April 26, 2024

Neffos X1 Lite Hadir Dengan Spesifikasi Rendah Tanpa Menjejaskan Kualiti

Fazura Neffos X1 Lite
Neffos Malaysia memperkenalkan keluarga terbaru bagi Siri Neffos X1, didatangkan dengan spesifikasi yang sedikit berbeza yakni Neffos X1 Lite.

Majlis pelancaran turut dihadiri oleh duta Neffos, Fazura.


Neffos X1 Lite Diperkenalkan di Malaysia

Neffos X1 Lite
Sebelum ini, Neffos Malaysia, yakni jenama bernaung dibawah TP-Link telah memperkenalkan Neffos X1 & X1 Max pada fasa pertama tahun 2017.

Kini mereka menawarkan Neffos X1 Lite yang jauh lebih murah tanpa menjejaskan kualitinya.

Berasaskan Android 7.0, membolehkan Sistem Operasi NFUI (Neffos User Interface) 2.0 berinteraksi lebih lancar pada X1 Lite pada pengguna.

Rekaannya tidak jauh berbeza dengan Neffos X1, bagaimanapun X1 Lite menampakkan rekaan dwi-lengkung pada bahagian belakangnya untuk memudahkan pengguna mendapat gengaman yang kemas ketika menggunakan ia dengan sebelah tangan.

Badannya diperbuat dari plastik menjadikan beratnya hanya sekadar 138g.

Neffos X1 Lite

Masih mengekalkan ciri ‘unlock’ sepantas 0.2 saat menggunakan fungsi finger print.

Tidak lupa juga PDAF (phase-detetction auto-focus) yang juga sepantas 0.2 untuk memastikan anda tidak terlepas mana-mana detik penting ketika mengambil gambar.

Dimana kamera utamanya didatangkan dengan sensor 13MP f/2.0 dengan sokongan PDAF dan dual-tone LED flash. Manakala kamera hadapan 5MP dengan sokongan lensa sudut lebar 84-darjah bagi memudahkan anda mengambil selfie beramai-ramai.

Neffos X1 Lite ditawarkan dalam satu versi (2GB RAM + 16GB) dengan 2 pilihan warna (Cloudy Grey & Sunrise Gold) pada harga RM499.

Barangan Edisi Terhad Bagi Pembelian Neffos X1 Lite di Lazada

Edisi Istimewa Neffos X1 Lite
Berita baik buat mereka yang ingin mendapatkan Neffos X1 Lite melalui Lazada.

Setiap pembelian Neffos X1 Lite, anda akan menerima barangan istimewa edisi terhad yang berupa Neffos Premium Gift Box atau Fazbulous Warrior T-Shirt bertanda tangan Fazura.

Promosi bermula dari 25 – 31 Julai 2017 (Selagi stok masih ada).

Klik Untuk Beli Neffos X1 Lite di Lazada.

Neffos ‘Unlock’ Challenge – Cabar Kemampuan Unlock 0.2 Saat

Neffos X1 Challenge
Masa majlis pelancaran ini berlangsung. Bro turut menyertai Neffos ‘Unlock’ Challenge dimana tetamu yang hadir diberi peluang untuk mencuba kemampuan unlock sepantas 0.2saat pada peranti Neffos X1.

Task yang perlu dilakukan simple sahaja,

Tetamu yang hadir perlu menyelesaikan unlock terbanyak dalam masa 30 saat menggunakan fungsi finger print.

Pemenang Neffos X1 Challenge
Alhamdulillah,

Bro berjaya mendapat tempat ke-3 dengan jumlah unlock sebanyak 26, tewas kepada 2 rakan media dimana tempat pertama dengan 29 unlock.

Pemenang membawa pulang Neffos X1 dan juga RP-Link Groovi Ripple Portable Bluetooth Speaker (Bro menang speaker je, jadi la)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Neffos X1 Lite Hadir Dengan Spesifikasi Rendah Tanpa Menjejaskan Kualiti

Leave a Reply to falahalfal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *