March 29, 2024

Columbia Asia Hospital Seremban Anjur Fun Ride Buat Komuniti Seremban 2

Columbia Asia Hospital Seremban Fun Ride
Columbia Asia Hospital-Seremban buat pertama kalinya akan menganjurkan aktiviti berbasikal yakni Fun Ride buat komuniti masyarakat di Seremban 2.

Aktiviti ini diadakan selaras dengan sambutan Hari Jantung Sedunia.

Oleh itu, Columbia Asia Hospital-Seremban menganjurkan satu program aktiviti berbasikal yang berkonsepkan kekeluargaan disamping menjadikan ia sebagai salah satu usaha membantu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan.

Ms Lee Hui Chuen, General Manager Columbia Asia Hospital-SerembanAcara amal ini telah dilancarkan pada 25 Ogos 2017 yang dikenali sebagai A Journey of Health and Wellness, dimana ia merupakan program berkonsepkan mesra keluarga, tidak kompetitif dan terbuka untuk semua lapisan masyarakat.

Untuk pengetahuan anda,

Yayasan Jantung Sedunia menganjurkan Hari Jantung Sedunia setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang risiko penyakit kardiovaskular.

Boleh dikatakan setiap tahun, sebanyak 80% kematian pra-matang disebabkan penyakit kardiovaskular dan jumlah ini menunjukkan lebih daripada 17 juta kematian di seluruh dunia.

Angka ini dijangka akan meningkat sekiranya masyarakat tidak mengambil langkah bagi memastikan penjagaan yang betul untuk jantung yang sihat.

Mesej kepada orang ramai ini adalah untuk memberi kesedaran bahawa kita perlu mula mengambil langkah positif dalam mengamalkan cara hidup yang aktif untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta menekankan akan kepentingan mengesan awal penyakit tersebut dan rawatan yang diperlukan” – Ms Lee Hui Chuen, General Manager Columbia Asia Hospital-Seremban.


Columbia Asia Hospital Seremban Fun Ride @ S2

Columbia Asia Hospital Seremban menyasarkan penyertaan seramai 600 orang bagi acara berbasikal sejauh 12KM ini.

Yuran pendaftaran pula sebanyak RM20 untuk individu berusia 18 tahun dan ke atas. Manakala bagi kategori keluarga pula yuran pendaftaran ialah RM50 per keluarga yang merangkumi empat ahli keluarga di mana kanak kanak mestilah berusia enam tahun ke atas dan ditemani oleh orang dewasa.

Kutipan yuran pendaftaran peserta akan disumbangkan kepada Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan di mana wang tersebut digunakan untuk membiayai beratus pesakit di bawah jagaan kakitangan dan sukarelawan mereka.

Berbasikal Untuk Kesihatan Badan Anjuran Columbia Asia Fun Ride Seremban 2
Kredit : Dhia Vivadea

Gambar pihak penganjur bersama para penaja bagi Columbia Asia Hospital Seremban Fun Ride @ S2.

Perkhidmatan sewa basikal turut disediakan bagi mereka yang tidak mempunyai basikal dengan harga RM50 (dewasa termasuk helmet) dan RM40 (kanak-kanak termasuk helmet), manakala helmet pula boleh disewa pada harga RM3.

Maka tiada alasan untuk anda dari tidak menyertai acara seperti ini. Selain dapat beridah bersama keluarga / komuniti setempat, anda juga dapat meningkatkan kesihatan & kecergasan diri.

Maklumat mengenai acara ini ;-

Columbia Asia Hospital Seremban Fun Ride @ S2
Tarikh : 1 Oktober 2017 (Ahad)
Masa : 7 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Dataran Centrio, Seremban 2

Pendaftaran boleh dibuat di laman web www.cyclingevents.my. Setiap penyertaan bakal menerima t-shirt, goody bag dan juga sijil penyertaan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.columbiaasia.com/malaysia atau hubungi talian Customer Care Columbia Asia Hospital Seremban di 06-6033988

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Columbia Asia Hospital Seremban Anjur Fun Ride Buat Komuniti Seremban 2

  1. Program ni mmg bagus utk mrk yg sdg menjaga kesihatan… kadi org2 nogeri jgn lupa join… org di KL mcm jauh lak nak g pagi2 so tggu anjurannya di KL lak t huhu

  2. Wah… Suka sangat dengan penganjuran event begini. Memang menyihatkan selaib merapatkan hubungan antara keluarga mahupun kawan-kawan. Yuran pun murah je… Kalau ada masa nak joinlah!

Leave a Reply to Sheila Adziz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *