April 26, 2024

Sekuel Abang Long Fadil 2 Lebih Mantap Dengan Sentuhan Plot Twist Dari Syafiq Yusof

Review Filem Abang Long Fadil 2
Pasti anda tidak sabar untuk menyaksikan filem aksi komedi terbaru, Abang Long Fadil 2 yang dibintangi oleh Zizan Razak, Wak Doyok, Syamsul Yusof, Tania Hudson, A Galak dan ramai lagi bermula 24 Ogos ini.

Filem arahan Syafiq Yusof ini menelan belanja sebanyak RM3.2 Juta ini merupakan sekuel kepada Filem Abang Long Fadil yang ditayangkan pada tahun 2014.

Sentuhan magis yang dimiliki Syafiq terutamanya ketika bermain dengan kesan khas dan sinematografi serta plot twist yang tidak terjangka selama ini, mampu membuat penonton sentiasa teruja bila menontonnya.



Berbeza dengan filem yang sebelum ini, Watak Abang Long Fadil diberi nafas baru.

Jika dulu beliau hanya sekadar gangster kampung yang mula insaf, tetapi kini beliau terjerbak dalam dunia mafia yang didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok.

Bukan itu sahaja, beliau turut berhadapan dengan pembunuh upahan, Tiger.

Review Filem Abang Long Fadil 2
Wak Doyok?

Yup Wak Doyok yang wataknya dibawa sendiri oleh Wak Doyok.

Beliau yang serasi dengan imej berjambang dan bermisai lentik itu masih mengekalkan penampilannya dalam keseluruhan filem itu ala-ala karakter dalam filem Hollywood, Kingsman.

Menurut Syafiq sendiri, beliau menjadikan filem Kingsman: The Secret Service sebagai sumber inspirasinya ketika mengarahkan filem ini.

Filem Abang Long Fadil 2 ini merupakan terbitan Skop Production Sdn. Bhd. dengan kerjasama Astro Shaw.

Sinopsis Filem Abang Long Fadil 2

Review Filem Abang Long Fadil 2
Filem ini mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok.

Berlaku satu insiden yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Insp. Wahab dan Insp. Shuib sebagai pembunuh upahan yang dikenali sebagai Tiger.

Dalam masa yang sama, Yana, seorang wartawan TVKL yang sering membuat liputan kes-kes pembunuhan yang dilakukan Tiger juga terjebak dalam kekalutan masalah yang dialami Fadil.

Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Sasaran pertama Fadil ialah King Kong, seorang yang gila kuasa dan musuh kepada Taji Samprit.

Review Filem Abang Long Fadil 2
Pelbagai aksi dan situasi komedi berlaku dalam perjalanan hidup Fadil sebagai seorang pembunuh upahan.

Hanya satu cara untuk membersihkan nama Fadil, iaitu mencari identiti sebenar Tiger bagi membetulkan keadaan dan membuktikan Fadil tidak bersalah.

Berjayakah Fadil menempuh dugaan yang berlaku pada dirinya? Siapakah Tiger yang sebenar dan apakah misteri yang tersembunyi selama ini?

Review Filem Abang Long Fadil 2 Dari Zayani Zulkifli

Jalan cerita kali ini agak menarik dan tidak terlalu meleret dengan aksi mafia yang merepek-repek seperti mana dalam filem melayu typical yang lain.

Hadir dengan genre aksi komedi, semua watak membawa karakter masing-masing dengan jayanya. Jarang nak nampak pengarah malaysia tampil dengan idea untuk menghasilkan jalan cerita menarik seperti ni.

Review Filem Abang Long Fadil 2
Lebih menarik, penceritaannya mempunyai ‘banyak gila’ plot twist (contoh: Part akhir, dia akan dedahkan siapa sebenarnya Tiger. Memang anda tidak akan sangka dia sebenarnya adalah Tiger).

Setiap scene disusun lebih teratur dan mudah untuk difahami sepanjang menontonnya. Komedi yang diselitkan, bukan sebarang komedi ‘bodoh’ yang biasa disajikan. Yang pasti, anda akan ketawa dengan tahap kekelakarannya.

Jalan ceritanya tidak terlalu fokus pada waktu utama – Abang Long Fadil, malah lebih kepada umum.

Jalan cerita santai, sesuai untuk ditonton seisi keluarga terutamanya kanak-kanak walaupun padat dengan aksi pertarungan tetapi tetap menghiburkan.

Abang Long Fadil 2 - Zayani Zulkifli
Bagi Yani, filem ini layak mendapat 5 bintang dengan standardnya bertaraf filem antarabangsa” – Zayani Zulkifli (Wakil Bagi Pihak Bro Framestone)

Trailer Filem Abang Long Fadil 2


Menarik bukan?

Apa kata anda luangkan masa pergi menonton filem Abang Long Fadil 2 dipawagam berdekatan anda bermula dari 24 Ogos 2017.

Bicara Bro : Ada member Bro berlakon dalam filem ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “Sekuel Abang Long Fadil 2 Lebih Mantap Dengan Sentuhan Plot Twist Dari Syafiq Yusof

  1. Ada juga tengok promosi filem ni dalam program Meletop. Macam best je jalan ceritanya.
    Nak-nak pula ada Zizan tu! Siapalah Tiger tu yer.. Ni yang tak sabar nak tengok.

  2. Wowwww! Dah lama tak tengok movie. Macam best plak cerita ni. Nanti nak tengok masa raya. Balik kampunggggg kita tengok wayang. haha.

  3. Dah tengok cite ni. Best giler sebab banyak unsur humor. Memang tak berhenti gelak.

    Plot twist memang terbaik giler. Unsangkarable kot siapa pembunuh upahan tu. lol

Leave a Reply to ai Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *