phone semua harga ribu-ribu nak cari yang below semua tak ada standard hehehehe makin mencabar ni sebab harga phone makin naik tak ada orang bising wakakakakaka…

  2. Perghhhh Huawei keluarkan model baru lagi. Aku dah tak pakai Huawei dah .. yang ada tu, masih simpan tak digunakan, sayang nak jual, dan sayang nak bagi orang lain.

    Beli guna duit blogging, jadi kena simpalah elok2 ..

Leave a Reply to Eyza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *