April 19, 2024

Makan Di Delicious Café, One Utama Bersama Keluarga

Lunch di Delicious Cafe, One Utama
Apa aktiviti hujung minggu anda bersama keluarga?

Hujung minggu baru ini, Bro sekeluarga berjalan di One Utama then terasa lapar. Lalu mengajak mereka makan tengahari di Delicious Café, One Utama.

Bro pernah pergi sebelum ini, maka kali ini cadang nak belanja Puan Isteri makan yang sedap di sini.

Baca : Menu & Suasana Di Delicious Café, One Utama Diberi Nafas Baru

Lunch di Delicious Cafe, One Utama

Makan di Delicious One Utama
Sebenarnya, ada banyak sebab juga Bro ajak mereka makan dekat sini.

Salah satunya adalah keselesaan buat kami sekeluarga dimana kami selalu memilih lokasi makan yang mesra keluarga.

Sambil menunggu order sampai, dapat juga diselitkan dengan sedikit aktiviti bersama anak-anak. Tengok mereka macam behave je, xbuat perangai… lagi.



Makan di Delicious One Utama
Muchacho Nacho Platter – RM30 (Fav Bro)

Kali kedua datang kesini, Muchacho Nacho Platter tetap menjadi pilihan Bro dan beberapa pelangan yang datang ke sini.

Nacho dengan citarasa kemalaysiaan. Memang berbaloi untuk menikmatinya di sini.

Memang tak larat nak habiskan sorang-sorang. So boleh bawa balik, sekali dengan pencicah-pencicah yang ada. Sambung makan depan tv di rumah.

Lunch di Delicious Cafe, One Utama

Lunch di Delicious Cafe, One Utama
Dibs on the Beef Ribs – RM55 (Fav Bro)

Ini salah satu menu yang ingin Bro perkenalkan pada Puan Isteri, memang confirm dia terpikat punya.

Tulang rusuk daging lembu yang dimasak secara slow cook selama 5 jam bagi mengekalkan kelembapan dagingnya dan dihidangkan bersama kentang goreng ubi keledek, coleslaw, roti jagung, dan onion rings.

Memang salah satu hidangan premium

Lunch di Delicious Cafe, One Utama
Aglio Olio Turkey Salami – RM30

Ini puan isteri yang order, nak rasa katanya dan macam biasa Bro yang tolong habiskan.

Anak pula ambil hidangan kids – Captain Fish & Chips (RM14). Minuman pula, kami ambil Choc, Milk They Shake! (RM15) 7 Asam and The Bois (RM8.90).

Lama juga kami lepak di sini. Hampir 2 jam dan anak pun selesa buat hal sendiri tak ganggu kami nak makan.

Lunch di Delicious Cafe, One Utama
Jumlah yang perlu dibayar…

Ok la, sekali sekala belanja puan isteri makan. Apa salahnya ;)

Sekiranya anda teringin dan ingin datang ke Delicious Café anda boleh rujuk alamat dibawah ini.

Delicious Café
Lot G316, Ground Floor,
1 Utama Shopping Centre (New Wing)
Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya.

Tel: +603 7724 1086

Untuk maklumat lanjut lanjut dan terkini mengenai Delicious Cafe, anda boleh layari layari instagram thedeliciousgroup atau laman web www.thedeliciousgroup.com

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Makan Di Delicious Café, One Utama Bersama Keluarga

  1. Tak tahu pun ade cafe ni. Ni nak kena ronda OU pulak la, aglio olio turkey salami tu nampak sedap. Nanti boleh cuba.

  2. Bro….sedapnya nampak bro!
    Kita tak pernah makan lagi kt Delicious ni…
    Rasa mcm ada satu kt Penang ni…
    Tpi nnt la kita nk sruh laki kita belanja spagethi tu…
    Nampak sedap sgt tuuu

  3. Ingatkan Delicious Cafe tu yang restoran Simply Delicious rupanya lain. Sedapnya semua menu ko makan bro. Harga bleh tahan. Paling suka ada kertas aktiviti dan mewarna. Bleh duk diam anak-anak.

Leave a Reply to ai Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *