April 19, 2024

Betul Ke Lelaki Kepala Botak Nampak Lebih Seksi, Maskulin dan Setia?

Pitbull - Lelaki Kepala Botak Seksi
Betul ke lelaki berkepala botak ini, nampak seksi orangnya?

Terdapat kajian yang dijalankan mendapati lelaki yang berkepala botak didapati lebih seksi, maskulin dan setia.

Kajian yang sama turut mendapati lelaki botak yang tidak memakai rambut palsu dan berasa malu dengan imej botaknya itu lebih berkeyakian dan dominan berbanding dengan lelaki yang mempunyai rambut.

Jadi tidak hairanlah sekiranya anda mendapati lelaki-lelaki botak di luar sana mempunyai isteri dan teman-teman wanita yang lebih hot berbanding dengan anda.

Sumber : Taikotai.tv

Teringin Berkepala Botak, Risau Nampak Seksi Dimata Wanita Lain

Keluarga Bro Framestone Raya Pertama 2017
Genap setahun Bro simpan rambut panjang sampai ada makcik bertanya, bila Bro nak berhijrah pakai tudung (mentang2 la Bro ini househusband, dok rumah jaga anak he…23x)

Kali ini teringin nak berkepala botak.

Ini semua gara-gara tengok video clip Pitbull di Youtube.

Sebelum ini pernah beberapa kali berkepala botak, cuma tak botak licin la.

Itu pun masa sekolah dulu, dan juga beberapa bulan sebelum mendirikan rumah tangga. Waktu itu terasa kepala ringan sangat, hilang stress seketika nak berkahwin he…23x

Cuma kali ini, risau pula nak membotakkan kepala. Risau nampak seksi dimata perempuan lain, tak pasal-pasal ada yang ajak pergi karaoke (walaupun tak minat karaoke).

Bro ada beberapa kenalan yang berkepala botak, dah macam trademark mereka pula. Jom baca sedikit perkongsian dari mereka.

Botak Kerana Faktor Genatik

iPad Mini MSMW2013

Menurut kenalan Bro, Terence Dass – Pengacara Selamat Pagi Malaysia, TV1 dan pengacara majlis, meyakini botak yang dialaminya berpunca daripada faktor genetik.

Ini kerana ayahnya juga botak walaupun ketika itu berusia 40-an.

Mungkin juga apabila tiba pada dirinya, faktor genetik membawa kepada kepala botak itu dipercepatkan dan dia mengalaminya pada usia yang sangat muda, iaitu 20 tahun.

Kredit Gambar : Menang iPad Mini | Sumber : Utusan Malaysia

Tak Perlu Risau Tentang Masalah Rambut

Afzal Sukasuki Lelaki Botak Seksi
Kenalan Blogger, Afzal Sukasuki yang mula membotakkan dirinya sewaktu menimang cahaya mata pertama.

Waktu itu, dia hadapi masalah rambut

Kalau ikutkan, beliau berasa kurang berkeyakinan pada mulanya. Tetapi kini, beliau lebih selesa berkepala botak dan nampak lebih berkenyakinan.

Bagi beliau, botak membuatkan dia nampak seksi dan tidak perlu risau mengenai masalah rambut.

Nampak Lebih Kemas dan Menarik Perhatian

Photographer Fad Ali
Berlainan pula dengan Rakan Photographer Fad Ali,

Lebih selesa botakkan kepala kerana bagi beliau botak itu nampak lebih kemas dan menarik perhatian.

Ianya lebih sesuai dengan penampilan beliau sebagai photographer (identiti kot) dan minyak rambut pun jimat.

Bagaimanapun, Seksi itu bergantung pada pandangan masing-masing.

1,000 Like Untuk Botakkan Kepala

Please, jangan like.

Teringin nak botakkan kepala….

Cukup 1,000 like, gua botakkan kepala…..

Posted by Syukri Mohammad Nor on Friday, August 4, 2017

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Betul Ke Lelaki Kepala Botak Nampak Lebih Seksi, Maskulin dan Setia?

Leave a Reply to Uyul Rosli Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *