April 26, 2024

Anlene HEART-PLUS Diformulasi Bagi Penjagaan Jantung Anda

Dato’ Sheila Majid Tahukah anda, kesihatan jantung ada berkait rapat dengan tekanan darah, tahap gula dan kolestrol dalam darah?

Anlene bersama dutanya Dato’ Sheila Majid menyeru warga Malaysia untuk menjaga kesihatan jantung dengan memberi perhatian kepada tekanan darah, tahap gula dalam darah dan kolestrol.

Pernah tak terfikir untuk buat pemeriksaan dan memberi lebih keutamaan bagi penjagaan kesihatan jantung anda?

Anlene kini perkenalkan Anlene HEART-PLUS, produk susu tepung baharu yang diformulasi untuk membantu menjaga kesihatan jantung berikutan statistik tahap kesihatan rakyat rakyat Malaysia yang membimbangkan.

Statistik Kesihatan Rakyat Malaysia Membimbangkan

Statistik menunjukkan hampir satu daripada dua rakyat Malaysia mempunyai kolesterol yang tinggi dan hampir 1 daripada 3 mengalami tekanan darah tinggi, manakala satu daripada empat mengalami diabetes jenis 2.

Lebih ketara bila hampir satu daripada empat pesakit jantung berumur kurang daripada 50 tahun.

Woww…!! Membimbangkan bukan?



Menurut Professor Dr. Chee Kok Han, Pakar Kardiologi Hospital Universiti Malaya,

Kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi serta tahap gula darah yang tinggi, yang dikenali sebagai 3 Tinggi adalah faktor risiko utama untuk penyakit tidak berjangkit, ia juga merupakan punca kematian lebih kurang 73% rakyat Malaysia.

1 Penyumbang terbesar pada jumlah ini adalah penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.

Golongan dewasa perlu lebih berwaspada dan menjaga 3 perkara ini menerusi tabiat serta gaya hidup untuk kesihatan jantung yang lebih baik.

Anlene Heart-Plus Untuk Kesihatan Jantung
Anlene HEART-PLUS hadir dengan MoveMax dan HeartMax yang mengandungi gabungan nutrien bagi membantu menjaga kesihatan jantung disamping juga menyokong pergerakan.

Gabungan nutrien HeartMax termasuk Sterol Tumbuhan, Omega 3 (DHA & EPA) dan kalium, dengan kebaikan berikut :

  • Sterol tumbuhan membantu mengurangkan kolestrol dalam darah
  • Kalium membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa asid lemak Omega 3 mungkin membantu mengurangkan trigliserida atau lemak dalam darah

Bagi formulasi Anlene HEART-PLUS diuji mengandungi Indeks Glisemik yang rendah. Pengambilan makanan yang mengandungi indeks glisemik yang rendah adalah penting dalam membantu menguruskan tahap gula dalam darah.

Anlene Heart-Plus Untuk Kesihatan Jantung

Kekalkan berat badan yang sihat dengan menjaga indeks jisim badan (BMI) supaya berada di antara 18.5 dan 24.9 serta mengawal stres anda. Ini boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan kerap bersenam.

Secara tidak langsung ianya juga dapat membantu mengawal 3 faktor kepada permasalahan jantung anda!

Anlene HEART-PLUS  kini boleh didapati di kedai utama di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Anlene HEART-PLUS  dan tip menjaga jantung yang sihat, anda boleh layari Facebook Anlene Malaysia dan laman web www.anlene.com.my

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Anlene HEART-PLUS Diformulasi Bagi Penjagaan Jantung Anda

  1. Sekarangni dah makin bertambah case sakit jantung kencing manis darah tinggi…sepatutnya kita dah mula buat routine medical check up ??

Leave a Reply to Ruby Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *