March 29, 2024

SeniKome Péng Heng Himpun Budaya & Kesenian Pantai Timur di Genting Highland

Gallery SeniKome Peng Heng - Genting Highland
SeniKome Péng Heng – Galeri yang menghimpunkan kebudayaan dan kesenian dari Pantai Timur telah dibuka di Genting Highland pada Jun 2017.

Ianya terletak di tingkat 3 First World Plaza, menjadikan ia sebagai pusat bagi pameran seni dan budaya tematik dari negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia yakni Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Mungkin selama ini anda pernah dengar/ pelajari. Tetapi di sini anda berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat dan memahami sendiri tentang sejarah kebudayaan dan kesenian dari Pantai Timur ini.

Ketiga-tiga negeri ini boleh dikatakan mempunyai kesamaan dalam kebudayaan dan keseniannya berbanding dengan negeri-negeri yang ada di Malaysia.

Dengan adanya galeri seperti ini,

Secara tidak langsung dapat mengumpulkan kebudayaan dan kesenian Pantai Timur di satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

SeniKome Péng Heng @ Genting Highland

Gallery SeniKome Peng Heng - Genting Highland
Untuk lebih kefahaman, sesi bermasa pemandu pelancong disediakan bagi memudahkan pengunjung mendapatkan penjelasan lebih terperinci.

Sesi selama 30 minit ini hanya diadakan pada pukul 10.30 pagi, 1.30 tengahari dan 4.30 petang.

Terdapat iPad disediakan di beberapa lokasi sekiranya pengunjung ingin dapatkan maklumat atau gambaran lebih jelas dalam bentuk dokumen atau video mengenai kebudayaan dan kesenian pada setiap ruang pameran.

Gallery SeniKome Peng Heng - Genting Highland
Seni Kome bermaksud ‘Seni Kami’. Perkataan ‘Kome’, dinspirasikan daripada dialek asal yang biasa digunakan oleh penduduk tempatan Pahang serta beberapa negeri lain di Malaysia.

Manakala strong>Peng Heng pula merupakan nama yang tercatat dalam dokumen sejarah Dinasti Ming semasa zaman 1520an, yang merujuk kepada kawasan Pantai Timur di Semenanjung Tanah Melayu.

Ini bermakna ‘SeniKome, Peng Heng’ merujuk kepada pameran yang memperkenalkan seni dan budaya masyarakat tempatan Pantai Timur, iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Keunikan kawasan Pantai Timur ini, cukup kaya dengan berbudi bahasa, etika, kesenian dan masyarakat yang masih berpegang erat kepada adat dan tradisi yang diwarisi berkait rapat dengan alam semulajadi.

Maka setiap hasil karya seni, kebudayaan dan aktiviti kemasyarakatan yang dipamerkan jelas memaparkan identiti Pantai Timur dengan keunikan tersendiri.

Gallery SeniKome Peng Heng - Genting Highland
Nama dan wajah suku kaum masyarakat Orang Asli yang ada di Pantai Timur.

Ada sesetengahnya kita pernah dengar, dan ada yang tidak pernah dengar. Mereka ini merupakan masyarakat asal yang menetap di Malaysia sejak beratus tahun.

Gallery SeniKome Peng Heng - Genting Highland
Gamelan – Antara alat muzik tradisional yang kebiasaannya kita dengar ketika majlis konvokesyen.

Ianya dikatakan berasal dari Indonesia dan dibawa ke Tanah Melayu oleh kesultan Pahang dimana ia hanya dimainkan di istana terutamanya ketika ada majlis diraja.

Gallery SeniKome Peng Heng - Genting Highland

Wayang Kulit – Salah satu hiburan tradisional masyarakat dulu untuk berhibur dan berkumpul menghayati pergerakan patung wayang kulit sambil mendengar cerita yang disampaikan oleh Tok Dalang.

Boneka wayang kulit dihasilkan dari kulit lembu.

Gallery SeniKome Peng Heng - Genting Highland

Wau Gergasi yang digantung pada ruang siling dalam galeri ini.

Gallery SeniKome Peng Heng - Genting Highland

Gallery SeniKome Peng Heng - Genting Highland
Pernah tak anda tengok atau bermain permainan tradisional ini? Alhamdulillah, Bro pernah bermain ketika kecil dulu.

Terutamanya congkak. Itupun korak tanah untuk dibuat lubang dan bermain dengan menggunakan biji getah. Memang ter’throwback’ kenangan waktu kecil dulu bila singgah dibahagian ini.

Papan congkak dengan ukiran diatas berusia ratusan tahun dan harganya kini mencecah RM40,000.

Gallery SeniKome Peng Heng - Genting Highland

Jika tadi, Bro nyatakan mengenai congkak berusia ratusan tahun. Ini pula keris yang juga berusia ratusan tahun (ada yang berusia lebih 500 tahun).

Berbeza dengan keris kebiasan yang anda temui, keris ini tidak mempunyai lok (lengkung S padanya). Ukiran lebih kepada Patani yakni kerajaan asal yang pernah menguasi kawasan Pantai Timur terutamanya Kelantan.

Keris berbentuk lurus ini digunakan untuk bertempur / perang, memudahkan melakukan tikaman pada pangkal leher yang boleh membawa maut.

Gallery SeniKome Peng Heng - Genting Highland
Lukisan mural yang mengambarkan element yang sedia ada dalam kehidupan masyarakat di Pantai Timur – laut bergelora, gasing, ikan patin, etc.

Gallery SeniKome Peng Heng - Genting Highland
Mesin penenun songket – untuk membuat songket memerlukan pembuatan tangan dan bukannya bergantung pada mesin moden untuk menghasilkan songket bermutu tinggi.

Harga songket mampu mencecah ribuan ringgit dek kerana pembuatan tangan dan benang emas yang digunakan.

Ada pantang larang juga jika ingin menenung songket, dimana wanita yang tengah peiod dilarang sama sekali menenungnya. Jika ada kesilapan ketika menenung, songket tersebut akan dianggap rosak dan tidak dapat diperbaiki.

Harga Tiket Masuk Ke SeniKome Péng Heng

Gallery SeniKome Peng Heng - Genting Highland

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang kebudayaan dan kesenian Pantai Timur, anda boleh datang ke SeniKome Péng Heng yang terletak di Level 3, First World Plaza, Resorts World Genting.

Waktu Operasi : 8.30 pagi – 5.30 petang.

Harga tiket dewasa RM7.00 (Ahli Genting Rewards), RM8.00 (Warga Malaysia) dan RM10.00 (Pelancong). Tiket kanak-kanak RM5.00 (Members), RM6.00 (Warga Malaysia) dan RM8.00 (Pelancong).

Pakej keluarga 2 dewasa dan 2 kanak-kanak adalah RM25.00 (Warga Malaysia) dan RM32.00 (Pelancong).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.rwgenting.com/SeniKome/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “SeniKome Péng Heng Himpun Budaya & Kesenian Pantai Timur di Genting Highland

  1. Interesting history and traditional items to let everyone understand more on our country. Plan to bring my children there to learn it.

  2. I really had an educational tour at Seni Kome. I’m no stranger to Terengganu art but Pahang and Kelantan are pretty much unexplored to me.

Leave a Reply to ummizarra Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *