March 19, 2024

Kerjasama Ekonomi Digital Antara AIMSMET Malaysia & ICM, United Kingdom

Ekonomi Digital AIMSMET & ICM United KingdomAsia Metropolitan University berjaya membuat pendidikan British yang berkualiti menjadi lebih relevan dan berpatutan buat pelajar di Malaysia melalui kerjasama dengan Institut Pengurusan Komersial (ICM) United Kingdom.

Ianya selaras dengan misi kerajaan untuk meningkatkan jumlah pekerja berpengetahuan kepada 35% menjelang tahun 2020.

Oleh itu AIMSMET Executive Education Sdn Bhd telah merangka sebuah program yang unik dalam pengurusan komersil melalui pembelajaran sepanjang hayat dan latihan praktikal untuk para penuntut.

Secara tidak langsung, ia menjadi mercu tanda kerjasama pertama ASEAN untuk ekonomi digital di antara AIMSMET, Malaysia dan Institut Pengurusan Komersial (ICM) United Kingdom.

Melalui kerjasama ini, ianya mampu merapatkan jurang dan mempercepatkan proses menghasilkan pekerja berpengetahuan melalui sektor swasta.

Malaysia sedang berusaha ke arah menghasilkan lebih ramai pekerja berpengetahuan seiring dengan kewujudan ekonomi digital.” – Abu Bakar Koyakutty, Pengarah Kanan, Bahagian Akses Pasaran dan Kerjasama Antarabangsa MATRADE.

Prof Dato' Dr. Jayles Yeoh
AIMSMET bercita-cita tinggi untuk merevolusikan pemikiran akademik dengan memperkenalkan pendidikan kehidupan sebenar bagi memastikan tiada kepincangan untuk ekonomi digital.

Program ICM (UK) kami bukan program akademik. Ia menekankan keperluan industri,” – Prof. Dato’ Dr. Jayles Yeoh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pendidikan Eksekutif AIMSMET.

Sijil, diploma dan program diploma lanjutan, membolehkan pemegang SPM yang merupakan pekerja berpengalaman meningkatkan taraf kelayakan pendidikan untuk memajukan kerjaya mereka.

Ia terdiri daripada latihan industri tiga hari dalam seminggu di syarikat terpilih di Malaysia, dan dua hari pelajaran kelas di kampus universiti.

Industry Sponsorship Programme

Syarat kelayakan:

  1. SPM 2 kredit
  2. Pekerja yang ditaja oleh syarikat
  3. Syarikat, komuniti dan NGO industri sektor yang bukan korporat di Malaysia.

Antara program yang ditawarkan adalah:

  1. Business Management
  2. Hospitality Management
  3. Commercial Management
  4. Retail Management
  5. Sales Management & Marketing

Durasi kelas:

  • Sijil: 12 bulan
  • Diploma: 12 bulan
  • Diploma Lanjutan: 12 bulan

Lokasi: Asia Metropolitan University, Malaysia The Institute of Commercial Management (ICM), UK.

Ekonomi Digital AIMSMET & ICM United Kingdom
Penyerahan surat anugerah kepada 4 dari 25 pelajar kelulusan HRDF (dari kiri): Muhammad Danial Bin Munir, Muhammad Shuhaib Bin Munir, Nur Hazwani Binti Abdul Rauf dan Nur Muzdalifah Binti Bahri.

Bagi kumpulan perintis, seramai 25 orang pelajar dipilih oleh 10 rakan industri kepada universiti yang turut menjadi penaja.

Rakan industri tersebut adalah Only World Group Holdings, Gintell (M) Sdn Bhd, Marrybrown, Metro Optical Group, Minori Japanese Restaurant, Malaysia International Exhibitors Association, Pecol Engineering, AIA Malaysia, Starbucks Coffee Malaysia dan AIMSMET Executive Education.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Kerjasama Ekonomi Digital Antara AIMSMET Malaysia & ICM, United Kingdom

  1. Wah..syarat kelayakan sgt rendah ?..memang bagus utk mana2 yg result tak betapa ok..SPM teruk x bermakna masa depan gelap..yg penting kena berusaha utk masa depan! Chaiyok2

  2. well it shows that even if you didn’t do well in SPM, there is still a chance to change and do better in university. that’s really good.

  3. Peluang belajar sekarang ni memang banyak. Tapi kena pandai pilih yang terbaik dan gunakan saluran dana yang betul utk sponsor. I’m planning to further my study too. tapi kena tengok komitmen jugak

Leave a Reply to Suria Amanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *