April 25, 2024

K-Pop Dance Competition Meriahkan K-Street Carnival 2017 di Klang Parade

K-Street Carnival at Klang Parade
Annyeong Haseyo!

Sanggup Bro dari Rawang turun ke Klang untuk menyaksikan K-Pop Dance Cover Competition! Final.

10 pasukan layak ke final K-Pop Dance Cover Competition yang dianjurkan sempena K-Street Carnival 2017 yang berlangsung dari 29 Jun hingga 2 Julai 2017 di Klang Parade.

Memang meriah suasana disini dengan kehadiran pengunjung yang ada di Klang Parade.

K-Street Carnival, Klang Parade
Siap terjumpa beberapa kenalan yang turut datang ke sini untuk menyaksikan acara ini.

Salah seorang diatas merupakan selebriti (sewaktu Bro kenali dia dulu).

Bro bukan seorang peminat K-Pop, tetapi teruja bila melihat aksi pesembahan dari peserta yang bertenaga dan memukau penonton.

Adakalanya juri sendiri tidak tahu nak bagi komen yang bagaimana bila sorakan dari penonton amat menggalakkan terutama kepada pasukan pilihan mereka.

Bro akui kesemua peserta bukan calang-calang, dimana setiap pasukan mempuyai kekuatan dan keunikan sendiri ketika melakukan persembahan.

Lagipun hadiah yang ditawarkan tidak kurang hebatnya.

Pemenang K-Street K-Pop Dance Cover Competition!

Pemenang K-Pop Dance Competition
Dan……. Inilah pemenang bagi acara K-Street K-Pop Dance Cover Competition! 2017

Champions – Crush
1st Runner Up – Unknownz
2nd Runner Up – Black Ace

Tahniah buat semua pemenang, bagi yang kurang bernasib baik.. Anda boleh cuba lagi pada tahun hadapan.

Korean Spicy Noodle / Topokki Challenge

Korean Spicy Noodle / Topokki Challenge
Selain, K-Pop Dance Cover Competition! pengunjung juga berpeluang untuk menyertai pertandingan mewarna (kanak-kanak) ataupun Korean Spicy Noodle/Topokki Challenge.

Bro xpasti, yang masuk ini sebab nak bertanding atau teringin nak rasa macam mana kepedasan Korean Spicy Noodle/Topokki he…23x

Sebab nampak ada yang laju je makan. Ada juga yang makan slow-slow siap cover-cover lagi.

Cuma ada satu pusingan itu, dimenangi oleh anak beranak. Memang power betul mereka dapat makan Korean Spicy Noodle/Topokki yang pedas dalam masa terpantas.

Bazaar K-Street Carnival ini

Bagi yang segan-segan nak join Korean Spicy Noodle/Topokki Challenge atau menunjukan aksi makan di khalayak awam, mereka boleh dapatkan Korean Spicy Noodle/Topokki yang turut dijual di Bazaar K-Street Carnival ini.

Bagi anda yang mencari produk dari Korea terutamanya makanan, anda boleh dapatkan di sini sepanjang K-Street Carnival berlangsung pada harga lebih murah.

Produk-produk makanan Korea yang sukar dijumpai di Malaysia, ada dijual di sini.

K-Street Carnival @ CITTA Mall

K-Street
Bagi anda yang terlepas K-Street Carnival di Klang Parade, Korang jangan bersedih.

Ini kerana, pada 7 hingga 9 Julai ini akan diadakan K-Street Carnival di Citta Mall pula, jangan lepaskan peluang ini.

Antara acara yang diadakan :-

  • 6-9 July 11:00am – 9:00pm Korean Bazaar
  • 7-9 July 11:00am – 9:00pm Korean Hanbok
  • 8-9 July 11:00am – 9:00pm Korean Arts & Crafts workshop
  • 8 July 2:00pm K-Pop Dance Cover Competition (Auditions)
  • 9 July 2:00pm K-Pop Dance Cover Competition (Finals)
  • 8-9 July 1:00pm Korean Cooking Demo
  • 8-9 July 3:00pm Korean Spicy Noodle Challenge
  • 8-9 July 6:00pm Korean Bingsu Challenge
  • 9 July Shuddup N’ Dance CITTA Mall Selection (Finals)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “K-Pop Dance Competition Meriahkan K-Street Carnival 2017 di Klang Parade

  1. Spicy topokki / noodles tu ana tak pernah rasa lagi. Takut tak boleh nak hbs kan sebab takut pedas. Setakat pedas cili api ok lg. Tp yg ni katanya lagi pedas ?

Leave a Reply to Uyul Rosli Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *